Tuesday, September 7, 2010

Projek Biskut Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Aidil Fitri kian menghampiri. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Adakah kita akan bertemu di Ramadhan akan datang? Wallahhualam...

Bercakap pasal Aidil Fitri yang hampir tiba, malam Sabtu lepas saya sempat memuat biskut raya. Alhamdulillah...dengan pertolongan hubby dan anak2, dapatlah kami menyiapkan EMPAT jenis biskut. 

Saya sediakan adunan biskut, hubby dan Ayong mencetak mengikut bentuk2 tertentu. Tugas membakar diserahkan kepada saya. Untuk biskut yang celup2 dengan cokelat tu, saya sediakan cokelatnya manakala Adik dan Ayong pulak meneruskan proses seterusnya. Abang Ngah dan Abang Yang pulak ditugaskan untuk menempa kulit tat setakat lebih kurang aje. Selepas tu saya yang menyudahkan kerja2 mengemaskini kulit tat sebelum dibakar. Senang sikit kerja saya sebab tak perlu nak buat semuanya sendirian. Alhamdulillah...

Inilah hasil KERJASAMA kami...

Biskut Semperit Pandan (Citarasawan @ MyR)

Biskut Jering

Biskut Aiskrim Fancy (TerataiUngu @ MyR)



Biskut Aiskrim Fancy yang dipelbagaikan warna cokelat dan dan salutannya...

Biskut Almond Beauty (Citarasawan @ MyR)

Adik dan Ayong meneruskan proses mencelup biskut dalam cokelat dan salut dengan cokelat rice @ color ball...


3 comments:

ibundo said...

ita, selamat hari raya. wah.. nak biskut raya sikit..

CatlinaFly said...

wow...cayalah lah kak ita!..selamat hari raya dan maf zahir dan batin..jemput amik kad raya kat rumah tau

Yati Ali said...

salam kak,

apa yg penting KERJASAMA...