Saturday, January 7, 2017

Minggu Pertama Balik Bermalam

5hb Januari 2017. Hari Khamis. Hari ini Adik dan anak2 Tingkatan 1 dibenarkan balik bermalam. Hubby kerja. Abang Ngah ada kelas. Abang Yang pulak ada kelas memandu. Nasib baik ada Haila jadi peneman. Anak Haila juga bersekolah sama dengan Adik. Ashraf Syahmie sama kelas dengan Adik masa di SK Taman Pasir Putih aritu. Alhamdulillah...setakat ini ada 4 orang anak2 SKTPP yang bersekolah sama dengan Adik. Dan hari Sabtu ni ada pengambilan kedua. Lagi 2 orang anak2 SKTPP akan mendaftar.
Haila ambil cuti separuh hari hari ni. Dari tempat kerja dia terus ke rumah saya. Kereta dia ditinggalkan di rumah saya dan kami sama2 ke SMK Agama Bandar Penawar dengan menaiki kereta saya. Banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan. Perjalanan cuma dalam 45 minit aje. Tak terasa masa berlalu bila masing2 pok pek pok pek je...hehehe. Padahal inilah kali pertama kami berbual secara berdepan tapi macam dah kenal lama sangat dah.
Lebih kurang jam 2:45 petang kami sampai di sana. Tunggu mereka habis makan dulu sebelum masing mengangkat barang2 turun dari dorm. Saya risau juga kalau2 Adik angkut semua barang dia. Alhamdulillah...dia bawak balik mana yang perlu aje. Baju2 kotor, buku2 teks dan buku2 tulis untuk ditampal nama dan disampulkan, penyangkut baju yang berlebihan dan kasut sukan (takut hilang kalau ditinggalkan katanya...). 
Masuk je dalam kereta, benda pertama yang dia buat ialah booking nak tidur dengan emak. Hahahaha...alahai Adik!!! Lepas tu mengajak pergi makan. Sabo aje la...
Sampai depan rumah, Haila dan Syahmie transfer barang2 Syahmie ke dalam kereta Haila pula. Dan kami berpisah di sini. Lain kali Syahmie boleh aje tumpang saya masa nak balik bermalam sebab Haila bekerja. Kami pulak...nak masuk ke dalam rumah, kunci rumah pada Abang Yang. Dia habis kelas memandu jam 5 petang. Akhirnya saya dan Adik ke Pizza Hut Pusat Bandar. Layankan permintaan Adik... 
 Lawa dah pizza hut ni selepas dinaiktaraf...
 Saya makan spaghetti
 Adik nak cuba lasagna
Order yang ni untuk kami berdua

No comments: