Sunday, January 8, 2017

Tragedi Lencana


7hb Januari 2017. Sabtu.

Malam tadi nak menjahit lencana pada baju sekolah. Sebelum mula menjahit, saya tengok dulu dalam blog sekolah. Lencana berada di bahagian bawah tanda nama dan kedua2nya terletak di bahagian atas poket, bukan pada poket.
Dalam masa yang sama saya juga bertanya kepada suami. Katanya macam terbalik kedudukan lencana dan tanda nama tu tapi dia sendiri tak pasti. Saya pun mula la menjahit lencana. Dah siap menjahit satu lencana, saya berWhatsApp dengan kawan yang anaknya juga sama2 bersekolah di sana. Sementara nak tunggu dia membalas, saya teruskan dengan menjahit lencana kedua. Dah siap menjahit 3/4 pusingan jahitan, dapat  balasan WhatsApp daripada dia. Dia hantar gambar yang diperolehi daripada Sync application.

Menangis mak nak oiiii...! Rupa2nya susunannya salah. Sepatutnya kocek, tanda nama dan lencana. Alahai...terpaksa buka semula jahitan. Dah le saya jahit tangan je, sakit jari-jemariku. Akhirnya, buka juga semula jahitan, tolak tepi lencana, baju, alatan menjahit dan cermin mata...dah jom tidur! 

Pagi ni sambung semula menjahit lencana. Tinggalkan ruang untuk tanda nama di bahagian atas kocek. Dalam masa yang sama, bagi arahan kepada Abang Ngah untuk pergi membeli sampul buku tulis. Bagi arahan kepada Ayong untuk tolong siapkan menyampul buku2 teks. Adik masih menyiapkan kerja sekolahnya. Lepas tu suruh Abang Ngah tolong gosokkan baju2 sekolah Adik pulak. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Petang nanti nak hantar Adik balik semula ke asrama. 

Saturday, January 7, 2017

Projek Menyampul Buku Teks Dan Buku Tulis

5hb Januari 2017. Khamis.
 Malam tu Adik buat kerja sekolah. Boleh tahan juga banyaknya kerja sekolah dia. Sains, Sejarah dan TMK. Penat2 buat kerja sekolah, dia rehat kejap. Tengok TV. Lepas tu sambung semula. Dalam masa yang sama, saya menampal nama pada buku2. Esok la baru nak sampul. Nama yang dah dipirint pun tak cukup. Mata dah mengantuk. Adik masih membaca buku teks Sainsnya. Sambil tu dia menerangkan apa yang dia baca. Saya dah dengar tak dengar je dah sebab dah berulang kali menguap. Ajak dia tidur, dia tak ngantuk lagi katanya. Alahai Adik...sambung esok je la ye!

6hb Januari 2017. Jumaat.
Pagi Jumaat dah mula sibuk mengadap desktop. Printkan nama Adik. Buatkan jadual waktu sekolah. Ini memang kerja saya pada setiap awal tahun persekolahan. Sejak dari zaman Ayong mula sekolah dulu lagi. Samalah juga dengan kerja2 menyampul buku2 teks. Ada je jual sampul buku teks yg dah siap tu tapi selalunya ada je yang tak kena. Tak cukup lebar la...kecik la...susah nak dapat yang betul2 sama saiz dengan buku teks. Itu sebab saya sampul sendiri je. Beli plastik yang jenis emboss tu. Masa anak2 semua sekolah dulu, jenuh jugak la nak menghabiskan proses menyampul. Buku teks banyak pulak tu.

Tahun ni ingatkan Adik dah boleh menyampul sendiri. Rupa2nya dia bawak semua buku teks dan buku tulis balik untuk disampul dan ditampal nama. Dah print nama tu, kena gunting plak dulu. Lepas tu baru ditampal pada buku2 teks dan buku2 tulis. Selepas tu barulah disampul. Adik pulak sibuk dengan kerja sekolahnya.
Jadual ni print 3 salinan. 1 untuk dia, 2 lagi utk kawan dia.

Minggu Pertama Balik Bermalam

5hb Januari 2017. Hari Khamis. Hari ini Adik dan anak2 Tingkatan 1 dibenarkan balik bermalam. Hubby kerja. Abang Ngah ada kelas. Abang Yang pulak ada kelas memandu. Nasib baik ada Haila jadi peneman. Anak Haila juga bersekolah sama dengan Adik. Ashraf Syahmie sama kelas dengan Adik masa di SK Taman Pasir Putih aritu. Alhamdulillah...setakat ini ada 4 orang anak2 SKTPP yang bersekolah sama dengan Adik. Dan hari Sabtu ni ada pengambilan kedua. Lagi 2 orang anak2 SKTPP akan mendaftar.
Haila ambil cuti separuh hari hari ni. Dari tempat kerja dia terus ke rumah saya. Kereta dia ditinggalkan di rumah saya dan kami sama2 ke SMK Agama Bandar Penawar dengan menaiki kereta saya. Banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan. Perjalanan cuma dalam 45 minit aje. Tak terasa masa berlalu bila masing2 pok pek pok pek je...hehehe. Padahal inilah kali pertama kami berbual secara berdepan tapi macam dah kenal lama sangat dah.
Lebih kurang jam 2:45 petang kami sampai di sana. Tunggu mereka habis makan dulu sebelum masing mengangkat barang2 turun dari dorm. Saya risau juga kalau2 Adik angkut semua barang dia. Alhamdulillah...dia bawak balik mana yang perlu aje. Baju2 kotor, buku2 teks dan buku2 tulis untuk ditampal nama dan disampulkan, penyangkut baju yang berlebihan dan kasut sukan (takut hilang kalau ditinggalkan katanya...). 
Masuk je dalam kereta, benda pertama yang dia buat ialah booking nak tidur dengan emak. Hahahaha...alahai Adik!!! Lepas tu mengajak pergi makan. Sabo aje la...
Sampai depan rumah, Haila dan Syahmie transfer barang2 Syahmie ke dalam kereta Haila pula. Dan kami berpisah di sini. Lain kali Syahmie boleh aje tumpang saya masa nak balik bermalam sebab Haila bekerja. Kami pulak...nak masuk ke dalam rumah, kunci rumah pada Abang Yang. Dia habis kelas memandu jam 5 petang. Akhirnya saya dan Adik ke Pizza Hut Pusat Bandar. Layankan permintaan Adik... 
 Lawa dah pizza hut ni selepas dinaiktaraf...
 Saya makan spaghetti
 Adik nak cuba lasagna
Order yang ni untuk kami berdua

Tuesday, January 3, 2017

Happy Birthday AbangYang!


Arini birthday dia tapi dia tak ada di sini. Nun jauh di Selangor nun. So...tak ada kek, tak ada makan2 hari ini. Happy 18th birthday Abang Yang. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Jadi anak yang baik, yang menggembirakan ak abah. Jangan cepat moody...tak best!


Masa nak lahirkan dia, waktu Maghrib nak masuk waktu berbuka puasa. Dalam bilik bersalin di Hospital Ipoh seorang diri. Masa ni suami tak dibenarkan masuk apatah lagi ahli keluarga yang lain. Kesian doktor dan jururawat yang bertugas sebab tak sempat nak berbuka puasa dengan sempurna.
Pejam celik pejam celik...dah selesai SPM dah pun dia. Mula berdikari seawal Tingkatan 1. Alhamdulillah. Semoga Abang Yang menjadi anak yang soleh, yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Aamiin...

Cabaran Minggu Pertama Adik Di SMK Agama Bandar Penawar


Cabaran menjadi anak bongsu, anak manja.
Be strong ye Adik. Cabaran minggu pertama ni memang sedikit menguji kecekalan Adik. Sedikit sebanyak melemahkan juga semangat Adik untuk terus berada di sana. Jadual yang mungkin agak padat, suasana persekitaran yang baru, rakan2 baru, perlu menguruskan diri sendiri serta asakan rasa rindu yang sedikit sebanyak menyebabkan rasa itu hadir. Sabar dan bertabahlah ya Adik. 
Hari Khamis nanti mak datang ambil Adik ya. Hujung minggu ni dan hujung minggu depan, anak2 F1 boleh boleh balik bermalam. Banyak juga urusan yang belum selesai...menjahit lencana, menyampul buku2, menempah kemeja batik. Nasib baik jaraknya tidaklah jauh sangat, so bila2 masa boleh ke sana. In shaa Allah...

Setiap hari Adik akan menelefon menggunakan telefon awam. Sehari sekali sudah pasti. Tapi selalunya tiga kali sehari. Paling kurangpun dua kali sehari. Mula2 hari tu tak dengar suara. Ada esakan sahaja. Pagi tadi baru boleh dengar dengan jelas butir bicaranya. Alhamdulillah. Semoga Adik diberikan kekuatan olehNya.

Sunday, January 1, 2017

Pendaftaran Adik Di SMK Agama Bandar Penawar

 31hb Disember 2016. Tibalah hari untuk Adik mendaftar di SMKA Bandar Penawar (SMKABP). Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi. Memandangkan perjalanan untuk ke sana tidaklah jauh sangat, maka kami bertolak sekitar jam 7:20 pagi. Alhamdulillah, perjalanan melalui lebuhraya E22 Pasir Gudang - Desaru berjalan lancar. Tiada kesesakan lalulintas.
Kami sampai di SMKABP dalam jam 8:00 pagi. Masih lengang lagi kawasan sekolah. Ambil peluang untuk membuat tinjauan. Surau, kantin, koperasi, bangunan pentadbiran, asrama putera, asrama puteri serta dewan besar sekolah dijejaki. Saja2 buat tinjauan. 
Jam 8:30 pagi kami masuk ke dalam dewan. Di pintu masuk dewan ada kaunter untuk memeriksa nama anak. Di siti kami diberikan keratan kertas yang mengandunguni maklumat nama kelas, rumah sukan derta dorm mana. Adik ditempatkan di kelas 1 Zarqiali, di Dorm E dan rumah hijau. Di dalam dewan kami bertemu dengan rakan sekelas Adik, Ashraf Syahmie. Alhamdulillah, ada kawan yang dikenalinya. Selepas membayar yuran makan dan koperasi dan menyerahkan segala dokumen2 berkaitan, kami bergerak ke koperasi dulu. Majlis Tautan Silaturrahim akan bermula jam 11:00 pagi. So kami membeli segala keleprluan di koperasi dulu sebelum bergerak ke dorm. Booking dulu katil dan loker mana...hehehe.
Lepas tu kami ke kantin untuk bersarapan. Masa tengah makan ni kami didatangi oleh empat orang pelajar lelaki senior. Ingatkan apalah halnya. Rupa2nya mereka nak minta Adik dan hubby menjadi wakil pelajar baru dan ibubapa untuk membacakan ikrar nanti. 
 
 Jam 10:40 pagi, pelajar2 baru dipanggil keluar dari dewan dan berhimpun di luar dewan. Mereka akan diarak masuk ke dalam dewan bersama VIP dan pentadbir sekolah dengan iringan paluan kompang. Dalam barisan pelajar lelaki tu, Adik yang paling besar. Di belakang Adik ialah Ashraf Syahmie. Nampak sangat perbezaan saiz mereka...hehehe
  
Sepatutunya seramai 150 orang yang datang mendaftar hari ini tapi yang hadir cuma 80 orang sahaja, 30 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. Dari senarai nama mengikut kelas, satu kelas ada lebih kurang 30 pelajar dan Tingkatan 1 ada 5 kelas, 2 kelas lelaki dan 3 kelas perempuan.
Perarakan masuk VIP, pihak pentadbir dan pelajar2 baru. Yang baju batik hijau (kiri) tu ialah Pengetua, yang berbaju hitam (kanan) tu ialah YDP PIBG dan yang berbaju putih tu (tengah) ialah wakil dari JPN Negeri Johor.
Pelajar2 baru masuk ke dalam dewan...
Ucapan oleh Tuan Pengetua, YDP PIBG dan wakil JPNNJ
 
 Ikrar penyerahan pelajar baru kepada pentadbir sekolah oleh hubby dan Adik membacakan ikrar pelajar2 baru
Selesai program di dewan, kami ke dorm untuk sesi mengemas apa yang patut. Adik ditempatkan di Dorm E, Ibnu Majat. Luas biliknya. Ada 10 katil 2 tingkat. 5 katil di bahagian kiri dan 5 lagi di bahagian kanan. Di tengah2 pula ialah kabinet besi kurus tinggi. 1 kabinet untuk setiap orang.
Katil Adik di tingkat bawah tu...cadar kaler hijau ikut warna rumah sukan. Dalam dorm ni semua rumah hijau. Walaupun ada cadar yang berwarna biru, itu ialah abang2 senior. Baru tahun 2017 ini diwujudkan warna cadar dan sarung bantal mengikut warna rumah sukan.
Selamat tinggal Adik. Selamat menepuh alam baru dengan suasana yang baru serta kawan2 baru. Moga Adik akan terus istiqamah untuk berada di sekolah ini. Aamiin...
YaAllah...jagakanlah anakku ini untukku. 

Tahun 2017

SELAMAT DATANG TAHUN 2017