Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri
Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu2 pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.
Di bawah limpahan terik matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya, dia melihat kepada matahari dan berkata kepada diri sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baik kalalu aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka."
Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir tiba2 dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.
"Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari."
Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan.
"Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana2 dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.
Matanya leka mengekori awan yang berarak megah dengan tubuhnya yang besar meliputi segalanya. Tiba2 awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.
"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan."
Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam.
"Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.
Tiba2 dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca2 : Rupa2nya bukit yang tersergam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.
"Dan pemecah batu itu ialah aku!"
Dengan penuh bertenaga dia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."
Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi memperdulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.
Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah kepada diri sendiri. Manusia seperti ini tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama2nya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yang berpanjangan.
Jesteru, untuk menjadi manusia hebat kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi jadilah diri kita sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah berserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenal pasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan tersembunyi dalam diri kita.
Yakinilah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dengan sebaik2 kejadian!
3 comments:
Salam pagi Selasa yg penuh ceria...Wah. Terbakar semangat pagi hari baca cerita cik ita pagi ni...ceritalah lagi ta....
InsyaAllah K.Izan...akan cuba saya paparkan cerita2 dr buku tu yg blh membuatkan diri kita berfikir ttg siapa kita sebenarnya... Dan kisah2 ni juga saya tujukan utk diri saya sendiri...
Salam kak.
Lama tak melawat akak di sini.Apa kabar?
wah..bersemangat baca entri ni.Saya belum berkesempatan mencari buku itu.InsyaAllah nak cari nnti.Ramai yang kata buku tu bagus.
Masak apa ari ni kak?lala~~~
Post a Comment