Friday, October 7, 2011

Bendera Condong


Salam hari Jumaat untuk semua...! Hmmmm...kalau kat Teluk Intan, Perak ada Menara Condong, kat Jalan Selayang 10, Taman Pasir Putih pulak ada Bendera Condong...! Boleh gitu???


Macam mana bendera ni boleh hampir menyembah bumi? Sebelum ni bendera ni memang tegak megah jer. Petang semalam hujan teramat lebat. Kalau setakat hujan lebat sahaja, ampun lagi. Tapi kali ini disertai dengan petir sabung-menyabung dan juga tiupan angin yang sangat kuat. Tapi tidaklah sampai ke tahap ribut rasanya. Apa2pun, gara2 tiupan angin yang teramat kuat semalam, tiang bendera ini tidak lagi mampu bertahan. Elok jer bengkok ke tengah2 main gate...! Tapi hari ini kalau korang lalau kat Jalan Selayang 10 ni, bendera tu dah tak ada dah. Hubby dah ubah kedudukannya. Sekarang ni pun sudah kedengaran guruh di langit menandakan hari nak hujan. Kalau hujan dan angin macam semalam jugak, tak taulah macam mana pulak jadinya bendera tu. Tunggu dan lihat je la...!!!!


Abang Ngah Ke Sarawak


Kelab British Council Communicating Online Classroom (BCCOC) SMK Pasir Putih telah mengadakan lawatan selama 5 hari 4 malam ke Sarawak. Mereka bertolak pada hari Selasa, 20hb September dan balik pada 24hb September lepas.


Pada 20hb September tu mereka ke sekolah seperti biasa. Lengkap berpakaian seragam sekolah. Belajar seperti biasa di sesi pagi sebelum waktu rehat. Mereka dijangka bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai sekitar jam 10:30 pagi. Pagi tu selepas Adik balik dari sekolah agama jam 10:30 pagi, saya bergegas juga ke sekolah. Nak tengok mereka berangkat. Manalah tau kot2 sempat sebab mereka dijangka berangkat sekitar waktu itu. ALhamdulillah...masa saya sampai tu mereka masih belum bertolak. Bas dah sedia menanti. So sempat jugalah berposing...

 Tersenyum simpul sebelum ke sekolah dengan beg bagasi dan bekalan air minuman...

 Inilah kumpulan rombongan ke Sarawak tersebut termasuk Pengetua dan Penolong Kanan...

 Sempat gak posing masa naik bas sebelum bertolak...

Ikut pada surat dari sekolah ari tu, mereka dijangkakan terbang jam 12:55 tengahari. Mereka sampai di lapangan terbang sekitar jam 12:00 tengahari. Dalam 12:40 tengahari tu, saya telefon Abang Ngah...sekadar nak bertanya situasi mereka di airport. Satu jer parkataan yang keluar daripada mulut Abang Ngah..."UNBELIEVEABLE...!". Terkejut jugak saya...ingatkan kot ada apa2 benda yang berada diluar jangkaan dia...kot2 lapangan terbang tu dah canggih sangat ke...kot2 kapala2 terbang tu besar2 sangat ke... Rupa2nya ada berita yang memang UNBELIEVEABLE...flight yang sepatutnya mereka naiki dah pun berlepas..!!! Apa cerita??? Kaunter2 kat situ pun dah kosong. Tak ada sorang kakitangan pun yang bertugas. Pengetua, Penolong Kanan dan juga Puan Rokiah telah berurusan dengan pihak atasan. Akhirnya mereka mendapat kebenaran untuk berlepas dengan penerbangan pada sebelah malam...jam 8:35 malam. TAPI...3 orang guru dan 4 orang murid terpaksa menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Agaknya sebab flight tu dah penuh kot... Apa2pun, Abang Ngah terbang juga pada malam tersebut. Hmmm...


24hb September 2011

Penerbangan mereka dari Kuching, Sarawak berangkat sekitar jam 8:30 malam. Mereka sampai di perkarangan sekolah pada sekitar jam 10:00 malam. Alhamdulillah...semuanya selamat sampai ke Pasir Gudang.

 Muka mamai Abang Ngah baru turun dari bas...

 Cikgu2 banyak beli barang...berkotak2 dan berbeg2...


Inilah cenderahati yang Abang Ngah bawak balik dari Sarawak.  T-shirt untuk abahnya, freidge magnets untuk emaknya, gelang untuk Ayong dan key-chain untuk Abang Yang dan Adik...

Wednesday, October 5, 2011

Marhaban Dari Sekolah Agama TPP - 19 Syawal

Pada 19 Syawal ari tu, saya telah menerima kunjungan Kumpulan Marhaban dari Sekolah Agama Taman Pasir Putih. Mereka tiba sekitar jam 11:00 pagi. Pagi hari tersebut, Kumpulan Marhaban SATPP telah mengunjungi berbelas buah rumah di sekitar Jalan Selayang dan Jalan Senangin. Rombongan diketuai oleh Ustaz Nurilanuar dan juga Ustazah Norli (guru kelas Adik). Masa sampai di rumah saya tu, ada yang datang dengan berbasikal, ada yang naik van Naja dan ada yang menumpang motosikal dan kereta ustaz dan ustazah. Riuh rendah rumah dengan suara kanak2 riang. Sukaaaa....! Setiap tahun memang mereka akan berkunjung ke rumah2 ibubapa yang sudi menerima kedatangan mereka. Tapi tahun ini adalah tahun pertama saya menerima kunjungan mereka. Disamping memeriahkan suasana Aidil Fitri, mereka juga dapat mengutip sedikit dana untuk kebajikan sekolah dan anak2 yang belajar di situ. InsyaAllah...

Ketibaan mereka disambut oleh Ayong sebab masa tu saya baru selesai tugas di dapur. Terpaksa bergegas naik ke bilik untuk menyiapkan diri. Hubby pulak kena turn bekerja pada hari tersebut. Nasib baik Ayong tak ada Kelas Ibnu Sina...kalau tidak...!!! Ramai juga yang turut serta...lebih kurang dalam 25 orang termasuk guru2 pengiring.





Ini saja juadah yang sempat saya sediakan untuk mereka. Ada Sosej & Keju Roll, Kek Marble Susu, buah betik dan juga bubur kacang hijau dicicah dengan roti. Yang paling laris ialah sosej & keju roll tu. Bubur kacang pulak mereka makan cam gitu je...sepatutnya dicicah dengan potongan roti tu...







Tetamu Di Aidil Fitri - Kunjungan Kawan Lama


Pada hari yang sama menerima kunjungan kawan2 Abang Yang, kami juga menerima kunjungankawan lama yang sama2 belajar di Korea dulu. Beliau sama batch dengan hubby. Maknanya mereka sama2 berada di Korea selama lebih 6 tahun. Dia yang saya maksudkan ialah Zamri Abdullah...ataupun lebih glamor dengan panggilan Meri je. Meri sampai selepas Maghrib bersama dengan anak, isteri, ibu mertua dan juga ipar2nya. Meri ada seorang putera je. Tak takut langsung dengan orang. Pertama kali jumpa macam dah kenal lama. Lupa pulak nama anaknya. Tapi dengan anak2 saya bukan main mesra lagi. Dah terus jadi geng...hihihi.

 Abang Ngah dan Abang Yang tengah melayan si kecil Meri ni dengan Samsung Galaxy saya tu. Bila ditunjukkan game Talking Tom tu. takut pulak dia. Hantu katanya....!

 Meri yang berbaju hitam tu. Yang bertudung purple tu ialah ibu mertuanya. Yang sedang mendukung si kecil tu ialah orang rumah Meri...seorang guru yang mengajar Form 5 Science...

 Si Kecil tengah melihat Adik membelek buku...dia pun teringin sebenarnya.

Dan akhirnya si Kecil ni take-over tempat Adik pulak...!


Beraya Selepas UPSR


Peperiksaan UPSR 2011 telah berakhir pada 15hb September lepas selepas 3 hari anak2 Tahun 6 bergelut dengan soalan2 peperiksaan. Kebetulan pulak pada 16hb September tu merupakan cuti umum bersempena dengan Hari Malaysia. Seawal jam 9 pagi, kawan2 Abang Yang (Muhammad Azrai) dah berkumpul depan pagar rumah. Alamak...juadah belum siap lagi!!! Jadinya saya pun suruh Abang Yang pergi ke rumah kawan yang lain dulu sementara saya menyiapkan juadah mereka. Ada ke patut....ye?? Tetamu datang tapi suruh pergi ke lain pulak dulu.... Maaflah ya anak2, auntie belum siap memasak lagi...!

Dalam pada bersilat di dapur tu, tiba2 terdengar orang memberi salam. Lembut jer suaranya. Saya pun jenguk ke muka pintu. Alamak...budak2 perempuan yang comel2 pulak datang bertamu. Saya pun menjemput mereka masuk ke rumah. Mereka adalah rakan sekelas Abang Yang. Hmmm...Abang Yang dah ke tempat lain, kawan2 perempuan dia pulak datang ke rumah. Waktu tu sekitar jam 10:15 pagi. Alahai anak2...auntie cuma dapat jamukan dengan biskut2 raya je. Juadah yang auntie masak belum siap lagi la... Kesian mereka.



Dalam 12:15 tengahari barulah Abang Yang dan kawan2nya sampai semula ke rumah kami. Tapi bilangan mereka dah berkurangan. Kata Abang Yang, ada yang malaslah nak pusing sekali lagi. Mana tidaknya...dari Selayang terus ke Sembilang dan terus pulak ke Selasih Pulau. Kawan2nya yang kat Selasih Pulau tu terus singgah rumah masing2.






Selepas menjamu selera dah huhahuha dengan hubby, mereka bergerak pulak ke Jalan Asli dan Canggung. Kebetulan pulak hari tu hari Jumaat, so saya suruh mereka ke masjid untuk solat Jumaat dahulu sebelum meneruskan program beraya mereka. Akhirnya, sekitar jam 5:30 petang barulah Abang Yang muncul semula di rumah. Biarlah dia beraya...lagipun UPSR dah abis...!

Tuesday, October 4, 2011

Cerita Tetamu Di Aidil Fitri - 12 Syawal


Pada hari raya ke-12 ari tu, kami menerima kedatangan tetamu yang dah sekian lama tidak berjumpa - Kamal Zuhdi dan keluarganya. Sebenarnya hubby, saya dan si Kamal ni sama2 belajar di Korea dulu. Kamal ni junior kami. Saya mendapat pesanan di FB daripada Kamal...katanya nak datang ke Pasir Gudang. Sebenarnya dia pusing dari Puchong > Gersik > Kota Tinggi > Pasir Gudang > Melaka > Pulau Pinang > Puchong. Cutinya sampai seminggu lebih. Anak2 pun dicutikannya dari sekolah. Setahun sekali katanya. Untung ya dapat cuti panjang macam tu...boleh round satu Malaysia...!!!

Kamal dan isteri...


 Dengan 5 orang cahayamata - 3 putera dan 2 puteri. Tapi tak ingat dah nama2 mereka...yang kecik sekali tu rasanya Danial dan yang sulung tu Ninie... Waktu mereka sampai tu, saya masih sibuk di dapur. Pagi Sabtu tu saya sempat ke Pasar Tani dulu. Konon2nya nak cari bahan2 untuk masak Mee Kari kat situ tapi tak cukup bahan pulak. Berlari pulak ke Pasar Air Biru. Sampai aje di rumah terus je memasak. Nasib baik hari tu kena turn hubby off-Saturday. Adalah 2 tangan lagi yang boleh membantu. Lama juga kami berbual2. Anak2 dan isterinya pun ramah-tamah jugak...so tidaklah rasa kekok sangat. Destinasa mereka yang seterusnya ialah ke Flat MMHE...ke rumah enak saudara mereka pulak. Hmmm...tak rugi datang sebab banyak destinasi lain yang boleh dituju. Mereka berangkat dari rumah kami selepas waktu Zohor. InsyaAllah...kalau diizinkan olehNYA, kita berjumpa lagi...!

 Sempat sediakan Mee Kari sahaja...

Kek Karamel Alunan Kasih sebagai pembuka selera...


Pada hari yang sama tapi di sebelah petang, Abang Ngah pulak datang 'menyerang' bersama rakan2nya. Sebelum tu dia dah pergi ke rumah kengkawan dia. Mereka bergerak dalam satu kumpulan yang besar...seramai 20 orang! Baki Mee Kari ada lagi tapi macam dah tak cukup. Hubby sempat gorengkan mihun pulak. Masa tu saya dah penat sangat. Tu yang hubby take over kerja memasak pulak tu. Nasib baik hubby jenis yang ringah tulang...untung I...!!!!

Cuba kira...ada tak 20 orang ( tak termasuk yang berbaju merah yang duduk atas riba budak pompuan tu...)


Abang Ngah and the gangs...!




PMR Bermula




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini akan bermulalah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi anak2 yang berada di Tingkatan 3 di seluruh negara. Kepada semua anak teman2 dan kenalan yang akan meduduki PMR nanti, terutamanya kepada anak kesayangan saya...MUHAMMAD AZHARI BIN ABD. AZIZ dan rakan2 seperjuangannya, moga tenang ketika menjawab soalan, baca soalan dengan teliti dan jawablah dengan sebaik mungkin. Moga dipermudahkan segalanya untuk buat anak2. InsyaAllah...dengan segala usaha yang telah dilakukan akan menghasilkan keputusan yang baik. Bertawakkallah kepadaNYA setelah selesai mencuba sedaya upaya.



Kepada Abang Ngah, moga tenang dalam menghadapi peperiksaan PMR ini. Tenangkan hati dan fikiran. Ingatlah DIA sentiasa. Mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abang Ngah.

Dan saya jumpa nota di bawah ini yang ditampal di meja belajar Abang Ngah...

Langkah2 sebelum masuk ke dewan peperiksaan :
1. Jangan terlalu risau dengan keputusan pencapaian
2. Solat hajat dan berdoa
3. Tidur awal - paling lewat jam 11 malam
4. Jangan tinggalkan solat Subuh
5. Dapatkan restu daripada ibubapa, minta doakan kejayaan
6. Tenangkan fikiran
7. Ambil sarapan yang berkhasiat
8. Semak dan bawa semua peralatan
9. Langkah dengan kaki kanan
10. Dengar dan ikut arahan pengawas peperiksaan
11. Yakin pada diri





Sunday, October 2, 2011

Biskut Dan Kuih Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Juga masih sempat kot nak ucapkan Salam Syawal kepada semua walaupun Syawal baru je beberapa hari berlalu. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh di blog yang dah lama tidak dikemaskinikan ini. Sekarang ni kurang berkesempatan untuk mengemaskini blog atas sebab2 tertentu (alasan jer kotttt...!). 

Hihihi...ari tu bercuti sebab anak ketiga menghadapi peperiksaan UPSR. Lepas tu sibuk pulak dengan program marhaban dan rumah terbuka. Lusa pulak (Selasa - 4 Oktober 2011) anak kedua akan menduduki peperiksaan PMR pulak. So...masa banyak dihabiskan bersama anak2.

Okaylah...cerita kali ini bermula dengan cerita kuih raya. Raya dah abis baru nak cerita pasal kuih raya ya... Layan aje la....! Bukan nak cerita apapun, sekadar nak tayang koleksi kuih raya tahun ni...

 Kek Lapis Cokelat dan Frembozen Kenari

 Tat Nenas

 Almond Choc Cookies

 Biskut Kelapa Syawal

 Biskut Mama Carries

 Biskut Cendawan Cornflakes

 Biskut Nestun Cokelat

 Choc Chip Cookies

Kuih Siput

Tuesday, September 13, 2011

Peperiksaan UPSR Bermula



Salam sejahtera dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua pengunjung. Hihihi...masih dalam bulan Syawal kan...so belum terlewat nak wish Selamat Hari Raya...kan? Dah lama tak meng"update" blog ni.Ada rintangan yang melintang yang membataskan masa untuk mengadap lappy. Nak guna Galaxy jer...payah jugak. 

Sekarang ni musim peperiksaan dah tiba. Hari ini dah bermula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid2 Tahun 6 di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangssan di seluruh negara. UPSR akan berlangsung selama tiga hari sehinggalah hari Khamis nanti (15hb September 2011). Anak saya adalah salah seorang daripada calonnya. MUHAMMAD AZRAI BIN ABD. AZIZ...

Gambar ni semasa sedang berbuka puasa akhir Ramadhan yang lepas di kampung...

Kepada MUHAMMAD AZRAI BIN ABD. AZIZ...moga anakku tenang dalam menjawab soalan2 peperiksaan dan moga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT. Moga anakku akan mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Walau bagaimanapun, keputusan UPSR ini bukanlah penentu untuk kehidupan di masa hadapan tetapi sekurang2nya boleh menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Kepada semua calon2 UPSR 2011 di seluruh Malaysia...
GOOD LUCK!!!



Wednesday, September 7, 2011

Pencen Dan Bersara


Setelah sekian lama tidak bersiaran, tiba2 bersiaran dengan tajuk yang agak memusykilkan. Adakah saya akan bersara dari berblog? Atau dengan kata lain pencen dari menjadi salah seorang blogger yang tak berapa nak aktif sangat? Tapi kebiasaannya bila usia dah mencapai angka 55 ataupun 60 barulah layak pencen dan bersara. Betul tak? Itu angka untuk bersara wajib. Tapi kalau nak pencen awal pun...boleh jugak...!!!

Berkisah pasal pencen ni, saya ada satu kisah yang boleh dikategorikan dalam LAWAK SEPERJALANAN... Lawak Seperjalanan sebab kisah ini terjadi semasa dalam perjalanan balik petang semalam....

Semalam (6hb September 2011) bermulalah jadual anak2 yang agak ketat. Tahun ini 3 orang anak saya akan menduduki peperiksaan penting di peringkat masing2. Ayong dengan SPMnya, Abang Ngah dengan PMRnya dan Abang Yang pulak dengan UPSRnya.

Peperiksaan percubaan SPM telah pun bermula semalam sehinggalah 19hb September nanti. Dalam masa yang sama, tempat Ayong tuisyen tu pun ada buat kelas intensif untuk pelajar Tingkatan 5. So jadual Ayong jadi sangat ketat. Manakala Abang Yang yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan (13hb September hingga 15hb September), pihak sekolah juga sedang menjalankan Program Pecutan Akhir. Bermula dari semalam hingga ke hari Khamis ini, mereka ada kelas hingga jam 3:30 petang. Bermula hari Jumaat hingga hari Rabu minggu depan, kelas mereka akan dilanjutkan hingga ke jam 5:00 petang. Untuk kelas dari semalam hingga hari Khamis ini, makan tengahari tidak disediakan oleh pihak sekolah. Maknanya anak2 kena bawa bekal sendiri ke sekolah. Kalau tidak pun, suruhlah ibubapa hantar makanan waktu tengahari tu.

Dari sinilah kisah PENCEN ini bermula...
Nak dijadikan cerita, petang semalam selepas saya menjemput Abang Ngah dari sekolah sekitar jam 2:30 petang, kami terus mencari kedai makan di sekitar taman perumahan ni. Di Kebayan Pasir Putih tu adalah 2,3 kedai je yang beroperasi. Cadang nak ke kedai nasi beriyani tu tapi masih belum beroperasi. Terus ke kedai Kak Pah...pun masih tutup lagi. Akhirnya kami ke Medan Selera di Taman Air Biru. Saya menuju ke kedai yang saya suka beli Nasi Ayam Gorengnya...kedai Hajjah Zaliha. Tapi semalam bukannya saya nak beli Nasi Ayam Goreng sebab saya dah pun menyediakan juadah makan tengahari di rumah. Hehehe...saya menempah 50 bungkus Nasi Ayam Goreng untuk tengahari ini. Mak aiihhhh...banyaknya!!! Ya...saya dan suami ada hajat sebenarnya. Nantilah...cerita lain kali.

Dalam perjalan balik, kami bertembung dengan bekas rakan sekerja saya semasa di Kiswire dulu. Sampai di simpang lampu isyarat, kami sempat berbual melalui tingkap je. Kebetulan lampu tengah merah dan kebetulan pulak kami berhenti sebelah-menyebelah. Sempatlah bertegur-sapa dan mengucapkan Selamat hari Raya. Selepas lampu isyarat bertukar menjadi hijau, kami meruskan perjalanan menuju destinasa masing2. Sambil tu saya berbual2 dengan Abang Ngah.

Abang Ngah : Mak kenal ke dia?
Emak : Kenal...sama2 kerja dengan mak dulu. Tapi dia dah bersara. Umur dia dah lebih 55 tahun.
Abang Ngah : Bersara tu sama dengan pencen, kan?
Emak : Ha'ah...
Abang Ngah : Orang pencen ada gaji kan?
Emak : Kalau kerja dengan kerajaan dan ambil skim pencen, adalah gaji tiap2 bulan. Tapi kalau kerja dengan swasta, mana ada gaji...!

Kemudian masing2 mendiamkan diri seketika....

Abang Ngah : Sebut pasal pencen ni, Ayi ada satu soalan nak tanya...
Emak : Apa dia?
Abang Ngah : Ayam pencen tu ayam tua, kan??? (dengan tersenyum kambingnya...)
Emak : Kah kah kah kah....(ketawa dengan tidak sopan langsung...ketawa hingga keluar airmata...)

Abang Ngah tetap dengan senyum kambingnya...

Emak : Kenapa tiba2 tanya pasal ayam pencen?
Abang Ngah : Entah...tiba2 teringat sebab kita cakap pasal pencen tadi...
Emak : Ha'ah la...macam orang jugak...dah tua baru pencen! Ayam pun samalah jugak... Tu sebab ayam tua tu kita panggil ayam pencen.....!

Abang Ngah memang suka bertanya soalan yang kadang2 tidak terlintas dek akal kita...dan yang pastinya kebanyakan soalannya mesti mebuatkan kami ketawa ataupun geleng kepala ataupun menepuk dahi dulu sebelum menjawabnya...