Friday, November 20, 2009

Menu Hari Selasa

Ini pulak menu untuk hari Selasa. Dan ini adalah rentetan dari kisah sebelum ini.... Petang Isnin tu dah buat Jemput-Jemput Kosong. Pagi Selasa pulak saya buat jemput2 jugak lagi tapi kali ini ada jugaklah "isi" dalam jemput2 tu. Bukannya isi apapun....sekadar ikan bilis dan bawang besar yang dicincang jer dan dicampur dengan sebutir telur. Itu sebab namanya jadi Jemput-Jemput Ikan Bilis! Sekali-sekala makan jemput2 yang ringkas macam ni memang sedap. Petang Isnin tu berebut Adik dan Ayong makan jemput2 tu. Itu yang pagi Selasa tu saya buat lagi tapi versinya lain sikit.


Tepung gandum, telur, garam, ikan bilis, bawang besar cincang...siap!!!


Adik ni baru bangun tidur terus duduk di kerusi sebelah saya dalam keadaan masih mamai. Itu yang kepala pun turut sama kat atas meja...


Hari Selasa lepas Ayong tak sekolah sebab dicutikan gara2 SPM keesokannya. Tapi mereka ada jamuan perpisahan bermula jam 2:30 petang. Tapi Ayong pergi seawal jam 9:30 pagi bersama Nabila dan Basyirah. Mereka nak adakan raptai persembahan dulu. Sebelum saya menghantar Ayong ke sekolah, saya dah siapkan bancuhan Apam Senyum tapi tak sempat nak kukus dulu. Balik dari hantar Ayong baru saya mula mengukus. Tapi hasilnya kurang memuaskan!!! Memang merekah tapi tak berapa naik tinggi. Mungkin sebab saya dah tinggalkan semasa menghantar Ayong tu....! Kecewa jugak rasanya sebab Apam Senyum ni akan dihantar ke sekolah Ayong nanti untuk jamuan tersebut. Tak kisahlah...nak buat macamana kan? Kukus ajelah hingga habis. Dan jam 1:00 tengahari baru saya pergi hantar pada Ayong di sekolah.


Apam Senyum yang tak berapa nak senyum....!

Selepas tengok hasil Apam Senyum tu yang tak seberapa, saya nak mencuba pulak resepi Bolu Mekar yang saya ceduk dari blog Manis Manis. Nama kuih ni saya berikan penjenamaan baru sebagai Apam Manis Mekar....! Saya buat separuh adunan saja. Dan saya pulak pandai2 bagi perasa cokelat untuk yang warna cokelat tu dan perasa pandan untuk yang warna hijau tu. Apam ini menggunakan santan instead of susu segar. Jadi, rasanya lebih kurang macam Puteri Ayu. Yang ni buat untuk makan sendiri je.... Untuk resepinya, nanti saya sisipkan di dapur saya.


Bolu Mekar aka Apam Manis Mekar cubaan pertama....!

Menu Hari Isnin

Salam sejahtera untuk semua. Dah hampir seminggu saya tidak bersiaran. Rumah ni pun dah berhabuk. Nasib baik belum sampai ke tahap bersawang. Kalau tidak, jenuh juga nak membersihkannya. Kalau setakat habuk tu, masih senang untuk membersihkannya. Kali terakhir saya update pasal cerita Adik dapat anugerah Ahad lepas. Lama dah kan......! Minggu terakhir persekolahan ni, anak2 sibuk dengan jamuan perpisahan. Nanti saya cerita pasal jamuan perpisahan tu. Sekarang ni cuma nak tayang makanan yang telah menjadi basi ataupun dah selamat sampai ke tangki pembentungan.....hehehe.

Ini menu hari Isnin lepas. Pagi2 cuma makan roti keju bakar. Lepas tu rajin la pulak buat Jemput-Jemput Labu. Sebelah petang pulak hujan renyai2. Kepala mulalah berfikir nak makan apa. Akhirnya jadilah Jemput-Jemput Kosong tu. Makan cicah dengan sos cili Life je. Dan untuk makan malam pulak, saya cuma masak Sup Sayur dan Ayam Goreng Kunyit. Ringkas kan...?






Menu makan malam :

Cili padi khas untuk hubby....!!!!




Monday, November 16, 2009

Hari Anugerah Cemerlang Bistari 2009


Hari Anugerah Cemerlang Bistari 2009 Tadika Pintar Bistari telah diadakan di Stadium Perbadanan Pasir Gudang semalam (Ahad). Kalau ikutkan pada kad jemputan yang diedarkan, majlis akan bermula pada jam 8:00 pagi. Saya pun tergopoh-gapah jugak menyiapkan Adik dan diri sendiri pagi2 semalam. Sampai saja di stadium, keadaan masih lagi agak lengang walaupun dah ramai juga murid2 yang sampai. Adik mendapat tempat ke-3 dalam peperiksaan akhir tahunnya. Itu yang Adik kena pergi jugak tu. Hanya murid2 yang akan menerima anugerah dan yang membuat persembahan sahaja yang wajib hadir. Semasa saya menghantar Adik ke dalam barisan yang telah ditetapkan, baru seorang murid saja yang hadir. Mereka telah dikumpulkan dalam barisan2 mengikut kategori masing2 - 5 Tahun, 6 Tahun, Kelas Bistari dan cawangan2 tadika yang lain.

Mengikut aturcara majlis, terdapat banyak persembahan oleh murid2 tersebut. Diantaranya ialah tarian zapin, drama muzikal Ali Baba, koir, tarian irama 80an dan 70an, nasyid dan bermacam2 lagi. Terdapat 21 persembahan kesemuanya. Tapi biasalah, bila budak2 tadika buat persembahan...macam2 kerenah dan gelagat yang menggelikan hati dan melucukan. Riuh-rendah stadium melihatkan persembahan mereka.

Acara pembukaan bermula agak lewat...dekat2 jam 9:00 pagi. Tenaga2 pengajar dari setiap cawangan tadika sibuk mengadun murid masing2 yang akan membuat persembahan dan yang akan menerima anugerah. Adik pulak jenis yang tak boleh duduk diam setempat. Mula2 sampai tu, elok je dia duduk dalam barisan yang telah ditetapkan bersama guru pengiring, Cikgu Aisyah. Tapi tak lama sebab selepas tu dia dah sibuk ke sana sini. Saya dan hubby pulak duduk agak dekat dengan barisan dia. Kejap2 di keluar dari "garisan keselamatan" menuju ke arah saya dan hubby. Nasib baik giliran Adik kena giliran yang ke-2. Jadinya tidaklah lama sangat kami menunggu. Selepas saja Adik selesai menerima anugerah, saya terus keluar dari stadium untuk menyedut udara segar (segar ke...?) sekejap sebelum saya masuk semula untuk mengambil Adik. Mana2 murid yang dah selesai persembahan ataupun menerima anugerah, mereka dibenarkan balik. Cikgu2 tu pun tak larat nak menjaga mereka dengan macam2 kerenah. Lebih baik le anak2 tu balik....hehehe. Masa pergi ambil Adik ni le dia berposing dengan Cikgu Aisyah.

Saya bertembung juga dengan Norma Kassim bersama hero2nya. Heroinnya mengambil bahagian dalam persembahan Tarian Reben (giliran ke-14). Norma ni ialah bekas pekerja Kiswire juga, bahagian Human Resource. Sekarang ni bekerja di Autokumpu. Lama jugak kami berbual tapi kenapa boleh lupa nak snap gambar ya?

OKlah. Jom kita layan je gambar2 di bawah......

Adik sedang menerima hadiah...


Top 3 Kelas 5 Berjaya Taman Mawar. Nur Effa Azryyana Bt Zulkafli, Nur Izzah Insyirah Bt. Kamaruzaman, Muhammad Azri B Abd Aziz...


Adik tengah berposing dengan Izzah (tempat ke-2) kelas yang sama. Izzah ni adalah anak Cikgu Maznah (bekas guru Ayong masa Form 1 dulu) dan juga anak kepada staff hubby...


Diantara penerima2 hadiah kecemerlangan...


Keletah Adik...kan main manja lagi dengan Cikgu Aisyahnya....


"Makeup artists" sedang memakeupkan artis2 yang akan membuat persembahan....


Antara gelagat2 mereka... yang berbaju merah tu adalah tenaga2 pengajar Tadika Pintar Bistari...


Antara persembahan2 yang dipersembahkan oleh mereka...

Sunday, November 15, 2009

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Semalam telah berlangsungnya majlis Akhwatul Muslimah kami untuk kali yang ke-10. Majlis kali ini disempurnakan di rumah Puan Endah binti Abidin (Kak Ann) di Jalan Selayang. Macam biasalah, majlis bermula jam 2:00 petang. Majlis kali ini diterajui oleh Kak Pah, Kak Normah dan Solehah. Manakala tazkirah disampaikan oleh Kak Izan dengan tajuk kali ini ialah Aurat : Apa Sudah Jadi?.

Di bawah ini saya perturunkan antara isi kandungan tazkirah semalam. Bahan tazkirah kali ini telah diperturunkan daripada blog Ustaz Haji Zainuddin bin Haji Abd Rahman (UZAR) di http://www.zaharuddin.net . Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk kita bersama. InsyaAllah... Untuk membaca artikel penuh, sila ke laman ini.




Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

"Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengangguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

10 KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) .

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) .

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Wallahhualam....

Saturday, November 14, 2009

Mutiara 7

Petikan dari buku U-Turn Ke Jalan Lurus.Untuk renungan diri sendiri dan dikongsi bersama semua pengunjung...

Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya
Di sebuah perkampungan terpencil di India, tanaman dan harta benda penduduknya sering dirosakkan oleh monyet2 liar. Mereka perlu membenteras monyet2 liar agar tidak bermaharajalela. Untuk menangkap haiwan separa pintar ini bukanlah tugas yang mudah. Namun, setelah membuat penelitian mendalam, mereka menggunakan satu kaedah unik dan berkesan.

Apa yang dibuat ialah, mereka membuat sebuah kotak kayu lalu dipakukan ke lantai. Di bahagian atas kotak tersebut dibuatkan lubang kecil sebesar ukuran tangan monyet. Lubang itu hanya boleh dimasuki ketika jari2 tangan dikuncupkan. Di dalam kotak itu pula diletakkan makanan. Setelah siap, kotak itu dibiarkan.

Monyet2 pun datang. Mereka mula menghulurkan tangan ke dalam kotak melalui lubang sempit itu untuk mendapatkan makanan.

Makanan digenggam dan cuba ditarik keluar. Apa yang berlaku, tangan mereka tersekat kerana tangan yang penuh dengan makanan tidak mungkin dapat melepasi lubang itu.

Pada saat inilah ketika sedang terkial2, penduduk kampung datang menyerbu dengan kayu beruti pejal. Mereka memukul dengan kuat monyet malang itu sehingga remuk tengkorak. Luka pada tubuh monyet sangat dalam dan darah terpercik di serata tempat. Jeritan dan raungan adalah bahasa kesakitan yang tidak dapat digambarkan.

Yang hairannya, ketika mana keadaan gawat dan mereka sedang menanggung kesakitan, monyet2 itu masih lagi menggenggam makanan dengan kuat dan tidak mahu melepaskannya. Tangan terus terlekat pada kotak dan monyet terus dipukul hingga mati. Cerita ini amat menyayat hati. Kesukaan dan keghairahan kepada makanan itu menyebabkan monyet tidak boleh melepaskan makanan itu walaupun sebentar untuk lari menyelamatkan diri. Kesukaan dan keghairahan itu membunuh mereka!

Namun, keadaan sama berlaku kepada manusia yang mendakwa pintar. Begitu banyak pengalaman dalam hidup ini memberi isyarat dan mesej jelas, bahawa ada perkara yang disukai dalam hidup ini tetapi ia membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Manusia malang tidak mahu melepaskan seperti perangai monyet malang dengan makanan. Sebaliknya mereka terus menerus membuat, mengulang2 kesalahan, merasi kesan serta akibat bersama kesakitan dan menderitainya sampailah saat hancur binasa.

Ingat dan sentiasa ingat, bahawa bukan semua yang kita sukai itu akan memberikan kesukaan dan keseronokan pada akhirnya.

Butiran Kebijaksanaan :
  1. Seringkali berlaku manusia membalas balik kebaikan yang diberi oleh Allah dengan melakukan kemaksiatan.
  2. Manusia yang tertipu tidak mengendahkan kitab Allah kerana wang ringgit dan kesenangan sementara.
  3. Mereka mengabaikan rumah Allah sebaliknya menghias, memperindahkan dan memakmurkan rumah sendiri sahaja.
  4. Sering berkata inginkan kebaikan tetapi sikapnya jauh daripada kebaikan tersebut.
  5. Sering memperkatakan tentang kebebasan dan kemerdekaan tetapi menjadi hamba dunia yang tegar.
  6. Untuk diperkenankan permohonan oleh Allah berserta gandaan yang lebih daripada apa yang dijangkakan adalah dengan berdoa serta mengikhlaskan hati semata2 kepadaNya.

Friday, November 13, 2009

Dinner Semalam


Salam petang Jumaat. Malam semalam kami cuma menjamu perut dengan set bubur ini. Ringkas sahaja. Sekadar bubur nasi dimakan bersama dengan telur masin, kacang dan ikan bilis goreng, ayamg goreng yang disiat2 dan juga sedikit kari ikan. Habis licin satu periuk. Abang Yang siap makan berulang. Masa kami makan, Adik masih tidur. Saya tinggalkan serba-sedikit untuk Adik. Lepas Isyak, hubby, Adik dan saya ke Masai, kedai langsir. Langsir yang kami tempah 2 minggu lepas dah siap. Dah 2 hari orang tu telefon, baru malam tadi kami ada kelapangan untuk pergi ambil. Balik dari Masai, konon2 Adik nak makan bubur. Tengok2 kat dapur...dah licin semuanya! Ulang makan oleh Abang Yang. Akhirnya Adik makan roti aje....


Wednesday, November 11, 2009

Geramnya Tengok Baby...!

Malam tadi saya pergi Taman Rinting (Jalan Gelam 3), melawat bekas rakan sekerja (Salbiah) yang baru bersalin bersama Adik dan hubby. Sebenarnya, suami dia (Zamri) ialah bekas rakan sekerja saya, juga merangkap kawan hubby. Salbiah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.04kg di Hospital Pakar Regency. Hubby and the gang yang merancang nak melawat rakan sekerja mereka itu. Kami ni (isteri2...) sekadar mengikut aje. Lagipun kalau kami nak pergi tanpa ditemani oleh suami masing2, entah bilalah nak sampainya. Kami pergi seramai 3 keluarga. Namanya aje KELUARGA tapi ada anak2 yang tak nak mengikut emak ayah mereka (termasuklah saya...). Adik memang suka dengan baby2 ni. Kebetulan pulak, kat rumah tu ada juga baby girl kembar yang baru nak belajar memanjat dan berjalan. Memang suka sangat Adik. Tapi DC saya buat hal pulak...kehabisan bateri. Tak dapat nak snap gambar banyak2... Untuk Salbiah dan Zamri.....TAHNIAH!!!!


Inilah baby boy...Mizani...kekenyangan dan lena selepas menyusu!



Ini masa baby boy sedang disusukan oleh ibunya, Salbiah...



Adik yang geram dengan si kembar girls....Husna dan Huda!



Mee Segera Aje...

Tengahari tadi entah kenapa tiba2 tekak ni macam nak makan mee segera aje. Tengok2 kat dapur samada ada stok ataupun tidak. Alhamdulillah....ada! Saya kalau masak mee segera, jarang sekali saya menggunakan perencah yang telah disediakan. Saya lebih suka masak sayur ringkas2, kemudian mee segera tu saya celur dan basuh sebelum digaul bersama sayur yang telah saya masak tadi. Tapi hari ini, tekak ni nak merasa makan dengan perencahnya. Jadinya masa saya masak sayur tu, saya tambahkan perencahnya separuh sahaja. Setakat nak rasa2 aje...


Sayur goreng ringkas2 yang telah siap dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk...



Mee segera yang telah dicelur dan dibasuh, dimasukkan ke dalam mangkuk sayur tadi...


Kemudian digaul rata2 sebelum dimakan...


Alangkah nyamannya tekak bila menghirup air limau kasturi + ketul2 ais...!


Ikan Bakar


Ini menu malam semalam tapi baru malam ni nak upload. Menu malam ni semuanya beli kat pasar malam - laksa dan nasi ayam. Tak snap gambar pun...! Petang semalam saya bakar ikan cencaru aka ikan jaket. Ringkas aje...gaul dengan garam, bungkus dengan daun pisang dan aluminium foil dan bakar dalam oven. Cicah dengan air asam - bawang besar potong2, cili potong2, air asam jawa, kicap, garam, perasa, gula sikit dan belacan (kalau suka). Lepas tu saya goreng sawi + taugeh aje. Disebabkan kedua2nya kering tak berkuah, saya masak kari ikan cencaru seekor. Ringkas...kan? Saya bakar 4 ekor ikan cencaru...kategori besar2 jugak. Kami tibai seekor seorang sebab cuma 4 orang saja yang menjamu selera malam semalam... Kenyang dek ikan bakar aje!!

Monday, November 9, 2009

Apam Senyum

Apam sengih ni...bukan Apam Senyum!!! Tak sempat nak buat dalam papercup sebab kesuntukan masa. Saya buat pagi semalam unutk kawan2 Ayong yang datang berlatih menyanyi tu. Disebabkab saya juga akan keluar, saya tak sempat nak kukus dalam papercup. Saya kukus dalam loyang je. Sebenarnya ada dua loyang, satu yang ini (putih, pink dan hijau) dan satu lagi kombinasi warna biru dan putih sahaja. Tak sempat nak snap lagi. Nantilah...!