Friday, April 5, 2013

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 3

Bahagian 3 : Sana Sini Persiapan Akhir Dan Majlis Ringkas

Rabu, 20hb Mac 2013.
Macam yang saya tulis dulu, saya balik ke kampung pada hari Selasa malam Rabu, naik bas dari Larkin Sentral jam 10:30 malam dan sampai ke kampung dalam jam 6:00 pagi hari Rabu, 20hb Mac 2013. 


Mengikut perancangan awal, emak nak buat majlis doa selamat pada hari Khamis sebelum proses gantung-menggantung dijalankan. Tetapi memandangkan orang yang nak buat pelamin tu nak datang pada malam Rabu tu, jadinya majlis tersebut kami adakan pada petang Rabu tu. Selepas bersarapan, Mak Su, emak dan saya bergegas ke pekan Chemor untuk membeli barang2 keperluan untuk majlis doa selamat tu. Emak bercadang nak masak pulut kuning, rendang daging dan kuih kasui aje. Dengan pertolongan seorang emak saudara, kami memasak segala yang perlu. Dari merendam pulut hinggalah menghidang selepas waktu Asar. Alhamdulillah...selesai satu majlis. Selepas Isyak barulah orang yang nak pasang pelamin tu sampai. Saya tak buat apa...tukang tengok aje. Tegur sikit2 mana yang tak berkenan...hihi.


Khamis, 21hb Mac 2013.
Hari ini kami rilek sikit. Tak ada kerja2 penting yang perlu dilakukan. Sekadar melihat orang memasang khemah sebanyak 8 buah...2 buah untuk khemah pengantin dan 6 lagi untuk tetamu yang lain. Itu baru siap pasang khemah aje. Hiasan2 belum lagi. Kerusi dan meja pun belum susun lagi. Tapi paling tidak, kami ada tempat berteduh yang amat luas.....!

Sebelah petang kami sempat lari sekejap ke Mydin Meru. Tujuan asal nak cari baju untuk Ayong dan diri sendiri. Akhirnya, dapat untuk Ayong punya sahaja...untuk diri sendiri pulak, tiada yang berkenan di hati.

Sebelah malam pulak, kami merebus telur. Tak banyak...45 papan sahaja (45x30biji). Sama2 membasuh telur sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam air rebusan. Air rebusan tersebut pulak telah dicampurkan dengan garam dan cuka. Kononnya untuk mengelakkan telur2 tersebut daripada pecah. Alhamdulillah...petua yang bagus dan ternyata berkesan. Cubalah!

Adik2 ipar saya sedang membasuh telur...

 Dah siap dibungkus dalam beg plastik sebelum direbus...

 Proses merebus...

Dan pada malam yang sama juga, Mak Su dipakaikan inai oleh emak, emak saudara dan anak saudara. Amboiii...ramainya yang memkaikan Mak Su inai! Emak tu, walaupun mata tak berapa nak jelas, tetap juga nak menempekkan inai di jari Mak Su. Anak bongsu la katakan!


Jumaat, 22hb Mac 2013
Pagi2 tu kami sama2 menyiapkan goodies bag. Anak2 sedara dah cukup ramai untuk menyiapkan semuanya. Saya ni jadi supervisor sahaja...hahaha!

Dalam pada kami sibuk di atas, lembu pulak sampai dari Sauk. Alang Bidin telah bermurah hati untuk menyumbangkan seekor lembu untuk majlis kami. Terima kasih banyak2 Alang! Semuanya diuruskan oleh Alang...dari proses penyembelihan hinggalah proses membawa balik lembu yang dah di bahagi kepada 5 bahagian dan seterusnya menghantar ke rumah tukang masak.



Memandangkan lembu tersebut hanya dipotong kepada 4 bahagian, maka kami terpaksa melapahnya untuk mengasingkan tulang dan daging. Dagingnya akan dihantar ke rumah tukang masak manakala tulang2nya pula akan kami buat sup untuk majlis malam nanti.

Alhamdulillah...sempat disiapkan sebelum masuk waktu solat Jumaat / Zohor.
**********

Thursday, April 4, 2013

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 2

Bahagian 2 : Majlis Pernikahan - Jumaat, 22hb Mac 2013.


Majlis pernikahan Mak Su dilangsungkan di Surau Chepor. Dulu ada Naib Kadi di kawasan kampung kami. Sekarang dah tak ada lagi. Jadi kena rujuk ke kawasan yang berdekatan. Majlis tersebut dijalankan di surau sebab terdapat 4 lagi pasangan lain yang akan bernikah pada hari yang sama. Kiranya majlis pernikahan beramai2 la ni...5 pasang pengantin. Mengikut kata Mak Su, kami kena berada di surau tersebut jam 5:30 petang. Pernikahan ini dilangsungkan pada hari Jumaat, 22hb Mac 2013. 

Dalam jam 5:45 petang tu, berkumpullah kelima2 pasangan pengantin di dalam surau. Pengantin lelaki dah duduk di depan Tok Kadi dengan debaran di dada masing2 yang hanya mereka saja yang tahu. Semua dokumen dah ada pada Tok Kadi. Pengantin cuma perlu bawa kad pengenalan aje. Tapi pengantin lelaki jangan lupa pulak duit mas kahwin ya...
Bakal pengantin2 lelaki bersiap sedia di depan Tok Kadi. Nasib baik Tok Kadi tu pandai buat lawak, tak le bakal2 pengantin ni mengelabah dan berdebar2 sangat. Bakal adik ipar saya yang duduk nombor dua dari kanan tu, yang ada brooch kat songkok tu...

Inilah pasangan adik bongsu saya...Roziatul Bahiyah dan Mohd Jamadil Fitri. Masing2 berdebar2 menantikan saat untuk diijabkabulkan.

Abang sulungku yang bertindak sebagai wali bagi pihak Mak Su. Saya dulu diwalikan oleh arwah abah. Al-Fatihah untuk arwah abah...

Wang mas kahwin sebanyak RM1100...sedang dikira dan disahkan oleh saksi Tok Kadi.

Dalam jam 6:10 petang, bermulalah majlis akad nikah. Majlis akad nikah dimulakan dari sebelah kiri Tok Kadi. Akad nikah pertama dilakukan oleh bapa pengantin perempuan sendiri. Yang lain2 dilakukan oleh Tok Kadi. Ada yang sah dengan sekali lafaz sahaja dan ada juga yang kena ulang dua tiga kali. Apa2pun, semuanya dah sah menjadi suami isteri.

 Alhamdulillah...dengan sekali lafaz sahaja sahlah Roziatul Bahiyah menjadi isteri kepada Mohd Jamadil Fitri...


 YaAllah...moga perkahwinan kami diberkati dan dirahmati hingga ke akhir hayat. Aamiin...!!!








Emak dan anak bongsu...!







******

Monday, April 1, 2013

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama dah bercuti dari berblog. Harap2 masih ada yang sudi menjenguk ke sini. In shaa Allah...


Sekadar nak mengupdate cerita majlis pernikahan dan perkahwinan adik bongsu saya. Daripada 8 orang adik-beradik, kami berdua aje yang perrempuan....Mak Su dan saya. Alhamdulillah...selesai sudah majlis Mak Su. Walaupun saya tidak dapat menymbangkan tenaga seawal persediaan majlis tapi alhamdulillah saya dapat menghadirkan diri lebih awal di kampung. Saya balik ke kampung dengan menaiki bas bersama dengan Adik pada malam Selasa sebelum cuti sekolah bermula. 

Pada mulanya, saya nak balik sorang diri aje. Adik tinggal dengan hubby dan Abang Ngah. Tapi ada masalah pengurusan Adik untuk ke sekolah. Hubby dah tentu pergi kerja dan Abang Ngah pula sekolah pagi. Tak kan le Adik nak tinggal sorang2 kat rumah...kan? Kepada Adik, saya katakan yang dia akan tinggal...dan saya akan balik sorang ke kampung. Mulalah dia susah hati. Susah hati macam mana dia nak pergi mengaji, nak ke sekolah agama, nak ke sekolah kebangsaan, makan minum dia macam mana....dan macam2 lagi persoalan yang dia ajukan kepada hubby dan saya. 

Kepada Adik saya katakan macam ni : "Masa abah nak pergi kerja, abah akan hantar Adik terus ke sekolah agama. Bawa sekali beg, pakaian seragam dan kasut sekolah kebangsaan ke sekolah agama (sekolah agama Adik berkasut putih dan berkasut hitam di sekolah kebangsaan sebab dia Pengawas Perpustakaan). Nanti abah bagi duit belanja sekolah agamadan kebangsaan sekali. Lepas tu, dari sekolah agama minta van hantar terus ke sekolah kebangsaan. Sampai di sekolah, salin baju di surau. baju sekolah agama tu Adik lipat dan masukkankan ke dalam beg sekolah agama. Kasut pulak Adik masukkan dalam beg plastik. Simpan elok2...jangan sampai hilang. Lepas tu baru pergi kantin untuk makan". 

Lepas Adik mendengar arahan2 tersebut, banyak persoalan yang dia timbulkan. Diantaranya :
Macam mana Adik nak bawak baju sekolah kebangsaan ke sekolah agama? Nanti kedut2...
Boleh ke Adik bawak ke sekolah agama? Nanti ustazah marah...
Nak sangkut baju sekolah kebangsaan tu kat mana? Kat tingkap kelas ke?
Boleh ke Adik salin baju dalam surau sekolah kebangsaan? Ada cikgu dalam tu...
Adik kena bawak banyak beg ke (beg buku, beg baju dan beg kasut)?

Dan macam2 lagi soalan yang dia ajukan...! Punya lah dia susah hati nak kena tinggal...! Akhirnya kami balik berdua. Naik bas dari Larkin Sentral jam 9:30 malam. Dalam perjalanan, bas tu berhenti di Taman Tun Aminah dan Sri Putri untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan. Berhenti rehat di Yong Peng Utara selama 30 minit. Lepas tu berhenti sekajap di R&R Rawang. Sepanjang perjalanan, Adik sedap je tidur. Saya pulak sekadar tidur2 ayam...tak lena. Kejap2 jenguk kat tepi highway tu...nak tengok papantanda. Akhirnya kami sampai di pekan Chemor jam 5:45 pagi. Kami dijemput oleh Mak Su.

Akan bersambung di episod yang seterusnya....


Tuesday, March 12, 2013

AJK PIBG Sesi 2013/2014 Dan Cabutan Bertuah



Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua. Entry sebelum ini adalah pasal mesyuarat agung PIBG SKTPP untuk kali yang ke-11. Bila tiba mesyuarat agung, biasalah...ada pembentangan lapuran aktiviti, lapuran kewangan, pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembubaran AJK semasa dan juga pemilihan AJK yang baru.

Semasa pemilihan AJK Sesi 2013/2014 dibuat, kami, AJK Ibubapa bagi Sesi 2012/2013 telah dilantik semula sebagai AJK Ibubapa bagi Sesi 2013/2014 dengan penambahan seramai 3 orang AJK baru iaitu En Adam bin Basri, Puan Safizi binti Ghafar dan Puan Shamsiah binti Samad. Manakala YDP pula telah disandang oleh En. Harun. En. Jasman kekal sebagai Naib YDP setelah menang dengan undian sebanyak 67 berbanding dengan saya yang hanya emndapat 20 undian. Sebenarnya saya terkejut bila dicalonkan untuk menjawat jawatan Naib YDP. Belum pernah ada seorang wanita pun yang tercalon sebelum ini untuk jawatan YDP dan Naib YDP...

Majlis pagi itu dimulakan dengan Anugerah Cemerlang kepada pelajar2 cemerlang UPSR 2012. Diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Alhamdulillah, kami telah diberi sebuah buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru.



Semasa pendaftaran kehadiran, setiap ibubapa diberikan buku lapuran beserta nombor cabutan bertuah masing2 yang telah ditulis di sudut kanan buku tersebut. Alhamdulillah...nombor 8 turut tercabut untuk menerima hadiah cabutan tersebut. Dan hadiahnya ialah sebuah jam dinding dengan rekabentuk dalaman yang melambangkan logo sekolah dan PIBG SKTPP.
  

Alhamdulillah...!

Monday, March 11, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Dan Majlis Anugerah Cemerlang SKTPP



Alhamdulillah. Selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 dan juga Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTPP. Majlis tersebut telah dijalankan pagi semalam bermula seawal jam 7:15 pagi. Dan sebagai salah seorang AJK Ibubapa, saya turut hadir ke sekolah seawal jam 7:20 pagi. Pendaftaran murid2 dan juga ibubapa dijalankan dari jam 7:15 pagi hingga jam 8:00 pagi sebelum ketibaan tetamu jemputan khas. Pendaftaran dibahagikan kepada 3 bahagian - penerima anugerah UPSR 5A dan 4A, penerima anugerah kecemerlangan Pendidikan Khas, Tahun 1 ~ Tahun 6 dan juga pendaftaran kehadiran ibubapa. Semasa pendaftaran ibubapa, mereka diberikan buku lapuran mesyuarat yang turut disertakan nombor untuk cabutan bertuah.

Majlis pagi tadi sepatutnya dirasmikan oleh Puan Hajah Fatimah binti Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang tetapi beliau telah diwakilkan oleh Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman. Menurut kata Tuan Haji Mohd Shah, Puan Hajah Fatimah tidak dapat hadir kerana menguruskan majlis majlis perkahwinan anak beliau. Kedatangan Tuan Haji Mohd Shah telah disambut oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Rosyati binti Jani, YDP PIBG En. Suhaimi bin Suhir beserta AJK-AJK PIBG yang lain dengan paluan kompang yang dipimpin oleh Cikgu Nukman.


  

Kumpul;an kompang di bawah pimpinan Cikgu Nukman.

 Sebahagian daripada barisan AJK Ibubapa...


 Kehadiran ibubapa amatlah membanggakan kerana memenuhi segenap ruang Dewan Warisan, malah ada dianatara mereka yang terpaksa duduk di kaki lima dewan. Alhamdulillah.

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa...

 Ucapan aluan daripada YDP PIBG, En Suhaimi bin Suhir.

 Ucapan aluan daripada Puan Hajah Rosyati binti Jani, Guru Besar SKTPP.

Ucapan aluan dan perasamian oleh wakil PPD, Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman.

Selesai majlis perasmian oleh wakil PPD, majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh pelajar2 Tahun 5.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar2 yang telah berjaya di dalam UPSR mereka pada tahun 2012 yang lalu. Seramai 49 orang telah mendapat keputusan 5A dan 36 orang telah mendapat 4A di dalam peperiksaan UPSR 2012 yang lalu. Pencapaian tertinggi di SKTPP... Alhamdulillah dan tahniah kepada anak2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Di samping itu, diadakan juga mjlis penyampaian hadi kecemerlangan kepada pelajar2 bagi Pendidikan Khas dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 2012, pencapaian mereka diukur berasaskan pencapaian mereka di dalam setiap matapelajaran teras - mengikut pencapaian di dalam sistem KSSR. Manakala untuk pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 2012 pula, mereka dinilai berdasarkan kedudukan mereka di dalam kelas selepas peperiksaan akhir tahun - iaitu mengikut ranking 1, 2 dan 3. Seramai 163 orang pelajar Tahun 1 ~ Tahun 6 dan seramai 18 orang pelajar Pendidikan Khas telah menerima anugerah masing2 di majlis tersebut. Bukan sikit2 penerima anugerah kali ini. Lenguh jugak tangan nak pegang kamera untuk merakamkan detik2 kegembiraan mereka. 

Saya ni memang suka "tangkap gambar"...jurukamera yang tak bertauliah. Jom layan gambar2 penerima anugerah untuk UPSR 2012 - 5A dan 4A - yang telah disampikan oleh wakil PPD :









Selepas penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang UPSR, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Gambar diri sendiri sebagai penerima cenderhati ni tak ada sebab sendiri yang jadi jurukamera. Kalau ada pun, di dalam kamera cikgu lain....
 Puan Rosyati, En. Suhaimi, En. Jasman, Cikgu Saiful.
 Cikgu Dayang, Cikgu Nora, Cikgu Mustakim, Cikgu Firdaus.
En Jamnan, En Samsaidi, En Ungku Shaharudin, En Mukri, En Syed Zainal Abidin

Setelah itu tetamu kehormat bersama AJK PIBG dan guru2 yang berkaitan telah dibawa ke bilik rehat untuk menjamu selera - tapi saya tidak turut serta sebab sibuk snap sana snap sini.... Dalam masa yang sama, majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid2 prasekolah dibawah pimpinan CIkgu Mustakim.
Persembahan ini memang amat mengujakan dan menghiburkan. Comel2 sesangat anak2 kecil ni. Molek2 jer... Penuh ceria mereka membuat persembahan tersebut.

Tengoklah gelagat ibubapa yang mearkamkan persembahan anak2 mereka...macam2 pesen!

Majlis penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang yang lain bagi Tahun 2012 diteruskan dengan dimulai dengan Pendidikan Khas, Tahun 1 & 2, dan Tahun 3 hingga Tahun 6...










Untuk menggalakkan kehadiran ibubapa, cabutan bertuah juga turut diadakan. Banyak juga hadiah yang disediakan. Dan alhamdulillah...saya pun turut bertuah semalam sebab dapat juga hadiah cabutan bertuah tersebut. Ini adalah diantara penerima terawal cabutan bertuah tersebut :

Dan yang ini pula ialah 4 terakhir. Hadiah utama ialah sebuah basikal yang telah dimenangi oleh Puan Fadzilah...

Majlis berakhir sekitar jam 12:30 tengahari.