Wednesday, June 22, 2011

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan SATPP Kali Ke-9



Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke-9 Sekolah Agama Taman Pasir Putih telahpun dijalankan pada hari Ahad lepas, 19hb Jun 2011. 

Mengikut surat jemputan ke mesyuarat, majlis bermula sekitar jam 8:30 pagi. Tetamu jemputan yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Haji Maulizan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Koperasi dan Pengajian Tinggi yang juga merangkap ADUN Tiram.Pada hari tersebut juga diadakan majlis penyampaian Hadiah Cemerlang SDEA 2010 kepada 10 orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk tahun lepas, 2010.

Hari tu, saya pergi seorang diri je...hubby tak pergi sama atas sebab2 tertentu. Saya pergi sekitar jam 8:10 pagi. Sampai je di depan pagar sekolah, saya tengok tak banyak pun kenderaan di situ. Hairan juga...kenapa tak ada kenderaan. Saya memakirkan kereta di dalam kawasan pagar sekolah. Kedatangan saya disambut oleh Ustazah Kalsom. Semasa mendaftar kedatangan, saya tengok di senarai kedatangan untuk kaum ibu, saya adalah tetamu yang ke-29. Mak aaaiiiihhhh...sikitnya!!! Selepas mendaftar tu, guru2 bertugas menghulurkan buku lapuran, air mineral dan bungkusan makanan sebelum saya melangkah ke dewan mesyuarat yang terletak di Tingkat 3. Uuuuiiihhhh...mengah jugak nak sampai kat atas tu...! Masuk dewan jer saya nampaklah beberapa orang sahaja ibubapa yang hadir.


Inilah diantara ibubapa yang melapangkan masa ke sekolah pada mesyuarat tersebut. Amat menyedihkan...!

Ketibaan YB Dato' Haji Maulizan disambut oleh Tuan Guru Besar dan ahli2 Badan Kebajikan serta paluan kompang...

Kumpulan kompang yang terdiri daripada murid2 SATPP, anak2 di kejiranan dan diketuai oleh suami kepada salah seorang tenaga pengajar di SATPP...

Ini adalah murid2 yang akan mempersembahkan pentomen nanti. Nampak tak 4 orang lanun tu..yang kiri sekali ialah anak saya, Azrai....2 yang kanan ialah murid perempuan.


Memandangkan kehadiran ibubapa pada hari tersebut amatlah mendukacitakan, maka mesyuarat agung tersebut tidak dapat dilangsungkan secara formal kerana tidak cukup korum. Akhirnya kami hanya berbincang isu2 semasa, menluahkan pendapat dan pandangan tanpa boleh meluluskan sebarang usul. Memandangkan Badan Kebajikan telah mengundang YB untuk merasmikan majlis, maka kami dengan setia menanti kehadiran YB walaupun pada masa tu perbincangan tidak formal kami telah pun lama tamat. Pengerusi Badan Kebajikan, Tuan Hj. Adam bin Ab. Dolah telah meminta kerjasama ibubapa yang hadir pada hari itu untuk sama2 menanti kehadiran YB Dato' Hj Maulizan. Alhamdulillah...demi untuk menjaga maruah sekolah, Badan Kebajikan dan ibubapa2 yang lain, kami akur dengan permintaan beliau.


Ucapan oleh Pengerusi Badan Kebajikan SATPP, Tuan Haji Adan bin Ab. Dolah, Guru Besar SATPP, Ustaz Salehudidin bin Noordin dan juga ucapan perasmian oleh YB Dato' Haji Maulizan bin Bujang.


Di antara kakitangan sekolah dan murid2 yang turut sama melancarkan majlis...


Kumpulan pelajar yang menjayakan Pentomen berunsurkan perjuangan...

Di akhir majlis, diadakan majlis penyampaian hadiah cemerlang kepada 10 orang pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) 2010.




Pelajar2 yang menerima Hadiah Cemerlang SDEA 2010 ialah :
Muhd. Aniq bin Halim (1.11)
Anis Safia bt. Mohd Arith (1.56)
Muhd. Fakrusy Dinie bin Juhari (1.78)
Khairunnisa bt Jeffri (1.89)
Siti Zuhairah bt Syahril (1.89)
Muhd Yazid bin Mohd Shah (2.11)
Hanis Syuhada bt Mohd Tahir (2.11)
Nurjihan Najwa bt Azahari (2.22)
Nur Ain Alia bt Samian (2.33)
Nor Azliyatul Athirah bt Tafsir (2.44)


Pelajar Terbaik Keseluruhan SDEA 2010 :
Muhd Aniq bin Halim (diwakili oelh ibunya)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR CEMERLANG...!


2 comments:

Azie said...

kesiannya kak...ingt sek tmn cendana ja yg mcm tu...akak nmpk beza tak kalu msey sek biasa ngan sek agama??? pilu tgk n3 akak kali ni...sedih tgk parent yg tak kisah kalu sek agama buat apa2..tp tau nk hentam jeeeeee...( gerammmm nih),alhamdulilah sek agama masa buat tu ramai gak parent yg dtg..adalah dlm 100++ tu pon sbb ada hari anugerah cemerlang, kalau x buat mcm tu mmg sikit lah parent dtg..silap2 20 org ja huhuhuhuhu...
mcmana pon syabas & tahniah kak..kerana menghadirkan diri dlm apa jua program sek anak akak...bangga tul dpt kakak mcm akak ni..:)

Azita Zain said...

Azie :
Memang sedih tengok kehadiran ibubapa pada hari tu. Geleng kepala Pengerusi BKSA...
Masa meeting @ perjumpaan tak datang tapi bila keputusan dah diambil, ada je yang tak kena pada mereka....terutamanya yang berkaitan dgn yuran.
Kalau boleh, akak memang nak menghadirkan diri di setiap aktiviti sekolah...barulah tau apa perkembangan di sekolah anak2...