Tuesday, January 10, 2012

Kek Pisang Marble Dan Tampal-Menampal


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi untuk semua. 
Kali ini nak buat tayangan amal kejap. Nak tayangkan Kek Pisang Marble ni. Tengok daripada bentuknya pun dah tau kan...kek ini dibuat, dimasak dan diadun dengan penuh kasih dan sayang...hehehe. Dah lama tak guna loyang bentuk hati ni, itu yang digunakan untuk buat kek pisang ni. Alhamdulillah...dalam pada tak berapa suka makan makanan yang berasaskan pisang, kecuali pisang goreng, anak2 sangat menikmatinya. Siap bawak bekal ke sekolah lagi tu.


 I LOVE YOU hubby dan anak2...!!!

 Teksturnya memang gebu dan mulus. Memang sedap.

Siap dipotong untuk dimakan...


Memandangkan minggu ini masuk minggu kedua anak2 bersekolah, proses menyampul, menandakan buku, menampal nama, subjek dan nama guru masih belum selesai. Masa Adik Tahun 1 tahun lepas, guru kelasnya ada bagi senarai buku2 tulis yang diperlukan...berapa buah diperlukan untuk setiap mata pelajaran, nama untuk buku2 tersebut contohnya Matematik 1, Bahasa Malaysia 1 dan sebagainya. Tahun ni tak ada pulak cikgu buat begitu. Jadinya kena tunggu guru2 setiap matapelajaran bagi tau pada murid2, baru boleh buat tag kat buku2 tulis tu. Kalau setakan nama murid dan kelas tu, awal2 lagi dah tampal.



Macam inilah saya buat setiap tahun untuk anak2. Buatkan dan printkan jadual dan printkan nama. Anak2 yang dah besar bolehlah tampal sendiri pada buku teks2 dan buku2 latihan masing2. Adik punya pulak, dah menjadi tugas emaknya menyelesaikan segala2nya. Apa2pun, saya gembira dapat buat semua ini.

5 comments:

Liza said...

cantiknya kek tu, heart shape lg...

Sharifah Nadzarah said...

YE LAH SAMA DGN SY...KENA TUNGGU CIKGU BAGITAU PERKARA APA...ANAK SY DARJAH 1 LAGILAH DIA TAK TAU APE2...

KEK TU MENGGODA LAH...

Azita Zain said...

Liza :
Heart shape cake utk family...

Nadzarah :
Akak pun masih menanti senarai penuh berapa banyak bukut latihan yang diperlukan untuk setiap mata pelajaran...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Gorgeous cake boleh masuk list untuk cuba

Azita Zain said...

Kak Paty :
Salam perkenalan...