Thursday, June 16, 2011

Nasi Goreng Pusaka



Nasi goreng ni saya panggil Nasi Goreng Pusaka. Sebabnya??? Sebabnya ialah kerana nasi goreng inilah yang saya makan sejak zaman kanak2 dulu. Ada lebih jer nasi sejuk, mesti emak goreng cam gini. Arwah abah memang suka sangat nasi goreng ni. Pagi tadi saya goreng nasi macam ni... Senang je. Hiris sebiji bawang merah, ketuk sebiji bawang putih dan tumis bersama sedikit ikan bilis. Dah garing tu, pecahkan sebiji telur dan kacau2 supaya telur tu hancur. Masukkan nasi yang telah digaul dengan garam & serbuk perasa. Kacau rata2 dalam 5 minit. Dah siap untuk dimakan...

 Lepas tu arwah abah suka sesangat makan nasi goreng ni bersama dengan teh-o. Teh-o tu dituangkan terus ke dalam mangkuk nasi goreng tu. Jangan pulak guna piring ataupun pinggan leper. Melimpah-ruah pulak teh-o tu nanti.

Biarkan nasi goreng tu terendam sekejap supaya "mesra2" gitu...

Lepas tu bolehlah disudu dan disuapkan ke dalam mulut. Cara makannya lebih kurang macam makan sup la...sebab ianya berkuah.

Selamat menjamu selera...!!!!

3 comments:

Cendana Kasih said...

tengok nasi berkuah tu teringat gak kat arwah abah saya..dia pun suka makan nasi campur air cenggitu..orang dulu2 kalo makan nasi goreng, cenggitu ler..mana ada tomyam, sup campur segala...kita sekarang ni yang banyak tekak...hehehe

Azita Zain said...

Cendana :
Akak pun suka makan cenggitu...sedap!

LouisVuitton07 said...

nasi goreng dgn teh o?? wahhhh... aneh btul... hurmm... cm mkn biskut laa plak.. huhu