Monday, March 11, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Dan Majlis Anugerah Cemerlang SKTPP



Alhamdulillah. Selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 dan juga Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTPP. Majlis tersebut telah dijalankan pagi semalam bermula seawal jam 7:15 pagi. Dan sebagai salah seorang AJK Ibubapa, saya turut hadir ke sekolah seawal jam 7:20 pagi. Pendaftaran murid2 dan juga ibubapa dijalankan dari jam 7:15 pagi hingga jam 8:00 pagi sebelum ketibaan tetamu jemputan khas. Pendaftaran dibahagikan kepada 3 bahagian - penerima anugerah UPSR 5A dan 4A, penerima anugerah kecemerlangan Pendidikan Khas, Tahun 1 ~ Tahun 6 dan juga pendaftaran kehadiran ibubapa. Semasa pendaftaran ibubapa, mereka diberikan buku lapuran mesyuarat yang turut disertakan nombor untuk cabutan bertuah.

Majlis pagi tadi sepatutnya dirasmikan oleh Puan Hajah Fatimah binti Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang tetapi beliau telah diwakilkan oleh Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman. Menurut kata Tuan Haji Mohd Shah, Puan Hajah Fatimah tidak dapat hadir kerana menguruskan majlis majlis perkahwinan anak beliau. Kedatangan Tuan Haji Mohd Shah telah disambut oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Rosyati binti Jani, YDP PIBG En. Suhaimi bin Suhir beserta AJK-AJK PIBG yang lain dengan paluan kompang yang dipimpin oleh Cikgu Nukman.


  

Kumpul;an kompang di bawah pimpinan Cikgu Nukman.

 Sebahagian daripada barisan AJK Ibubapa...


 Kehadiran ibubapa amatlah membanggakan kerana memenuhi segenap ruang Dewan Warisan, malah ada dianatara mereka yang terpaksa duduk di kaki lima dewan. Alhamdulillah.

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa...

 Ucapan aluan daripada YDP PIBG, En Suhaimi bin Suhir.

 Ucapan aluan daripada Puan Hajah Rosyati binti Jani, Guru Besar SKTPP.

Ucapan aluan dan perasamian oleh wakil PPD, Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman.

Selesai majlis perasmian oleh wakil PPD, majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh pelajar2 Tahun 5.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar2 yang telah berjaya di dalam UPSR mereka pada tahun 2012 yang lalu. Seramai 49 orang telah mendapat keputusan 5A dan 36 orang telah mendapat 4A di dalam peperiksaan UPSR 2012 yang lalu. Pencapaian tertinggi di SKTPP... Alhamdulillah dan tahniah kepada anak2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Di samping itu, diadakan juga mjlis penyampaian hadi kecemerlangan kepada pelajar2 bagi Pendidikan Khas dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 2012, pencapaian mereka diukur berasaskan pencapaian mereka di dalam setiap matapelajaran teras - mengikut pencapaian di dalam sistem KSSR. Manakala untuk pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 2012 pula, mereka dinilai berdasarkan kedudukan mereka di dalam kelas selepas peperiksaan akhir tahun - iaitu mengikut ranking 1, 2 dan 3. Seramai 163 orang pelajar Tahun 1 ~ Tahun 6 dan seramai 18 orang pelajar Pendidikan Khas telah menerima anugerah masing2 di majlis tersebut. Bukan sikit2 penerima anugerah kali ini. Lenguh jugak tangan nak pegang kamera untuk merakamkan detik2 kegembiraan mereka. 

Saya ni memang suka "tangkap gambar"...jurukamera yang tak bertauliah. Jom layan gambar2 penerima anugerah untuk UPSR 2012 - 5A dan 4A - yang telah disampikan oleh wakil PPD :









Selepas penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang UPSR, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Gambar diri sendiri sebagai penerima cenderhati ni tak ada sebab sendiri yang jadi jurukamera. Kalau ada pun, di dalam kamera cikgu lain....
 Puan Rosyati, En. Suhaimi, En. Jasman, Cikgu Saiful.
 Cikgu Dayang, Cikgu Nora, Cikgu Mustakim, Cikgu Firdaus.
En Jamnan, En Samsaidi, En Ungku Shaharudin, En Mukri, En Syed Zainal Abidin

Setelah itu tetamu kehormat bersama AJK PIBG dan guru2 yang berkaitan telah dibawa ke bilik rehat untuk menjamu selera - tapi saya tidak turut serta sebab sibuk snap sana snap sini.... Dalam masa yang sama, majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid2 prasekolah dibawah pimpinan CIkgu Mustakim.
Persembahan ini memang amat mengujakan dan menghiburkan. Comel2 sesangat anak2 kecil ni. Molek2 jer... Penuh ceria mereka membuat persembahan tersebut.

Tengoklah gelagat ibubapa yang mearkamkan persembahan anak2 mereka...macam2 pesen!

Majlis penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang yang lain bagi Tahun 2012 diteruskan dengan dimulai dengan Pendidikan Khas, Tahun 1 & 2, dan Tahun 3 hingga Tahun 6...










Untuk menggalakkan kehadiran ibubapa, cabutan bertuah juga turut diadakan. Banyak juga hadiah yang disediakan. Dan alhamdulillah...saya pun turut bertuah semalam sebab dapat juga hadiah cabutan bertuah tersebut. Ini adalah diantara penerima terawal cabutan bertuah tersebut :

Dan yang ini pula ialah 4 terakhir. Hadiah utama ialah sebuah basikal yang telah dimenangi oleh Puan Fadzilah...

Majlis berakhir sekitar jam 12:30 tengahari.

No comments: