Sunday, January 1, 2017

Pendaftaran Adik Di SMK Agama Bandar Penawar

 31hb Disember 2016. Tibalah hari untuk Adik mendaftar di SMKA Bandar Penawar (SMKABP). Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi. Memandangkan perjalanan untuk ke sana tidaklah jauh sangat, maka kami bertolak sekitar jam 7:20 pagi. Alhamdulillah, perjalanan melalui lebuhraya E22 Pasir Gudang - Desaru berjalan lancar. Tiada kesesakan lalulintas.
Kami sampai di SMKABP dalam jam 8:00 pagi. Masih lengang lagi kawasan sekolah. Ambil peluang untuk membuat tinjauan. Surau, kantin, koperasi, bangunan pentadbiran, asrama putera, asrama puteri serta dewan besar sekolah dijejaki. Saja2 buat tinjauan. 
Jam 8:30 pagi kami masuk ke dalam dewan. Di pintu masuk dewan ada kaunter untuk memeriksa nama anak. Di siti kami diberikan keratan kertas yang mengandunguni maklumat nama kelas, rumah sukan derta dorm mana. Adik ditempatkan di kelas 1 Zarqiali, di Dorm E dan rumah hijau. Di dalam dewan kami bertemu dengan rakan sekelas Adik, Ashraf Syahmie. Alhamdulillah, ada kawan yang dikenalinya. Selepas membayar yuran makan dan koperasi dan menyerahkan segala dokumen2 berkaitan, kami bergerak ke koperasi dulu. Majlis Tautan Silaturrahim akan bermula jam 11:00 pagi. So kami membeli segala keleprluan di koperasi dulu sebelum bergerak ke dorm. Booking dulu katil dan loker mana...hehehe.
Lepas tu kami ke kantin untuk bersarapan. Masa tengah makan ni kami didatangi oleh empat orang pelajar lelaki senior. Ingatkan apalah halnya. Rupa2nya mereka nak minta Adik dan hubby menjadi wakil pelajar baru dan ibubapa untuk membacakan ikrar nanti. 
 
 Jam 10:40 pagi, pelajar2 baru dipanggil keluar dari dewan dan berhimpun di luar dewan. Mereka akan diarak masuk ke dalam dewan bersama VIP dan pentadbir sekolah dengan iringan paluan kompang. Dalam barisan pelajar lelaki tu, Adik yang paling besar. Di belakang Adik ialah Ashraf Syahmie. Nampak sangat perbezaan saiz mereka...hehehe
  
Sepatutunya seramai 150 orang yang datang mendaftar hari ini tapi yang hadir cuma 80 orang sahaja, 30 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. Dari senarai nama mengikut kelas, satu kelas ada lebih kurang 30 pelajar dan Tingkatan 1 ada 5 kelas, 2 kelas lelaki dan 3 kelas perempuan.
Perarakan masuk VIP, pihak pentadbir dan pelajar2 baru. Yang baju batik hijau (kiri) tu ialah Pengetua, yang berbaju hitam (kanan) tu ialah YDP PIBG dan yang berbaju putih tu (tengah) ialah wakil dari JPN Negeri Johor.
Pelajar2 baru masuk ke dalam dewan...
Ucapan oleh Tuan Pengetua, YDP PIBG dan wakil JPNNJ
 
 Ikrar penyerahan pelajar baru kepada pentadbir sekolah oleh hubby dan Adik membacakan ikrar pelajar2 baru
Selesai program di dewan, kami ke dorm untuk sesi mengemas apa yang patut. Adik ditempatkan di Dorm E, Ibnu Majat. Luas biliknya. Ada 10 katil 2 tingkat. 5 katil di bahagian kiri dan 5 lagi di bahagian kanan. Di tengah2 pula ialah kabinet besi kurus tinggi. 1 kabinet untuk setiap orang.
Katil Adik di tingkat bawah tu...cadar kaler hijau ikut warna rumah sukan. Dalam dorm ni semua rumah hijau. Walaupun ada cadar yang berwarna biru, itu ialah abang2 senior. Baru tahun 2017 ini diwujudkan warna cadar dan sarung bantal mengikut warna rumah sukan.
Selamat tinggal Adik. Selamat menepuh alam baru dengan suasana yang baru serta kawan2 baru. Moga Adik akan terus istiqamah untuk berada di sekolah ini. Aamiin...
YaAllah...jagakanlah anakku ini untukku. 

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhh, patutlah adik kena baca ikrar, dia yang paling menyerlah. Pas ni tak boleh panggila dik lagilah.. kena panggil abang besar, ehehe

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Azita Zain said...

Hahaha...memang hari tu dia yang paling menyerlah Yus. Memang ada sepupu dia yang panggil dia Abang Besar, Abang Adik, Abang Giant (ni kejap je...)