Saturday, December 31, 2011

Nasi Lemak Serai Kopi O


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selalunya setiap pagi kami bersarapan dengan sarapan yang agak ringan sahaja. Tapi pagi semalam rasa macam nak makan nasi lemak pulak.Pastinya kegemaran Adik. Terutama kalau dapat makan dengan telur rebus. Kali ini saya masak Nasi Lemak Serai yang digabungkan dengan Kopi-O. Hmmm...dah macam nama satu rancangan kat dalam TV plak...Nasi Lemak Kopi-O. Apa2pun...minum kopi O panas2 waktu pagi memang sedap! Berpeluh2.....


Nasi Lemak Serai bersama sambal ikan bilis, hirisan timun dan juga telur rebus.


Dihidangkan bersama secawan Kopi O...



Macam biasalah...kalau Adik makan nasi lemak, mesti dia makan nasi lemaknya saja bersama dengan telur. Telur pulak tak pernah cukup sebiji. Jadinya kenalah rebus telur lebih...khas untuk dia. Lepas tu, dia akan makan telur tu lebih banyak dari suapan nasi. So, telur dalam pinggan dia akan habis dulu. Sedangkan nasi lemak masih berbaki. Itu yang memang kena rebus extra untuk dia. Kalau tak buat macam gitu, orang lain akan makan nasi lemak tanpa telur...sebab Adik yang akan habiskan telur tu.

2 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ita,
menyelerakan sungguh bf nasi lemak arini, terliur di buatnya..samalah adik dngn anak bongsu Yatie, kalau makan nasi lemak mesti nak telur lebih, pastu dia tak makan kuningnya...ngelat betullah..yg kena makan Seri..hehehehe...

Azita Zain said...

Yatie :
Waalaikumussalam. Hihi...sekali sekali bersarapan dengan berat2 mcm nasi lemak ni...sedap gak. tapi tak bolehlah selalu sangat. gumuks...
si adik ni pun sama, kuning telur mesti tolak ke tepi.