Sunday, July 26, 2009

Permata Pintar

Semalam, Sabtu 25hb Julai, ada Majlis Permuafakatan Permata Pintar 2009 yang dianjurkan oleh pihak SMK Pasir Gudang di mana sasarannya ialah ibubapa pelajar cemerlang Tingkatan 3 (40 orang) dan Tingkatan 5 (10 orang). Majlis berlangsung dari jam 11:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Ramai juga ibubapa yang hadir. Saya turut hadir bersama hubby ke majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, pihak sekolah menerangkan tentang sasaran mereka untuk memperbaiki keputusan peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu. Juga tentang persediaan yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam usaha mencapai sasaran tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah juga memohon jasa baik ibubapa untuk bekerjasama dalam membimbing, memberi semangat dan mendorong anak2 cemerlang tersebut untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam majlis tersebut, ibubapa dan guru2 berinteraksi dan bersoaljawab mengenai apa2 perkara yang berkaitan. Juga pihak sekolah meminta ibubapa yang hadir untuk memberikan pendapat dan cadangan mengenai perkara berkaitan.



Banner2 ini adalah hasil "kerastangan" pelajar2 Tingkatan 3 Kelas Rancangan Khas (KRK) SMKPG untuk skor 8A dalam PMR...

Selepas selesai majlis, saya dan hubby pergi menjamu selera dulu sebelum saya menghantar hubby ke pejabat semula. Pada sebelah petang pulak, saya ajak hubby pergi mencari bahan2 dan perkakas untuk membuat dan menghias kek seperti pencetak bunga2 kecil, krimwell dan lain2. Saya dapatkan info dari Nina dimana untuk mendapatkan barang2 tersebut. Lokasi yang dicadangkan ialah Larkin Perdana ataupun Bandar Baru Uda. Sebenarnya malu nak cerita ni.... Sebabnya...walaupun dah berbelas tahun duduk kat Pasir Gudang ni, bandar JB tu jarang sekali kami jejakkan kaki. Terutamanya kawasan2 yang tiada kepentingan kepada kami. Bila Nina cakap "Larkin Perdana", saya dan hubby dah tertanya2 kat mana letaknya Larkin Perdana tu. Akhirnya hubby mendail satu nombor...nombor kawan dia. Bertanyakan cara2 nak ke sana tapi dengan alasan nak jemput sedara dari kampung yang sampai kat sana tapi tak tau camana nak datang ke Pasir Gudang. Hahahaha...kelakarnya! Dan malunya!!!! Nasib baik kawan hubby percaya....

Kali pertama kami ke situ, puas jugak pusing2 ikut papan tanda. Bila ikut arahan kawan hubby tu, tak jumpa pulak kawasan tu. Itu yang akhirnya ikut papan tanda je. Alhamdulillah...walaupun beberapa kali kena U-turn, akhirnya jumpa jugak. Bila dah sampai tu, masing2 berkata....ooooooooo...kat sini....senang je! Lain kali saya boleh pergi sendiri...


Inilah diantara mercu tanda yang perlu saya ingat kalau nak ke Bake Well di Larkin Perdana. Ikut jalan lain saya tak tau....

2 comments:

Ummi Hajjah said...

Moga2 Permata Pintar terus bersinar menjadi permata soleh dan solehah...... Ingatkan akak aje yg tak pandai berjalan2 kat jb. Ropanya Ita pun sama...Lucu2...

Azita Zain said...

Alhamdulillah...selain ditekankan ilmu keduniaan, ilmu keagamaan juga diterapkan dalam Permata Pintar... Jgnkan JB, PG pun belum tentu boleh jumpa semua nama jalan & taman2...hehehe..