Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah penuh sawang ye rumah saya ni. Al-maklumlah...dah lama tak menjenguk ke rumah ni. Nak mengadap komputer ni perlukan masa juga. Kadang2 sibuk, kadang2 menyibukkan diri. Nak buat satu entry juga memerlukan idea juga. Kadang2 idea tu ada je tapi masa pulak yang mencemburui kita...ewahhh!
Hari ini 5hb September 2016. Bermulalah peperiksaan UPSR 2016 untuk anak2 Tahun 6 di seluruh Malaysia. Anak saya merupakan salah seorang daripada calon UPSR tahun ini. Peperiksaan ini akan menentukan hala tuju mereka di Tingkatan 1 nanti. Adik berminat nak masuk sekolah agama...Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. In shaa Allah, jika dapat result bagus nanti, Adik boleh masuk SMKA ya...
Hari ni sebelum jam 7:00 pagi kami (Adik dan saya) dah sampai ke sekolah. Adik selamba je tapi saya punyalah berdebar2. Kami terus ke Dewan Warisan. Ramai anak2 Tahun 6 dah berkumpul di situ. Cikgu2 juga dah ramai. Ada yang sedang mengagihkan roti dan teh-o sebagai sarapan anak2. Tiba2 terasa sebak sangat dada saya. Tak tau kenapa tapi bila bersalam dengan guru2 yang ada di situ menambahkan kesebakan di dada saya hingga bergenang airmata. Sebak dengan komitmen guru2, kerja keras mereka mendidik anak2 bangsa. Apa yang tidak mereka lakukan? Makan minum anak2 dijaga, kesihatan anak2 dititikberatkan, masalah anak2 dikongsi bersama. Hari2 cuti mereka dipenuhi dengan membimbing anak2 ini. Allahhuakbar! Besarnya jasamu guru...
Selepas itu, anak2 digerakkan ke padang serbaguna. Mereka beratur mengikut angka2 giliran dan dewan dan bilik peperiksaan yang telah ditetapkan. Sebelum ni mereka juga telah menjalani raptai bagaimana nak berkumpul dan bergerak ke dewan2 dan bilik2 peperiksaan. 2 buah dewan dan 6 buah bilik darjah digunakan sebagai tempat peperiksaan. Adik berada dalam kumpulan Bilik 3. Mereka telah diberikan taklimat akhir oleh guru2 bertugas serta kata2 peransang daripada Guru Besar. Ustaz Ismail juga telah membacakan doa agar dipermudahkan segala urusan anak2 untuk menjawab soalan2 peperiksaan. Slip pengesahan calon juga diserahkan kepada mereka. Alat tulis dipastikan cukup oleh guru2. Guru2 juga membekalkan alat tulis kepada anak2 yang kekurangan / tiada alat tulis.
Dalam sekitar jam 8:00 pagi, anak2 bergerak dalam barisan untuk ke dewan2 dan bilik2 peperiksaan. Allahhuakbar! Berdebar2nya saya ketika itu. Dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi tu, saya dah berpesan dengan Adik :
- Jangan "over confident"
- Berhati2 semasa menjawab soalan2 - jangan cuai
- Baca soalan betul2 dan fahamkan kehendak soalan
- Ikut cara yang cikgu ajar bagaimana nak memilih jawapan yang betul - untuk soalan objektif
- Dah habis menjawab, buat semakan semula
- Pastikan jawapan yang dihitamkan sama dengan jawapan di kertas soalan
- Kalau rasa tak pasti, pegang belakang leher, pejam mata dan baca selawat ke atas Nabi
- Masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan langkah kanan
Dari kejauhan kami memandang anak2 beratur di luar dewan sebelum dibenarkan masuk oleh pengawas2 peperiksaan.
Tamat dah hari pertama peperiksaan UPSR 2016. Esok subjek Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan. Semoga anak2 Tahun 6 SKTPP dapat menjawab dengan baik dan lancar. In shaa Allah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment