Saturday, December 31, 2011

Cerita Di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Cerita masa di kampung ari tu... Memang seronok dapat tinggal dengan emak walaupun tetap merindui hubby dan anak2. Mana tidaknya...saya dan Adik tinggal agak lama di kampung. Hubby dan anak2 lain balik awal ke Pasir Gudang...masing2 ada komitmen sendiri. Adiklah yang paling seronok berada di kampung. Mana tidaknya, lepas bebas macam burung terbang tu. Seawal jam 7:00 pagi dia dah ke kedai makan Mak Longnya yang terletak di sebelah kanan rumah emak. Menu yang dia mintak setiap pagi ialah nasi lemak kosong + telur rebus dan juga air milo ais. Telur rebus tu tak cukup sebiji...paling kurang pun 2 biji. Pernah sekali tu dia makan 4 biji telur rebus kat kedai Mak Longnya tu.

Dah kenyang, dia terus pulak ke rumah Mak Yangnya yang berada di sebelah kiri rumah emak. Rumah Mak Yang nilah tempat dia bermain hari2. Rakan sepermainannya ialah sepupunya yang tua setahun dari dia. Dipanggil balik untuk mandi pagi pun susah.

 Rebung Madu...dibeli di Cameron Highland oleh adik yang pergi makan angin kat sana.

Ini pulak ialah LIMAU PURUT...yang daunnya selalu kita gunakan kalau nak masak tomyam. Saya jumpa limau ni semasa ke pasar pada hari minggu. Saja beli sebab nak tunjukkan pada anak2...kut2 mereka tak kenal limau ni.


Cuba teka ini gulai apa???
Inilah Masak Lemak Pucuk Mengkudu dengan ubi keledek. Sedapnya hingga menjilat jari!!! Pertama kali saya makan gulai pucuk mengkudu ni. Sedap. Pahit2 sikit rasanya.


Ini pulak ialah durian. Siapa yang tak kenal...ya tak? Ini ialah durian kampung. Adik makan 2,3 ulas...selebihnya saya yang menyelesaikannya.

Pisang Nangka Goreng...salah satu juadah minum petang masa di kampung ari tu.

Dan ini pula dipanggil Roti Bun. Harga RM1.80. Ada dijual di kedai adik ipar saya yang berada di sebelah kiri rumah emak...


No comments: