Saturday, January 21, 2012

Fruit Pastry Cake



Pertama kali terpandangkan kek ini di blog Nor Azmihah @ Secubit Garam, terus jatuh cinta. Cinta pandang pertamalah kiranya ni. Terus aje copy resepi dan print. Masukkan dalam senarai pilihan. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Rasanya tidak memuakkan. Boleh makan banyak2 sekali harung (macam seminggu tak makan...).
Kalau nak mencuba, resepinya ada di sini.



Buah2 kat atas kek, ikut sukahati kitalah nak bubuh buah apa. Tapi kombinasi warna kuning buah peach, merah buah stroberi dan maroon kehitaman seedless grape tu memang amat menarik. Itu sebab boleh jatuh cinta pandang pertama!


Rasa kek ni pun ada masam2 yogurt @ sour cream. Lepas tu baunya pun harum sebab ada parutan kulit oren. Semerbak rumah semasa proses pembakaran.




2 comments:

dZana said...

nmpk moist tektur kek ni.. ada buah2 pulak.. msti sedap..fe

Azita Zain said...

dZana :
memang sedap dan moist teksturnya...lembab2 oleh buah2 tu...!