Friday, July 31, 2009

Cuppies Lagi

Taraaaaaa.....! Inilah hasil "kerastangan" saya. Design yang ringkas je. Sebelum menghias cuppies ni, saya cuba2 gak bermain2 dengan aising tu, mencuba2 nozel yang berbagai bentuk. Tapi ada juga yang saya tak tau nak guna macam mana. Malas nak cerita panjang2. Kita layan je la gambar2 ni ya.....


Yang ni untuk kawan Ayong, Wanie. Birthday hari ni.... Happy Birthday Wanie....!



Yang ni pulak saja2 main aising. Tapi Abang Yang bawak gi sekolah 8 cuppies...abis terjual!


Main2 Gumpaste

Semalam saya buat gumpaste lagi dan cuba main2 dengan gumpaste tu. Tapi saya tak ada banyak cutter design so main aje dengan cutter yang ada. Tak apa, berakit2 ke hulur, berenang2 ketepian.... Esok2 boleh cari cutter lagi kan!

Sebelum main2 dengan gumpaste tu, sempat gak saya membakar Puding Roti. Gunakan baki roti yang ada je, so dapatle satu loyang yang molek. Sekadar untuk makan sendiri je. Sebelah petang pulak, saya membakar Kek Cokelat Moist dalam bentuk cupcake sebab nak mendeco. Ayong request untuk bagi kawan dia sempena birthday kawannya itu, Wanie, hari ni. Dan Abang Yang pun request sebab ada kawan2 dia yang nak. Satu adunan tu dapatle 25 biji cuppies.


Inilah Puding Roti dan Kek Cokelat Moist tu....


Antara hasil kerastangan dari gumpaste...

Selepas Adik melelapkan mata, barulah saya menghias cuppies tersebut. Hasilnya...tunggu selepas ini...


Thursday, July 30, 2009

Selasa Dan Rabu

Lihatlah betapa khusyuknya Adik membuat kerja sekolah. Memang menjadi rutin Adik hari2, balik aje dari sekolah mesti terus bukak buku yang ada kerja sekolah. Yang agak pelik sikit ialah...bukak aje beg, dia terus ambil buku2 yang berkenaan. Tau aje yang mana ada homework. Senang jugak saya...tak payah nak belek satu2 buku mana yang ada homework. Kadang2 dia mintak makan dulu sebelum buat homework dan menunya simple aje...nasi, telur dan kicap! Dan lepas tu dia mesti zzzzzzzzzzzzzzz.......tak pernah missed!


Selasa lepas jugak, masa Adik sibuk menulis, saya pulak sibuk membakar muffin lagi. Hari2 membakar muffin...buat masa sekaranglah! Dan selepas saya "keluarkan" cuppies ari tu, dah ada permintaan dari anak2 nak cuppies pulak. Untuk makan malam kelmarin, saya cuma masak Kari Telur dan Sup Sayur. Ringkas dan sedap!


Ini pulak ialah projek semalam (Rabu). Awal2 pagi lagi saya dah menurunkan langsir2 untuk dibasuh dan diganti dengan langsir2 lain. Nampak pulak bunga kat penjuru rumah tu macam dan berabuk je. Tu yang membasuh bunga pulak dan cara untuk menjemurnya ialah saya gantung dan sangkutkan kat pagar sempadan dengan rumah bujang tu. Abaikan aje lalang2 yang meninggi tu ya! Dan Rojak Ringkas tu ialah juadah petang saya. Sebenarnya untuk makan malam, saya masak Ayam Masak Madu tapi lupa lak nak snap gambarnya. Rasa2nya macam dah snap tapi bila download gambar, tak ada la pulak. Dan malam tadi jugak saya membakar muffin lagi - blueberry, cokelat chip dan oren. Cuppies....projek untuk esok...


Tuesday, July 28, 2009

Cuppies

Kelmarin (Ahad), saya dah membuat gumpaste dan membancuh buttercream icing. Selepas deco sebijik kek hari tu, balance asing tu saya simpan. Pagi tadi, selepas Abang Yang balik dari sekolah agama, dia kata nak bawak kek untuk kawan dia. Kawan dia tu birthday hari ni. Saya kata bawak aje la kek yang saya deco Ahad lepas, besar sangat katanya. Dia suruh saya decokan cuppies yang masih ada balance tu. Saya pun keluarkan baki aising yang ada tapi piping bag pulak kehabisan stok. Selepas Adik ke sekolah, saya pecut kereta pergi ke kedai barangan plastik - kedai ni ada menjual perkakas2 asas masakan jugak - yang terletak berjampiran McD di Taman Air Biru. Dalam masa 25 minit saya sampai semula ke rumah. Lalu saya decokan 3 biji cuppies tu. 2 biji untuk birthday kawan dia tu, Zarul namanya. Sebiji lagi ada kawan dia nak beli katanya. Hari tu dia ada bawak cuppies tu ke sekolah dan kawan2nya ada yang berkenan pulak. Tapi saya ni belum mahir sangat main dengan aising. Itu yang sekarang ni sedang cuba bermain2 dengan aising...nak menggayakan macam yang bloggers lain buat tu. Mereka punya semuanya cun2 belaka...

Makan-makan

Scrambled Toast ni saya buat untuk sarapan pagi tadi. Saya gunakan roti wholemeal, tu yang nampak "gelap" semacam je lepas kena bakar tadi....



Ini pulak Moist Chocolate Cake, ikut resepi Kak Ina KL. Memang moist tapi gambarnya gelap sikit sebab kurang pencahayaan. Dah tu gambar ni diambil setelah kek tu dipotong2 dan dimasukkan ke dalam bekas. Gelap tu tak bermakna kek saya tu hangus tau!!!! Kek ni saya buat semalam....



Ini pulak Masak Lemak Kembung untuk hidangan malam bersama sayur campur goreng ringkas.


Mutiara 2

Petikan dari buku U-Turn Ke Jalan Lurus

Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri

Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu2 pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.

Di bawah limpahan terik matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya, dia melihat kepada matahari dan berkata kepada diri sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baik kalalu aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka."

Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir tiba2 dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

"Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari."

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan.

"Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana2 dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yang berarak megah dengan tubuhnya yang besar meliputi segalanya. Tiba2 awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.
"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan."

Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam.

"Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba2 dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca2 : Rupa2nya bukit yang tersergam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.

"Dan pemecah batu itu ialah aku!"

Dengan penuh bertenaga dia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."

Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi memperdulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah kepada diri sendiri. Manusia seperti ini tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama2nya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yang berpanjangan.

Jesteru, untuk menjadi manusia hebat kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi jadilah diri kita sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah berserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenal pasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan tersembunyi dalam diri kita.

Yakinilah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dengan sebaik2 kejadian!

Sunday, July 26, 2009

Percubaan Pertama...

Awal2 pagi tadi, hubby bertanya apa projek saya untuk hari ini. Saya kata saya nak mencuba menghias kek dan cupcake. Semalam dan beli perkakas2 dan bahan2 yang berkaitan, so hari ni nak mencuba dulu bermain2 dengan aising. Hubby pilak kata, projek dia hari ni ialah nak balik kampung. Terkejut saya dengar...tiba2 je nak balik kampung pagi Ahad ni. Katanya nak hantarkan ubat emak. Kami belikan emak Doc-K keluaran Herba Prima, memang berkesan untuk emak yang sakit2 sendi. Ini kotak ketiga kami belikan dan hasilnya cukup membanggakan. Alhamdulillah... Jadinya, hubby balik kampung bersama2 dengan 3 orang heronya. Kebetulan pulak Adik demam sejak malam tadi, agaknya demam rindu dengan Atuk sebab dia asyik sebut nak balik kampung Atuk aje. Perancangan awal kami, kami akan balik pada minggu pertama bulan Ogos nanti.

Tinggallah saya berdua dengan Ayong je kat rumah. Kami pun memulakan projek kami. Tapi memandangkan inilah kali pertama saya nak membuat gumpaste dan buttercream icing, ada beberapa perkara yang mengelirukan saya. Setelah mendapat bantuan dan informasi dari Kak Norza (Chef Norzailina), saya pun berulang-alik ke kedai berhampiran untuk mendapatkan beberapa lagi bahan yang diperlukan. Hmmm...tak apa...berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian...

Mula2 saya buat gumpaste. Dalam hati tertanya2...jadi ke gumpaste aku ni? Mula2 tu macam tak confident je tapi bila tengah menguli tu, tersenyum sikit sebab rasa2nya macam menjadi. Dan akhirnya...memang menjadi!!! Yahooooo....! Saya dan Ayong pun mulalah mewarnakan gumpaste tu dan mencetak beberapa jenis bunga2 kecil dan daun2an. Selepas tu saya bakar sebiji kek pulak. Saya buat separuh adunan je sebab nak gunakan loyang comel. Maklumlah, pertama kali nak menghias, besar2 nanti rugi pulak. Selepas masukkan loyang ke dalam oven, saya membancuh adunan untuk cupcake...pun separuh adunan jugak. Dapat le 14 biji cupcake. Selepas tu saya mengadun buttercream icing pulak. Buttercream icing ni saya ikut resepi yang Nina bagi. Alhamdulillah...jadi jugak walaupun nampak macam "cair" sikit.

Masa untuk menghias....!!!



Errr...tuna sandwich ringkas tu adalah sarapan saya pagi tadi ya. Tidak termasuk dalam kategori menghias kek.... Inilah rupanya kek hiasan saya. Kurang comel, kurang kemas, kurang menarik, kurang seri, kurang dari segala segi. Tak apa...percubaan pertama. Lagipun aising tak mencukupi untuk menghias kek ini dan cupcake. Esok saya berazam untuk mengadun aising lagi dan menghias cupcake pulak.

Permata Pintar

Semalam, Sabtu 25hb Julai, ada Majlis Permuafakatan Permata Pintar 2009 yang dianjurkan oleh pihak SMK Pasir Gudang di mana sasarannya ialah ibubapa pelajar cemerlang Tingkatan 3 (40 orang) dan Tingkatan 5 (10 orang). Majlis berlangsung dari jam 11:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Ramai juga ibubapa yang hadir. Saya turut hadir bersama hubby ke majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, pihak sekolah menerangkan tentang sasaran mereka untuk memperbaiki keputusan peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu. Juga tentang persediaan yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam usaha mencapai sasaran tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah juga memohon jasa baik ibubapa untuk bekerjasama dalam membimbing, memberi semangat dan mendorong anak2 cemerlang tersebut untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam majlis tersebut, ibubapa dan guru2 berinteraksi dan bersoaljawab mengenai apa2 perkara yang berkaitan. Juga pihak sekolah meminta ibubapa yang hadir untuk memberikan pendapat dan cadangan mengenai perkara berkaitan.



Banner2 ini adalah hasil "kerastangan" pelajar2 Tingkatan 3 Kelas Rancangan Khas (KRK) SMKPG untuk skor 8A dalam PMR...

Selepas selesai majlis, saya dan hubby pergi menjamu selera dulu sebelum saya menghantar hubby ke pejabat semula. Pada sebelah petang pulak, saya ajak hubby pergi mencari bahan2 dan perkakas untuk membuat dan menghias kek seperti pencetak bunga2 kecil, krimwell dan lain2. Saya dapatkan info dari Nina dimana untuk mendapatkan barang2 tersebut. Lokasi yang dicadangkan ialah Larkin Perdana ataupun Bandar Baru Uda. Sebenarnya malu nak cerita ni.... Sebabnya...walaupun dah berbelas tahun duduk kat Pasir Gudang ni, bandar JB tu jarang sekali kami jejakkan kaki. Terutamanya kawasan2 yang tiada kepentingan kepada kami. Bila Nina cakap "Larkin Perdana", saya dan hubby dah tertanya2 kat mana letaknya Larkin Perdana tu. Akhirnya hubby mendail satu nombor...nombor kawan dia. Bertanyakan cara2 nak ke sana tapi dengan alasan nak jemput sedara dari kampung yang sampai kat sana tapi tak tau camana nak datang ke Pasir Gudang. Hahahaha...kelakarnya! Dan malunya!!!! Nasib baik kawan hubby percaya....

Kali pertama kami ke situ, puas jugak pusing2 ikut papan tanda. Bila ikut arahan kawan hubby tu, tak jumpa pulak kawasan tu. Itu yang akhirnya ikut papan tanda je. Alhamdulillah...walaupun beberapa kali kena U-turn, akhirnya jumpa jugak. Bila dah sampai tu, masing2 berkata....ooooooooo...kat sini....senang je! Lain kali saya boleh pergi sendiri...


Inilah diantara mercu tanda yang perlu saya ingat kalau nak ke Bake Well di Larkin Perdana. Ikut jalan lain saya tak tau....

Saturday, July 25, 2009

Muffin Lagi

Muffin....muffin....dan muffin lagi! Permintaan anak2. Kali ini 4 jenis muffin - Choc Chip, Oren Color Rice, Coffee Choc Rise dan Pandan Kismis. Dan Choc Waffle tu ialah hidangan sarapan semalam.


Chocolate Waffle...


Muffins...

Thursday, July 23, 2009

U-Turn Ke Jalan Lurus

"U-Turn Ke Jalan Lurus" merupakan sebuah buku terbitan Tarbiah Rohani hasil himpunan Zul Ramli Mohamed Razali. Menurut beliau, apa yang ada dalam buku ini terasnya ialah himpunan Hadis Qudsi yang terdapat dalam kitab Imam al-Ghazali yang bertajuk al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Selebihnya ialah mutiara pengajaran; terhimpun bersama-sama kisah dan cerita teladan yang diadun bagi mendatangkan kesan kepada pengajaran hebat daripada Tuhan.

Saya telah mendengar sedikit penerangan mengenai buku ini melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dalam segmen "Sehari 1 Buku". Hati ini macam terpanggil2 untuk mencari buku tersebut. Alhamdulillah, semasa saya ke kedai buku di Pusat Bandar, saya telah menemukan buku tersebut. Tanpa fikir panjang, saya telah membelinya. Di dalamnya terdapat 30 kisah teladan dan pengajaran yang turut disertakan dengan Peringatan yang merupakan firman2 Allah berkaitan dengan penceritaan tersebut dan juga Butiran Kebijaksanaan yang merupakan pengajaran dari cerita2 tersebut.

Walaupun saya baru dapat menghabiskan 2 Mutiara, tapi hasil kupasan yang diberikan amat menarik dan menginsafkan. Sebelum saya pertontonkan Mutiara2 yang ada, sukacita untuk saya pertontonkan dahulu mukadimah dari buku ini :

Lupa Satu Keperluan
Kenyataan di atas agak ganjil namun kita dengar secebis kisah ini.

Ketika sesi perbincangan kumpulan dalam satu kursus, seorang sahabat apabila ditanya tentang peristiwa paling sedih dalam hidupnya, dia bercerita :

"Suatu petang pada tahun 1999 setelah habis sesi pengajian petang di universiti, saya dipanggil ke pejabat, ada panggilan telefon untuk saya. Wajah kerani yang menyambut panggilan itu agak gugup.

"Di hujung talian, saya dapati suara abang yang memberitahu dengan nada bergetar, sarat dengan kesedihan bersama tangisan perlahan...Ibu telah meninggal dunia. Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana gawat badai dalam hati saat itu...

"Wajah ibu bermaian di ruang mata. Bulan lepas ketika saya bersalam dan itu salam yang terakhir saya dengan ibu, ibu mencium saya lebih lama daripada biasa... Itu saya masih ingat. Saya memeluk dan menciumnya dengan girang tetapi segera ingin berangkat, banyak yang perlu diselesaikan di universiti...

"Hati saya berkata, kenapa tidak lebih lama menampung kasih sayangnya.

"Apabila pulang ke kampung, saya dapati tubuh ibu telah diselimuti kain putih. Saya meluru mencium ibu semahu-mahunya tapi ibu hanya terkujur kaku dengan wajah lesi dan mata terpejam rapat. Dia tidak mendengar pun esak tangis saya yang pilu...

"Dada saya hampir pecah membayangkan perpisahan ini..."

Dia menghabiskan cerita dukanya. Kami berkongsi airmata. Saya bertanya kepadanya, kenapa hari ini andi tidak lagi menangis? Adakah kasih sayang terhadap ibu telah luntur? Siapakah yang telah mengambil ruang kasih sayang ibu itu"

Jawapannya tentu tidak! Sayang masih membara dan tiada siapa yang mampu mengisi ruang kosong itu, pasti! Tetapi kenapa hari ini tidak seperti gawat tahun 1999 itu?

Sebabnya adalah kerana manusia punya sifat lupa. Cuba bayangkan seandainya sifat ini tiada. Ingatan dan kesedihan terhadap kematian ibu benar2 segar, tiba2 datang pula berita meninggalnya bapa atau kegawatan lain dalam hidup. Bagaimana manusia boleh mengharungi hidup dalam situasi sedemikian? Bagaimana dada mereka tahan untuk menanggung semua ini?
Atas alasan ini, manusia dibekalkan dengan sifat lupa. Lupa bagi manusia satu keperluan!

Lupa dan Jangan Lupa
Namun, sifat semulajadi ini akan bertukar menjadi malapetaka sekiranya mereka lupa beberapa perkara penting dalam hidup. Daripada kelupaan perlu iaitu kelupaan emosi seperti lupa terhadap kesakitan, penderitaan masa lalu, dianiaya oleh kawan baik, atau apa saja sejarah hitam lampau, sehingga semua yang patut diingati pun turut dilupai oleh manusia. Amat malang sekiranya kelupaan itu menjadi lesen kepada setiap kelupaan yang lain. Apabila ini terjadi, manuasia akan hanyut dalam kealpaan dan kelalaian yang tidak bermuara. Kelalaian yang dimaksudkan ialah lalai terhadap ilmu, agama, nilai, ajaran berguna dan didikan.

Sekiranya ini berlaku, manusia perlu diingatkan kembali. Manusia perlu kepada sesuatu yang boleh merangsang kembali ingatan dan mengembalikan mereka kepada arus kebaikan. Inginkan kebaikan adalah fitrah yang lebih berpengaruh dalam diri seseorang berbanding mana2 sifat semula jadi yang lain.

Hati Yang Perlu Diingatkan
Tindakan manusia sebenarnya dibentuk oleh set kefahaman dalam dirinya. Allah Taala berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahanam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina." (Al-A'raf : 179)

Dalam ayat dia atas, Allah telah memberitahu kita bahawa hati ialah tempat letaknya kefahaman. Sesuatu peringatan itu berjaya sekiranya ia meresap ke dalam hati untuk membentuk set kefahaman. Jadi, sasaran sesuatu peringatan itu bukan pada akal tetapi terus ke dalam hati. Pancaindera seperti mata dan telinga pula bertindak selaku pengumpul maklumat untuk memuncakkan sesuatu kefahaman sehingga ia benar2 meresap ke dalam hati.

Kuasa Hati
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Dalam diri manusia ada segumpal daging, apabila baik daging itu akan baiklah seluruh dirinya, sekiranya jahat akan jahatlah seluruh dirinya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati."

Hadis tersebut menjelaskan tentang kedudukan hati dalam diri manusia. Seluruh tingkah laku yang terbit dari anggota manusia itu sebenaranya berpunca dari hatinya. Hati bolehlah diibaratkan seperti raja dalam kerajaan diri. Dialah pemutus kata bagi anggota tubuh yang bertindak selaku bala tentera yang amat patuh. Jika begitu tinggi sekali kedudukan hati dalam proses kefahaman, amat wajar keutamaan diberikan kepada usaha bagi memastikan hati mendapat apa yang sepatutnya, iaitu pengajaran.

Pengajaran Terunggul
Secara tradisi, manusia punya kaedah tersendiri bagi membangunkan hati. Ini dapat dilihat dalam pengajaran masa lampau yang ditinggalkan termasuk juga kajian dan pelaksanaan semasa. Persoalannya, apakah semua itu merupakan sesuatu yang tulen? Persoalan ini penting untuk dipastikan terlebih dahulu kerana ketulenan sesuatu sumber itu perlu selari dengan sifat asas hati yang tulen dan bersifat bening lagi jernih. Pengajaran yang tidak tulen bukan merawat hati, sebaliknya akan mencemarkan hati. Mungkin pada awalnya ia kelihatan menyembuhkan tetapi kemudian menjadi seperti aspirin yang melagakan buat sementara waktu tetapi dalam jangka waktu lama, ia memudaratkan. Ia menjadi perosak kepada kefahaman menyeluruh, lalu tindakan baik yang sempurna pasti tersasar.

Sewajarnya sebelum membincangkan pelbagai kaedah daripada perahan akal fikiran, yang tentunya berdasarkan penelitian mendalam serta proses uji kaji, teliti lebih dahulu pengajaran terunggul yang sebenarnya ada dalam buku Tuhan dan peninggalan pesuruhNya. Meletakkan pengajaran daripada Tuhan sebagai asas adalah perlu bagi mendapat hasil maksimum kepada proses pembinaan hati. Setiap kali kita inginkan penyelesaian tuntas maka rujuklah terlebih dahulu kepada apa2 yang datang daripada al-Quran dan al-Hadis.

Pusingan U Ke Jalan Betul
Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Apa yang membezakan antara orang cemerlang dengan gagal ialah orang cemerlang menemui jalan kembali yang betul, manakala orang gagal akan terus berada di jalan salah dan tak menemui mana ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

"Setiap kamu bersalah... sebaik yang bersalah adalah yang kembali."

Amat penting bagi manusia mencari ruang kembali, manakala lorong U-Turn untuk masuk semula ke laluan jalan yang betul. Di manakah dot pusingannya?
  • Manusia tidak tahu tentang salahnya sehinggalah disedarkan
  • Mereka tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan
  • Mereka tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan

Semuanya mengenai kesedaran mendalam!

Kesedaran perlu terus dipupuk. Racunnya adalah lupa. Tenaganya pula ialah peringatan dan pengajaran. Oleh itu manusia perlu kepada peringatan dan pengajaran bagi menawarkan racun kelupaan, juga mengekalkan tenaga perubahan supaya berterusan dalam hidup.

Inilah fungsi khusus Rasulullah SAW sehingga mereka yang berada di sekitar lingkungannya berjaya membina kecemerlangan yang gilang-gemilang. Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan berilah peringatan, sesungguhnya engkau wahai Muhammad sebagai jurupemberi ingat..." (Al-Ghasyiah : 21)

Jadi setiap kali bertemu ruang untuk berpusing kembali ke jalan betul, lakukanlah kerana itu ialah anugerah daripada pengajaran dan peringatan yang terbesar.

Wallahualam...

Wednesday, July 22, 2009

Menu2 Terkumpul...

Jom layan gambar2 hidangan yang lepas...


Minggu ni minggu muffin la...berbagai jenis dan perisa. Permintaan dari kawan anak2 sekolah!



Puff Sosej untuk sarapan Selasa lepas...




Proses membuat Conchiglie Bakar...


Ada Choc Chip Muffin, Conchiglie Bakar, Vanilla Milk Shake dan Sup Sayur...


Ikan Bakar juadah hari Jumaat lepas...



Ada Triffles, Jemput2 Jagung Pedas, Kek Gula Hangus dan Muffin Pandan Badam...

Mee Kari Bonda


Lama dah tak buat Mee Kari Bonda ni. Ini ialah juadah makan malam kami semalam. Selepas Abang Yang ke sekolah jam 12:00 tengahari, saya inform hubby yang saya nak ke pasar. Tujuannya ialah untuk membeli bahan2 untuk membuat Mee Kari Bonda ni. Dah tu hubby lak ajak gi lunch dulu. Kami lunch kat McD aje, hampir dengan pasar Taman Air Biru tu. Ayong lewat balik dari sekolah hari ni sebab ada kelas tambahan hingga 4:30 petang. So ada le masa untuk saya jenjalan sebelum Adik balik sekitar jam 3:20 petang.


Makan-Makan Lagi...!

Jom layan gambar2 masakan yang lepas2, yang tak sempat nak diuoploadkan sebulan yang lalu... Jom layan...!!!

Sup Sayur tu untuk makan malam pada 2hb lepas. Nasi Goreng, Mee Goreng dan Kek Marie Koko tu pulak ialah juadah untuk sarapan kami pada hari yang sama. 2hb Julai yang lepas adalah merupan Hari bersama Pelanggan di SK Taman Pasir Putih. Memandangkan hari tersebut merupakan hari persekolahan biasa, saya terpaksa tunggu hingga Adik ke sekolah sebelum saya dan Abang Yang ke SK Taman Pasir Putih. Dalam jam 11:00 pagi baru kami ke sekolah. Alhamdulillah, dah tak ramai ibubapa yang ada. Mungkin masing2 datang awal pagi tadi.


Roti Telur Goreng tu sarapan pada 3hb dan set Nasi Ayam tu pulak untuk makan tengahari pada hari yang sama.


Pada 4hb lepas, ada Hari Terbuka di SMKPG. Saya dan Ayong pergi ke sekolah untuk dapatkan kad lapran kemajuan murid. Alhamdulillah...keputusan Ayong tidaklah mengecewakan, 6A2B. Dan pada hari yang sama juga, bermulanya KMJ (Kembara Mahkota Johor). Kali ini rombongan kembara akan malalui jalan di Taman Pasir Putih, kawasan perumahan kami. Selesai urusan di sekolah, terus kami menunggu rombongan kembara lalu. Budak2 SMK Taman Pasir Putih dah bersiap sedia beratur di sepanjang jalan. Seronok pulak tengok. Adik pulak ambil kesempatan berkenalan dengan seorang baby girl yang chubby tu. Emak baby tu bentang tikar, Adik yang sibuk2 duduk tanpa diundang. Punyalah banyak kenderaan yang menyertai kembara tu... Penat tangan melambai2 kepada mereka terutama kepada kenderaan TV3...hehehe..kot2 masuk muka dalam Majalah 3 nanti....!


Sandwich Telur tu untuk sarapan dan yang lain2 tu (sayur goreng telur, sup sayur, tumis sadin) untuk makan malam pada 7hb lepas.



Petang2 Sabtu minggu minggu lepas (11hb), kami pergi menjamu selera di Restoran Osman di Masai Lama, dekat dengan Today's. Boleh tahan jugak masakannya tapi saya tak makan pun. Saya cuma minum air kelapa dan jus epal hijau je.



Makan malam Ahad minggu lepas (12hb) - Gulai Masam Ikan Kembung dan Udang Butter - bersama dengan Banana Split. Mmmmm...yummy!!!


Roti Gulung Sosej N Cheese - sarapan Isnin minggu lepas.


Selasa minggu lepas, hubby mintak buatkan muffin unutk dibawa ke office untuk pekerja2 kat jabatan dia. Alang2 dah buat tu, saya pun teringat dengan kengkawan lama kat office tu. Teringat nak bagi mereka jugak. Jadinya saya pun buat le banyak2. Macam2 jenis dan perisa ada. Choc chip (hitam, putih, pink), pandan, pandan + kismis, oren, blackcurrent dan vanilla. Jenuh jugak nak menyiapkannya. Anak2 pun mintak nak bawak ke sekolah.



Makan malam yang ringkas je sebab penat buat muffin. Mee segera goreng ringkas....

Makan2 Di Jusco Permas Jaya


Sekali-sekala jalan2 di hujung minggu. Kami ke Jusco Permas Jaya. Sebelum cuci mata, kami jamu perut dulu yang masing2 dah keroncong. Masa ni ada offer untuk ahli J-Card tapi sayangnya tak ada pulak barang yang berkenan. Ayong sambar gak kasut sepasang bersama 2 helai t-shirt. Bang Ngah pun sambar t-shirt gak. Sebelum balik, saya singgah kat gerai yang jual buah berangan tu. Teringin pulak nak makan buah berangan bakar. RM10 untuk 300gm. Mahal2 pun beli jugak. Teringin punya pasal....!

Happy Birthday to Hubby!!!



Walaupun dah lama berlalu tapi saja nak cerita pasal birthday hubby hari tu. Tarikhnya ialah pada 28hb. Jun. Masa ni kami masih di KL, umah adik di Selayang. Awal pagi tu, selepas sarapan, saya keluar dengan Bam (adik lelaki yang duduk kat Selayang tu la...). Tujuannya ialah untuk mencari jajan2 , perkakas dapur sikit2 dan jugak kek. Mula2 kami singgah di NSK Trade City kat area2 tu jugak. Murahnya harga barang2 di situ. Tapi setelah puas saya pusing2 kat dalam tu, tak jumpa pulak bahagian perkakas dapur. Tak taulah pulak kalau2 saya terlepas pandang tapi Bam pun kata tak nampak. Kat rumah Bam tu serba-serbinya kurang. Kuali ada satu, itupun kecik molek je. Cukup2 untuk mereka 2 orang je. Periuk pun sama gak. Cadangnya nak belikanlah apa yang kurang tapi tak jumpa pulak. Lepas tu kami teruskan pencarian kedai kek pulak. Saya memang tak arif tentang jalan2 kat KL tu, maklumlah dah berpuluh2 tahun meninggalkan KL. Tapi ada jugak jalan2 yang masih saya cam. Akhirnya kami ke Jalan Ipoh dan singgah di Plaza Mutiara. Kat situ ada kedai kek Lavender. Dapat jugak kek sebijik....!!!

Selepas selesai makan tengahari beramai2 sambil bersila, Mak Su ambil turn mengemas pulak. Lepas tu saya turun ke dapur lagi untuk menyediakan Kek Marie Koko. Pada masa yang sama, Bam dah pergi semula ke hospital sebab Yanti dah boleh keluar petang ni. Adik yang duduk Putrajaya tu pun sampai bersama keluarganya. Penuh rumah...!!!
Selepas Bam sampai bersama Yanti, kami pun meraikan ulangtahun hubby yang ke...... secara ringkas je. Selepas selesai semuanya, sempat jugak kami melelapkan mata sebelum bertolak balik. Kami bertolak dari Selayang dalam lebih kurang jam 6:30 petang. Itupun terpaksa follow adik yang nak balik ke Putrajaya sebab tak tau jalan nak keluar dari KL. Emak, Mak Su, abang dan kakak ipar pulak bertolak jam 9:00 malam. Kami sampai Pasir Gudang dalam jam 11:30 malam. Penat.......!!!!


Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Hadfiz dan isteri (lupa lak nama dia siapa...). Hadfiz ni ialah salah seorang staff hubby, seorang engineer. Si isteri pulak ialah adik kepada Ina, jiran di Selayang 13. Majlis yang kami pergi ini ialah di rumah emak Ina di Taman Air Biru pada hari Sabtu, 27hb. Jun. Kami tak dapat menghdairkan diri ke majlis di rumah Hadfiz pada hari Ahad, 28hb. Jun sebab dari rumah pengantin perempuan, kami terus bertolak ke Putrajaya dan seterusnya ke Selayang. Tapi pemergian kami tidak disertai oleh Ayong sebab Ayong menyertai rombongan pancaragam ke Port Dickson dan Melaka selama 2 hari 1 malam.

Kami sampai di Putrajaya dalam jam 7:00 malam. Selepas menjamu selera dan bersolat, kami bertolak ke Hospital Pakar Pusrawi, tempat di mana adik ipar saya dibedah dan dirawat. Sampai aje di sana, Mak Su dah sampai dulu dari kampung. Dia datang naik bas dan adik saya jemput dia di Puduraya. Abang saya dan kakak ipar datang jugak dari kampung. Mereka sampai lewat sikit dari kami. Emak memang dah berada di KL sejak hari Khamis lagi. Hari Rabu (24hb. Jun) Yanti kena bedah, hari Khamis pagi mak dah naik bas ke KL. Dari hospital, kami ke rumah adik di Taman Sri Murni, Selayang. Selepas membersihkan diri dan bersolat, kami masing2 merebahkan diri. Memandangkan mereka baru aje berpindah ke situ, semuanya serba kekurangan lagi. Toto je yang menjadi alas tidur kami. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kepenatan yang amat sangat, letak je kepala atas bantal...terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!! Itupun nasib baik kami ada bawak bantal dari Pasir Gudang.....

Bertemu Kembali!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Pergiku tanpa pamitan dan kembalinya setelah lebih sepurnama berlalu.... Maaf dipohon untuk semua pengunjung setia. Amboi...amboi...amboi!!! Berbahasa puitis ler pulak. Maaf le sebab dah lebih sebulan rumah ni ditinggalkan. Ada sebab2 yang sukar dielakkan.

Kalau dah lebih sebulan ditinggalkan, mestilah rumah penuh sawang, kan? Kenalah bersihkan dulu sebelum dapat berceloteh panjang. Banyak cerita nak tulis ni, almaklumlah...sebulan punya cerita!!! Tak tau nak mulakan dari mana. Jangan pening kepala bila nampak ada cerita terkemudian yang mendahului ruang ya...

Sekarang dah bulan Julai kan tapi saya nak masih nak bercerita kisah bulan Jun lepas sebab banyak yang dah terlepas. Hmmm...apa yang berlaku Jun lepas???


Breadmaker ni saya cari kat HSL Electrical & Electronics depan Giant Plentong tu pada 21 Jun (siap tarikh lagi...). Lepas ni boleh le tayang gambar2 roti pulak.



Waffle maker ni pulak saya sambar di Tesco Sri Alam. Balik2 aje ari tu dah cuba buat waffle tapi tak sempat nak snap gambar.



Kuih ketayap tu saya buat untuk sarapan hari Jumaat berikutnya. Mencuba Tefal non-stick pan baru yang jugak saya sambar masa kat Tesco tu. Kuih Bakar dan Puding Roti tu pulak saya buat untuk di bawa ke KL pada 27hb Jun. Puding Roti tu saya buat 2 loyang. Satu untuk adik yang tinggal di Putrajaya dan satu lagi untuk adik yang tinggal di Selayang.


Tuna Sandwich tu pulak untuk sarapan pada 30hb Jun. Ayamg goreng dan sambal bebola ikan pulak untuk juadah makan malam. Sempoi je...hubby yang masak!!!