Thursday, December 29, 2011

Lost World Of Tambun


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memulakan pengemaskinian dengan cerita2 semasa balik kampung ari tu. Cerita ni lama dah...awal bulan Disember ari tu. Yalah...ari tu tak sempat nak menulis di sini. Baru sekarang berkesempatan...jadinya baru sekarang dapat bercerita.

Saya dan hubby membelek2 kalender untuk bulan Disember 2011. Hmmm...jadual ketat sangat. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan hari2 bekerja ada saja kerja dan hal yang tidak dielakkan. Hati berkobar2 nak balik kampung. Kali terakhir balik kampung di Perak adalah pada Syawal lepas. Lama jugak dah. Belek punya belek...akhirnya kami membuat keputusan mengejut untuk balik kampung pada hari Jumaat, 2hb Disember lepas. Itupun keputusan di saat2 akhir. 

Kain baju penuh diampaian sebab dah 3 hari hujan berterusan. Yang dah dibasuh tapi belum disidai pun ada jugak. Pagi tu saya pergi hantar Ayong ke sekolah dulu...pergi pulangkan buku teks. Dah habis SPM barulah pulangkan buku2 teks. Lepas tu dia pergi main bowling dengan Izzati kat Pusat Bandar. Habis main, Izzati ikut Ayong balik ke rumah sementara menunggu ayahnya datang menjemput selepas Maghrib. Hubby pulak terpaksa buat ampaian di dalam rumah. Apa lagi...berselayutlah kain-baju di dalam rumah pulak. Masa Izzati nak balik, kami ajak dia ikut balik kampung bersama kami. Nak tanya emak dan abahnya dulu katanya.

Selepas Maghrib, kami berkemas2 untuk balik kampung. Confirm Izzati akan turut sama. Jam 10:00 malam barulah kami bergerak dari Pasir Gudang. Sepanjang perjalanan, kami cuma singgah isi minyak dan rehat2 aje. Sampai di hentian Ladang Bikam, hubby melelapkan mata sekejap. Tak tahan mengantuk sangat dah. Alhamdulillah...kami sampai ke kampung pada jam 5:15 pagi Sabtu.

Jam 10:30 pagi, kami bertolak ke Lost World of Tambun. Mak Su tak ikut sama sebab kerja. Jadinya kami pergi dengan satu kereta sahaja...5 dewasa, 2 kanak2 dan 1 warga emas. Harga tiket dah melambung. Dewasa RM45 seorang, kanak2 RM38 dan warga emas RM38 jugak. Harga tiket saja dah RM339. Lepas tu kena bayar RM10 untuk setiap FRID hand band....yang ini wajib sebab kalau tak ada ini tak boleh masuk. So kena tambah RM80 lagi. Tapi RM80 ni akan dipulangkan semula masa kita pulangkan FRID hand band tu nanti. Makanan tak boleh dibawa masuk. Ada staf2 yang bertugas untuk memeriksa beg yang kita bawak masuk. Tapi handbag ataupun beg kamera tidaklah diperiksa. Kuih2 yang kami bawak semuanya sangkut. Chrga untuk menyimpan makanan2 tersebut ialah RM1.


 Ini ialah resit untuk menyewa double tube...RM22. RM10 akan dipulangkan bila kita kembalikan tube ni...

 Inilah FRID hand band yang wajib dipakai. Pulangkan semula...dapat RM10. Kalau hilang kena bayar RM50. Warnanya berbeza mengikut kategori dewasa, kanak2 dan warga emas.

 Adik yang paling teruja untuk main air...!


Anak2 main air...!


Juga naik dan main permainan yang disediakan...

Bergembira bersama...!




Harga makanan kat dalam tu punyalah mahal! Air mineral botol kecil tu aje dah RM3. Nak makan mee goreng ke, rojak ke...semuanya RM5.50 satu pek. Jagung cawan tu pun RM3.00, kalau kat luar baru RM2.00 je. Dah habis main barulah anak2 rasa lapar. Kami tak makan kat dalam tu. Sebaliknya kami singgah di satu restoran semasa dalam perjalanan balik tu. Kami singgah di Restoran Hasmah Tomyam. Sedap jugak masakannya. Dah lapar katakan.....semuanya sedap!!!!


Inilah yang kami makan di restoran tersebut. Tidaklah mahal sangat. Rasanya pun ok. Restorannya pun selesa.

Habis dah satu hari di kampung. Malam tu pulak Ayong dan Izzati dibawa oleh Mak Su ke Bandaraya Ipoh...jalan2 di Gerbang Malam dan juga pergi makan2. Harap2 Izzati tak serik nak ikut lagi lain kali.

No comments: