Wednesday, January 25, 2012

Ronda-Ronda CNY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hmmm...bagi mereka2 yang bekerja, hari ini dah mula bekerja semula setelah bercuti selama 4 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) sempena Tahun Baru Cina. Hubby pun sama juga. Tapi hubby cuti 3 hari sahaja sebab hari Sabtu lepas  kena giliran dia bekerja..alternate Saturday. 3 hari cuti tersebut kami tidak ke mana2. Cuma stay di rumah sahaja sambil melayan anak2 dan mengambil kesempatan juga merubah penampilan dalaman rumah. Bukannya buat apa pun...ubah sana ubah sini je.

Hari Isnin lepas, kami memutuskan untuk bersarapan di luar. Biasalah...tempat pilihan ialah Restoran Sasa sebab di situ ada banyak pilihan menu. Kami bersarapan pun dah hampir jam 10:00 pagi. Biasalah...cuti2 sekolah ni, anak2 bangun lewat dari biasa. Lepas bersarapan, kami menuju ke Taman Molek sekejap. Ada urusan kerajaan...hihihi. Dari Taman Molek, kami membeok ke kiri menuju ke JB melalui Carefore Jalan Tebrau. Hmmm...destinasi tak tau ke mana lagi. Saja je ikut langkah kaki. Langkah kaki??? Berjalan ke kaki je ke??? Eh...silap! Bukan ikut lagkah kaki tapi ikut kawalan stereng.....

Akhirnya kami menuju ke Danga Bay.


Tak turun dari kenderaan pun. Duduk2 dalam kereta sambil tengok2 pemandangan tengahari tu.



Dalam pada kami berhenti sekejap di Danga Bay tu, hubby dan saya berbincang2 nak menuju ke mana. Hubby bercadang nak ke Tanjung Piai tapi tak tau nak menuju ke mana...ikut arah mana. Kami pun Google la tapi tak jumpa pulak Tanjung Piai. Tapi hubby yakin ianya terletak dekat2 PTP. Iye ke?? Akhirnya kami pun meneruskan pemanduan. Arah tujuannya ialah ke arah PTP.

Dari Danga Bay, kami belok ke kiri. Keliru juga jalan di JB ni...semuanya dah dinaiktaraf. Kami pun ikut je papan tanda yang menuju ke Nusajaya tu.

Tak jauh dari simpang tersebut, ada lagi papan tanda arah...satu untuk ke Nusajaya/Gelang Patah, satu lagi untuk ke pusat bandar. Isshhh...nak ke mana ni? Tertanya2 saya dan hubby sesama sendiri. Akhirnya hubby ikut lorong kanan...ke Nusajaya/Gelang Patah. Hahaha...ikutkan ajelah!
Sampai di satu simpang, jalan nak ke Nusajaya tu nampak macam di tutup. Ada notis kat situ yang tertulis "Hanya untuk kenderaan pembinaan sahaja". Tapi jalan yang itulah yang menuju ke Nusajaya/Gelang Patah. Kalau ikut jalan satu lagi tu, ianya dah berpatah semula ke JB. Akhirnya kami masuk je ke jalan yang menuju ke Nusajaya tu. Kami tengok banyak kenderaan yang mengikut jalan tersebut. Kami pun ikut redah juga.



Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat ataupun tanpa lampu isyarat, mulalah kami "terkeliru" nak ikut arah mana. Akhirnya kami ikut je ke arah Gelang Patah. Jalan punya jalan, akhirnya sampai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Hahaha...!!!! Bukannya boleh masuk pun ke PTP tu (agaknya la...). Sampai kat depan entrance tu, kami pun buat pusingan U. Sambil memperlahankan kenderaan, saya pun snaplah apa yang ada.
 
 



Pengalaman pertama sampai hingga ke PTP. Dari PTP kami berpatah balik ikut arah Gelang Patah pulak. Sampai di simpang empat, kami ada 4 pilihan samada nak terus, ke kiri, ke kanan ataupun berpatah balik. Kami ke kanan dulu...menuju ke Leisure Farm. Entah apa ada kat situ agaknya.  Jauh juga dari simpang empat tu. Oooo...golf resort rupanya. Ingatkan apa tadi. Akhirnya kami berpatah balik ke simpang empat tadi.






Dari simpang empat tu, kami menuju ke arah Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Marin. Ingatkan tentu ada pelabuhan yang menempatkan bot2 dan kapal Marin. 



Ke kiri menuju ke Jabatan Laut Malaysia dan yang ke kanan tu pulak menuju ke Kastam Diraja Malaysia. Kami ke kiri dulu.

 Sampai di depan ni, kami berhenti. Bukannya ada apa2 pun. Cuma pejabat agaknya. Di sebalah kiri bahagian ini adalah kuarters kakitangan mereka. Hmmm...berpatah lagi kami. Masuk ke lorong kanan kat simpang tadi tu, kami jumpa yang ini pulak.


 Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Memang betul peribahasa Melayu ada menyebut, "BANYAK BERJALAN, LUAS PANDANGAN". Memang luas sangat pemandangan kami. Tak pernah2 kami sampai ke tempat2 yang tak pernah terlintas difikiran. Akhirnya kami sampai juga ke sana.

Aduiiii...penat dah sebenarnya. Anak2 pun dah bertanya, tak turun mana2 ke. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan asyik duduk dalam kereta aje. Tak turun mana2 pun. Akhirnya kami memutuskan untuk balik ke Pasir Gudang. Dalam perjalanan balik tu, kami berhenti sekejap di tepi jalan yang ada kerangka2 besar ni. Dalam perjalanan pergi tadi dah nampak tapi tak sempat nak berhenti. Agaknya inilah lokasi Legoland tu kot....!






Hajat nak terus balik ke Pasir Gudang kami tangguhkan dulu. Kami singgah kat Jusco Bukit Indah dulu. Pernah 2,3 kali lalu kat sini tapi tak pernah singgah. Kiranya inilah kali pertama kami ke Jusco Bukit Indah ni. Dah agak dah, mesti tak banyak kedai yang bukak. Mana tidaknya, hari pertama CNY. Tak apa...bagus! Mesti tak sesak dan tak banyak RM yang melayang! Hahaha....

Jusco Bukit Indah.








Memang banyak kedai yang tutup. Kami pun bukannya rancang nak beli apa2, sekadar nak jalan je. Dah penat pusing2, kami ke food court pulak. Apa lagi...makanlah!!!




Lepas makan, barulah kami balik. Tapi sebelum melangkah keluar dari Jusco tu, kami singgah kat kiosk jual keledek dan berangan tu dulu. Beli keledek bakar hampir 1kg dan 3 paket besar berangan bakar. Makan panas2...memang sedap!!!!



No comments: