Thursday, September 20, 2012

Majlis Perkahwinan Pak Tam (4)



Awal pagi Sabtu, 30hb Jun 2012, kami telah menumbangkan seekor lembu untuk kenduri Pak Tam tu. Awal2 pagi lagi kami dah beroperasi. Di kampung memang ramai tenaga kerja sukarela. Masing2 memainkan peranan dalam persediaan kenduri ini. 

Masa kenduri kahwin Pak Su dulu, abah dah berniat untuk menyembelih pada kenduri yang terakhir. Maknanya kenduri Pak Tam ni lah sebab rasanya inilah kenduri kahwin yang terakhir di rumah abah ni. Semua anak2 abah dah berumahtangga.

Bukan senang nak menumbangkan lembu ni. Lembu macam tau2 je yang dia nak dikorbankan. Dan setiap kali menumbangkan lembu, abahlah yang menjadi tukang sembelihnya. Anak2nya yang lain belum berani...kot! 


 Proses melapah ni  memang ramai yang teror...!


 Si Luqman Hakim yang takut lembu...!

 Mak dah terbaring. Mak Su pulak tengah packing goodies untuk perewang2 yang bertugas nanti. Untuk perewang2 ni, goodies mereka special sikit. Lain dari yang lain....sebagai menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus menolong. Tu...dalam dulang2 tu dah siap bawang2 yang dah diagihkan oleh tukang masak. Perewang2 nanti cuma perlu kupas ikut kuantiti yang dah diagihkan. Mana yang nak kena kisar, mana yang nak kena hiris...semua dah siap ditulis atas sekeping kertas dalam setiap dulang tu.

 Kepala lembu yang dah dilapah isinya...

Tulang rusuk. Sedap buat sup ni...!

Wednesday, September 19, 2012

Majlis Perkahwinan Pak Tam (3)



Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan diadakan pada 30hb Jun 2012...selepas solat Zohor. Tak boleh nak upload gambar pengantin banyak2. Satu pun dah cukup berat...hahaha! 

Makan time...!

 Pak Andak, Mak Andak, Luqman dan Alia...

 Pengantin lama yang masih hangat...!!!

 Wak Lan...

 Pak Su...

 Luqman Hakim...

Kek tak boleh kalah...4 tingkat!!!

Kek span cokelat jer...tumpang potong!!

 Alia Suhana...

Comot mulut Luqman dek krim kek tu...

Tuesday, September 18, 2012

Majlis Perkahwinan Pak Tam (2) - Akad Nikah



Majlis akad nikah Pak Tam berlangsung pada 29hb Jun aritu. Majlis berlangsung selepas solat Isyak. Kami pergi dalam 4 buah kereta je. Adik-beradik dan ipar-duai juga mak dan bapa sedara 3,4 orang.

Pak Tam berdebar2 menanti saat untuk dinikahkan...

Atok pengantin perempuan yang menjadi "wali datuk" bersama Tok Kadi (serban putih)...

Isi borang dulu...isi mana yang patut...

Wakil pihak perempuan mengira belanja mas kahwin yang diletakkan dalam bingkai gambar...

Pak Tam sebelum dinikahkan...

Tok Kadi merujuk kepada dokumen2 ni semasa menikahkan pengantin...

"Aku nikahkan....."
"Aku terima nikah...."

Alhamdulillah...

Wajah ayah mertuaku selepas selesai majlis akad nikah...

Pengantin yang bercitarasa BESAR...!!

Kiralah sendiri berapa mas kahwin tu...

Rantai tangan...

Cincin...

Pasangan pengantin bersama kedua2 belah pihak. Pengantin perempuan dengan ibu kandung dan atoknya. Pak Tam pulak dengan  MIL dan FIL...


Sebenarnya banyak kisah dan tragedi di sebalik majlis ini. Biarlah Rahsia...bak kata Datuk Siti Nurhaliza.


Jemput-Jemput Sayur Ikan Bilis



Bila tiba je waktu petang, terutama selepas Asar, maka kepala pun mulalah memikirkan apakah juadah yang perlu disediakan untuk berbuka pada petang nanti. Tapi juadah kami yang ringkas2 aje. Ini salah satu daripada juadah berbuka di hari kelima. Selain daripada Jemput-Jemput Sayur Ikan Bilis ini, ada juga mee goreng. Tapi lupa pulak nak snap gambarnya. Jemput2 ni pun saya snap selepas solat Maghrib. Baki selepas berbuka. 

Teringin juga nak ke bazar Ramadhan tapi tekadkan hati untuk tidak pergi. Kalau ke bazar Ramadhan, tentu bermacam2 juadah ada. Tunjuk je nak yang mana satu. Tapi itulah...kalau ke bazar Ramadhan dalam keadaan perut yang kelaparan, mesti nafsu untuk makan sukar untuk dikawal. Kalau boleh bermacam2 juadah nak dibeli. Jadinya, nak jimatkan perbelanjaan di bulan Ramadhan ini, lebih baik masak sendiri. Walaupun ringkas, cukup sekadar untuk mengalas perut. Sekarang ni makan pun tak berapa nak lalu. Mungkin sebab anak2 ada yang tak ada bersama. Ataupun kengkadang rasa macam tak berselera. Kalau berbuka tu, biasanya kami mulakan dengan sebiji kurma. Lepas tu terus minum. Memang dahaga sebab sekarang ni panasnya semacam. Biasanya saya buat air panas dan teh tarik menjadi pilihan. Siapa yang nak tambah ais, tambah sendiri dalam gelas sendiri. Saya suka yang suam2 dan tak nak ais. Lepas minum tu mesti berpeluh2. Saya lebih suka berbuka dengan juadah yang ringan2...macam jemput2 ni la. Makan dalam 5, 6 ketul...dah cukup. Alhamdulillah.

Resepinya ringkas aje. Main campak2 je. Tak ada sukatan yang tepat. Nak resepi? Meh tengok kat SINI. Selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat mencuba!



Wednesday, September 12, 2012

Dah Bersawang....!


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Errr....ada ke yang sudi berkunjung ke sini lagi ya? Dah lama sangat tak update blog ini. Dah bersawang dah...



Selepas ni kena kerap update untuk mengelakkan daripada bersawang dan berhabuk lagi. Ada sapa2 yang nak tolong tak?


Thursday, July 26, 2012

Tepung Pelita Ayam Panggang



Assalamualalaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Dalam bulan Ramadhan ni, pastinya setiap surirumah akan menyediakan juadah berbuka untuk keluarga masing2. Kadang2 tu pening juga memikirkan menu untuk hari tersebut. Yalah...dah kena masak setiap hari. Selera pulak setiap hari berbeza. Kalau kena anak2 yang memilih untuk makan, lagilah pening kepala.

Petang Ramadhan keempat, saya memilih Tepung Pelita sebagai seleksi kuih untuk berbuka. Tengok dalam blog si Izah Daut la ni. Tergoda sungguh cara persembahannya. Terus masuk dalam senarai. Saya lebih suka berbuka dengan kuih-muih. Tak berapa nak minat kalau berbuka terus makan nasi ataupun yang berat2. Tapi hubyy dan anak2 pulak sebaliknya. So, by hook or by crook (fullamak...!), mesti masak yang berat2 juga. Setakat ini, nasi menjadi pilihan mereka. Tapi alhamdulillah kerana mereka tidak cerewet. Kalau makan nasi tu, cukup setakat ada satu lauk dan satu sayur sahaja. Sayur tu pun untuk hubby. Anak2 tak berapa suka makan sayur.


Tepung Pelita ni saya buat separuh adunan aje. Ikut resepi Izah Daut tu la. Kuih ni sepatutnya menggunakan daun pisang sebagai mangkuknya tapi saya cuma gunakan bekas2 plastik yang kecil2 dan juga gelas berkai yang kecil2. Bukannya tak ada daun pisang...kat belakang dan kat depan rumah ni memang ada pokok pisang. Tapi M pulak nak buat bekasnya dari daun pisang...hehehe! Saya kurangkan kandungan gula masa membancuh adunan kuih ni. Masa makan tu tersa kurang sangat pulak manisnya. So saya curahkan sedikit air gula di atasnya untuk menambahkan kemanisannya. Hmmm...dah macam nak makan bubur som-som pulak!


Menu seterusnya ialah Ayam Panggang Berempah Lada Hitam. Saya panggang 5 ketul aje. 2 ketul paha untuk Adik dan 3 ketul lagi untuk hubby, Abang Ngah dan saya.


Sayur??? Ni haaa...Goreng Kangkung aje. 


Nasi Goreng Ayam Kunyit



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Juadah berbuka kami untuk hari ketiga berpuasa ialah sekadar Nasi Goreng Sayur dan Ayam Goreng Kunyit je. Pada hari tersebut saya mula memasak seawal jam 3:30 petang. Awalnya...kan? Sebabnya Abang Ngah ada kelas tuisyen yang akan bermula jam 5:00 petang. Nak pergi hantar dia sekitar jam 4:50 petang. Jadinya kenalah masak awal2 supaya dia boleh tapau untuk berbuka puasa di pusat tuisyennya.


Kelas tuisyen diorang biasa akan berehat selama 30 minit untuk berbuka puasa dan solat Maghrib. Kelas juga akan dilanjutkan masanya selama 15 minit. Dalam bulan Ramadhan ni, jalan2 di sini biasanya akak mula sesak seawal jam 5:00 petang. Kebanyakan majikan2 di sini akan melepaskan pekerja2 mereka awal sejam daripada waktu biasa. Yalah...dalam bulan Ramadhan ni, semua orang kena sediakan juadah untuk berbuka. Tak kisahlah samada masak sendiri ataupun tunjuk2 aje di bazaar Ramadhan berhampiran. Bazaar Ramadhan pun tumbuh bak cendawan lepas hujan. Boleh dikatakan di setiap kawasan perumahan ada bazaar Ramadhan ni. Gerainya pulak...tak usah cakap la banyaknya. Boleh dikatakan semua jenis makanan ada dijual. Makanan2 yang tak pernah kita jumpa di hari2 biasa, semuanya ada di bazaar Ramadhan.


Alhamdulillah...sehingga ke hari ini saya masih belum menjejakkan kaki ke mana2 bazaar Ramadhan lagi. Mood rajin memasak masih kuat. Kalau mood malas tu datang, mau juga ke bazaar Ramadhan kot.

Tuesday, July 24, 2012

Jom Cuci Mulut...!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersahur pada 2 Ramadhan, masih sempat bersahur bersama Ayong dan Abang Yang. Mereka berdua balik ke asrama masing2 seawal jam 9:30 pagi. Bas Ayong jam 11:00 pagi...naik Transnasional dari Pusat Bandar ke Kelang Sentral. Abang Yang pulak, ketiadaan tiket dari Pusat Bandar. Jadinya seawal jam 8:30 pagi, hubby dah ke Larkin untuk mencari tiket bas. Alhamdulillah, masih ada tiket ke Terminal One Seremban. Dapat tiket jam 9:30 pagi, bas Meridian.

Jam 9:45 pagi saya menghantar Ayong ke Pusat Bandar. Dalam perjalanan tu singgah dulu menghantar pesanan bluberi cistat. Ayong pun bawak balik bluberi cistat dalam 50 biji dan Yummilicious In A Jar sebanyak 5 jar. Dalam perjalanan ke PB, hubby called...diorang dah sampai ke PB dulu. Kami bergabung di PB je. Semenatara menunggu jam 11:00 pagi, sempat lagi membeli barang2 keperluan Ayong. Kasut 2 pasang...untuk ke kuliah serta toileteries. 

Abang Yang sampai ke Terminal One sekitar jam 12:45 tengahari. Jam 1:30 tengahari dia dah sampai ke SDAR. Dari Terminal One dia ambil teksi ke SDAR...tambang RM15. Ayong pulak sampai ke Kelang Sentral sekitar jam 5:30 petang. Dari situ dia naik bas RapidKL untuk ke PALAM.

Bila anak2 dah jauh dari mata, tambah2 pulak di bulan Ramadhan ni, mulalah terfikir2...apa anak2 makan untuk berbuka, apa yang mereka makan untuk bersahur. Kalau hari2 biasa tidaklah risau dan kisah sangat.


Kami pun berbuka yang ringkas2 je. Cuma masak nasi putih aje. Lauk2nya semua lebihan bersahur. Selagi tak habis lauk2 tu, selagi itulah makan lauk yang sama. Taklah membazir. Lagipun macam tak berapa berselera nak makan. Kalau nak masak yang sedap2 tu, teringat pulak pada anak2 yang jauh tu. Sadisss...!

Puding Balqis aka Agar2 Buih ni pun saya buat sebab teringin nak mencuba. Belum pernah buat sebelum ni. Itu yang nak mencuba tu. Nak tau macamana rasanya, macamana teksturnya... Alhamdulillah...sedap! 


Senang je nak buat pencuci mulut yang ini. Ringkas aje bahan2 dan cara2nya. Nak mencuba? Resepinya ada di SINI. Selamat mencuba!

Monday, July 23, 2012

Kisah 1 Ramadhan 1433H / 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. InsyaAllah. Memandangkan 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, jadi sempatlah Ayong dan Abang Yang menyertai kami bersahur. 

Pagi Jumaat tu hubby dan Adik telah berkejar (bukan berlari dalam erti kata sebenarnya ya...) ke SDAR. Kata Abang Yang, ada Hari Mesra (lebih kurang macam Hari Bertemu Pelanggan - istilah yang digunakan di sekolah sini) di mana ibubapa dijemput hadir untuk membincangkan prestasi anak2 di samping mengambil kad laporan mereka. Jam 7:30 pagi baru hubby bergegas ke sana. Itupun selepas Abang Yang menelefon pada sekitar jam 7:00 pagi. Saya desak hubby untuk ke SDAR juga. Selepas solat Jumaat barulah mereka bertolak balik ke Pasir Gudang. 

Ayong pulak bertolak dari Klang Sentral jam 6:30 petang. Memang tepat jam 6:30 petang bas tu bergerak. Tapi tak sampai pun 100 meter bergerak, bas tu pulak rosak. Nasib baik masih di kawasan Klang Sentral. Kalau kat tengah jalan mana2, risau memikirkannya. Jam 9:30 malam barulah dapat bas ganti dan bertolak ke Johor. 3 jam lewat dari masa sebenar. Hmmm...jam 2:30 pagi baru sampai ke Pusat Bandar Pasir Gudang.

Sahur hari pertama, saya siap masak daging masak lada hitam pada sebelah malam sebelum tidur. Nasi pun dah masak siap2. Senang untuk bersahur nanti. Tak perlulah tergopoh2 nak memasak. Panaskan aje mana yang patut. Cuma saya gorengkan 2 ketul ikan tongkol untuk hubby sebab hubby tak makan daging. 


Berbuka hari pertama, saya masak Ketam Lemak Cili Kering untuk anak2 dan Kari Ayam untuk hubby. Hubby tak makan ketam dan makanan laut yang lain. So kena masak special untuk hubby.


Saya sempat juga membuat kuih Puteri Ayu tapi sebab kejadiannya yang tidak berapa ayu, jadinya saya tak buat photo shoot untuknya. Dah tak ayu...kan!


Hari pertama tak ada kurma sebab kurma dah expired! Berbuka dimulakan dengan air oren sahaja. Ok jugak...kan?


Anak2 memang hantu ketam! Saya beli 5 ekor, setiap ekor dipotong dua. So dapatlah 10 bahagian. Balanya bila kena layan Adik kopek isi ketam...! Adoooiiiiii.....