Monday, May 3, 2021

Juadah Berbuka 21 Ramadhan 1442H

Menu berbuka 21 Ramadhan 1442H | 03.05.2021 | ISNIN
Kononnya nak makan nasi. So masaklah nasi putih, goreng kankung yang dipetik di laman rumah hasil tanaman sendiri dan tumis ikan sadin dalam tin. Kukus lebihan sayur dua hari lepas dan gulai pisang pemberian Kak Jah aritu. Bubur lambuk tu pula dihantar oleh Rai & KakG dari Selasih Pulau. Mira yang masak bubur lambuk stail Kelantan katanya.
Kukus semula lauk2 yang dapat masa hari berbuka di masjid aritu dan juga gulai pisang pemberian Kak Jah aritu. Yang dalam besen kecil tu ialah kuah soto bihun, kuah laksa Johor, ayam masak merah 2 bekas, acar nenas 2 bekas.
MyKanda makan laksa Johor, saya makan soto bihun. Nasi putih and the gang tak bersentuh pun. Sahur nanti dah gerenti tak ada siapa yang makan nasi. Bawa berbuka esok pulak le...

Juadah Berbuka 17 - 20 Ramadhan 1442H

Menu Berbuka 17 Ramadhan 1442H | 29.04.2021 | KHAMIS
Hari ini kepenatan sebab pagi tadi ada Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Ramadhan anjuran Kelas TDT. Jadinya, juadah berbuka hari ini MyKanda beli je di Dapur Selatan. Dan pesan, jangan beli macam2. MyKanda beli laksa Johor 3 bekas dan kuih 2 bekas - talam suji & talam cendol. Saya pula kukus pau je. AbangNgah pulak tak berbuka di rumah hari ini. 
Menu Berbuka 18 Ramadhan 1442H | 30.04.2021 | JUMAAT
Hari ini berbuka seorang di ri di rumah. MyKanda terpaksa berbuka di kilang sebab hari ini ada "stock take". Semua lapuran kena siapkan hari ini juga. So terpaksalah MyKanda stay back sampai siap semuanya. AbangNgah pula ada makan2 di hotel. Ada yang belanja diorang berbuka puasa.
Kalau berbuka sendirian, makan apa yang ada je la. Tapi alhamdulillah, rezeki tak  salah alamat. Roti jala & agar2 santan tu pemberian Zu dan bubur kacang pula pemberian Maz. Dua2 jiran selorong saya ni. Saya cuma kopek sebiji harumanis yang masih berbaki. Akhirnya, cuma menjamah harumanis, 2 gulung roti jala, 3 potong agar2 dan sedikit bubur. 
Menu Berbuka 19 Ramadhan 1442H | 01.05.2021 | SABTU
Hari ini berbuka berdua je dengan MyKanda. AbangNgah dah keluar tadi. Bawak diri katanya. Haaaaa...! Tak berbuka di rumah katanya. So, petang2 tu MyKanda ajak keluar cari juadah. Tak tau nak cari apa, nak cari kat mana. Then saya cadangkan cari di Pondok Makan je, di Selasih Pulau. Maka kami ke situlah mencari juadah berbuka. Kami beli soto bihun 2 bungkus, kuih nona manis & puteri ayu, bubur pulut hitam & ayam seketul.
Lepas tu MyKanda ajak pusing2 tengok lokasi bazaar Ramadhan yang lain. Pusing menghala ke Pusat Bandar. Nampak ada bazaar di jalan depan McD tu, yang menghala ke Taman Mawar. Bazaar di Pusat Bandar, yang dekat perhentian bas tu, dah tak banyak gerai di situ. Agaknya ramai yang pindah ke lokasi baru dekat McD tu. Pusing2 situ je. Tak singgah pun. Then singgah KHJ beli buah je. Itu yang ada tembikai tu. Hehehehee....
Menu Berbuka 20 Ramadhan 1442H | 02.05.2021 | AHAD
Spagheti goreng digoreng oleh MyKanda. Buah tembikai ada baki yang semalam punya. Kuih serimuka tu pemberian Maz. Agar2 santan tu lebihan saya berbuka kelmarin. Ayam tu pula sebenarnya ialah ayam KFC. Selepas terawih semalam, macam teringin nak makan ayam goreng. Ajak MyKanda pergi KFC drive thru. Beli 6 ketul. Saya makan 2, MyKanda makan 1. Baki 3 ketul tu, MyKanda goreng semula.
Saya makan portion yang ini je. Alhamdulillah.

Thursday, April 29, 2021

Juada Berbuka 13 - 16 Ramadhan 1422H

Menu Berbuka 13 Ramadhan 1442H | 25.04.2021 | AHAD
Hari ni meriah juadah berbuka kami. MyKanda beli ikan merah, minta masakkan sup. Ayong dan Haziq ke Bazaar Ramadhan. Deme beli kuih2 dan rojak asma. MyKanda pulak dah terpecahkan 4 biji telur. So saya buat tauhu telur kukus. Mempelam harumanis yang dibeli daripada kawan di Perlis, saya kopek dua biji. Bubur lambuk 2 bekas tu pula dihantar oleh KakG dan Rai dari Selasih Pulau. Alhamdulillah...
Menu Berbuka 14 Ramadhan 1442H | 26.04.2021 | ISNIN
Berbuka hari ini cuma kuks pau ayam. Kukus semula lebihan nasi putih semalam. Panaskan baki sup ikan dan "make over" bubur lambuk semalam. Alhamdulillah...
Menu Berbuka 15 Ramadhan 1442H | 27.04.2021 | SELASA
Semalam dah macam teringin nak makan sanwic telur tapi tak ada rotinya. Bali kelas tadi, singgah KHJ, beli roti, ikan dan sayur sikit. Saya buat sanwic telur, goreng ikan kembung dan goreng sayur pak choy. Selepas Asar, sampai pula gulai lemak pisang lilin dan pau pemberian Kak Jah.  Alhamdulillah...
Menu Berbuka 16 Ramadhan 1442H | 28.04.2021 | RABU
Jenuh fikir nak masak apa hari ini. Masak pun, berapa nak makan AbangNgah dan saya. MyKanda lalu je makannya. Akhirnya, masak bihun goreng aje. Masa tengah menumis, Shidah telefon nak hantar makanan. Tapi disebabkan tumisan dalam kuali atas dapur, makanya minta Shidah letakkan aje atas tembok pagar. Selesai menggoreng bihun, AbangNgah balik dari kerja. Minta dia ambilkan makanan yang di atas tembok pagar tadi. Bila dia letak atas meja, serta merta teringat! Allahuakbar! Betul terlupa pasal makanan ini.
Hari ini giliran kariah kami di Selayang 10, 12 & 13 menyumbangkan judah berbuka puasa ke Masjid Jamek Taman Pasir Putih (Masjid Hijau). Jadinya, saya pun menyelit 3 pek untuk kami berbuka. Set nasi jagung dan kuih2. Daripada 3 pek nasi tu, MyKanda je makan nasi masa berbuka. AbangNgah dan saya makan bihun goreng dan kuih2 je. Alhamdulillah...


Sunday, April 25, 2021

Juadah Berbuka 9 - 12 Ramadhan 1442H

Menu 9 Ramadhan 1442H | 21.04.2021 | RABU
Hari ni saya tak masak sebab dah tau akan dapat makanan petang nanti. Makanan sebagai penginfaq juadah berbuka puasa di Rumah Anak Yatim Darul Hanan. Ustazah berikan saya 3 set makanan dan 2 set kuih & buah. Alhamdulillah, cukup untuk kami bertiga. MyKanda pulak ada beli kuih lompang dan bingka jagung di kantin kilang. Ada juga juadah puding kastad jagung yang diberi oleh jiran selorong, Ain Zazali. Masa berbuka, saya cuma makan sebiji kurma, sebiji epal, air dan karipap.

Menu 10 Ramadhan 1442H | 22.04.2021 | KHAMIS
Ada lebihan nasi ayam semalam, saya satukan dengan baki nasi putih dan goreng semula. Beginilah kalau bulan Ramadhan. Setiap hari ada saja yang berbaki. Padahal bukannya masak atau beli banyak pun. Cukup kadar untuk 3 orang sahaja. Abang Ngah balik kerja bawa roti john tiga, cucur udang dan popia sayur & ketam. MyKanda pulak bawak balik kuih serimuka dan kuih bom. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki daripadaNYA.
Menu Berbuka 11 Ramadhan 1442H | 23.04.2021 | JUMAAT
Menu hari ini semuanya lebihan semalam punya kecuali set nasi ayam yang diberikan oleh jiran, Zana Rahman. Roti john tu semalam AbangNgah makan satu, dan saya makan 1/3 bahagian masa sahur. Cucur udang, karipap dan popia tu saya goreng semula. Bingka jagung, sepotong kole kacang dan sebiji apam cokelat tu saya kukus semula.
Menu Berbuka 12 Ramadhan 1442H | 24.04.2021 | SABTU
Hari ini macam terasa nak makan nasi. So masak nasi putih, goreng ikan, buat telur dadar dan goreng sayur. Kukus juga pau inti ayam. Ada dapat bubur lambuk dari masjid. Ayong dan Haziq berbuka bersama2 hari ini. Deme beli kuih-muih - puteri ayu, nona manis dan pau sambal. Suka tengok Ayong dan Haziq makan. Bertambah2. Dan deme datang bawak berita gembira. Alhamdulillah...