Masih berkisah pasal kejutan sambutan hari guru di SDAR. Tapi ini kisah pada hari Ahad, 22hb Mei 2016. Hello hello dengan Ayong. Tanya Ayong free tak hari tu. Nak mintak tolong Ayong carikan hadiah hari guru untuk Abang Yang. Alhamdulillah. Ayong free hari tu. Dia pun bertanya geng dia samada boleh ke SDAR ataupun tidak. Alhamdulillah...mereka kata on aje. Mai, Asda dan Teah.
Lepas bincang2 dengan Ayong apa hadiah yang nak dicari, akhirnya kami memutuskan untuk hadiahkan kerongsang kepada guru2 perempuan dan buku ilmiah kepada guru2 lelaki. Saya transfer RM kepada Ayong dan Ayong and the gang keluar mencari hadiah2 tersebut. 10 pcs kerongsang untuk 10 orang guru perempuan dan 2 buah buku untuk 2 orang guru lelaki serta sebuah buku lagi untuk guru kelas. Alhamdulillah, Ayong dan kawan2nya dapat membeli dengan harga yang amat berpatutan. Siap dengan kotak keronsang, kad ucapan, kertas pembalut serta beg kertas.
Dalam perjalanan ke SDAR, Asda dan Teah membalut buku2 tu. Perasan tak design pembalut tu gambar apa? Misai melenting...! Nasib baik diorang beli pembalut bunga2 untuk buku yang lagi satu tu...
Inilah kerongsang yang mereka belikan. Tak tau la siapa dapat yang mana sebab yang itu Abang Yang yang masukkan ke dalam beg2 kertas bersama dengan kad2 ucapan kepada setiap guru.
Kad ucapan...
Dalam perjalanan ke SDAR, mereka singgah ke R&R Seremban. Si Adik nak makan KFC. Maka si kakak pun singgah untuk belikan untuk si adik dan kawan2nya. Selepas dua beradik tu berbual2 kejap, mereka pun berpisah.
Terima kasih Ayong. Terima kasih Mai, Teah dan Asda.
No comments:
Post a Comment