Tuesday, September 3, 2013

Marhaban Selayang 10, 12 & 13

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis marhaban bagi kumpulan yaasiin kami di Selayang 10, 12 dan 13. Majlis telah berlangsung pada hujung minggu lepas, 25hb Ogos 2013, hari Ahad malam Isnin. Setelah penat merewang selama dua hari, pada malam majlis tersebut boleh la rehat kejap sebab tak banyak kerja yang perlu dibuat. Sekadar memastikan keperluan semua cukup, makanan dan minuman terhidang, sudu, pinggan, cawan semua dah teratur. Alhamdulillah.

Kaum Adam dan ahli jemaah dari Masjid TPP berkumpul di khemah yang disediakan sekitar jam 9:00 malam. Mereka membahagikan kumpulan marhaban kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh suami saya dan kumpulan kedua pulak diketuai oleh Hj Mohd Zin. Dalam pukul 11:00 malam, semuanya telah berkumpul semula di bawah khemah. Majlis dinmulakan dengan ucapan pendek dari ketua kumpulan yaasiin kami diikuti oleh Pengerusi Masjid TPP, Tuan Hj. Adam. Mereka juga mengumumkan hasil kutipan sumbangan marhaban dari rumah ke rumah yang berjumlah RM1236.00 dan ditambah dengan baki dari majlis kami sebanyak RM300.00. Jadi sumbangan kami pada malam itu ialah sebanyak RM1536.00. Alhamdulillah. Moga majlis kami diberkati olehNYA. In shaa Allah...















Majlis berakhir sekitar jam 12:00 tengah malam. Sebagai tuan rumah, hubby dan saya terpaksa bekerja lebih untuk mengemas segala baki kerja yang ditinggalkan. Biasalah...kerja tuan rumah la tu. Khemah pun dibuka malam tu juga sebab esok paginya adalah merupakan hari bekerja dan hari bersekolah. Bas sekolah yang besar gedabak akan lalu di depan rumah saya ni. So, khemah wajib kena bukak malam tu juga. Alhamdulillah, selesai sudah bahagian khemah. Semua orang dah balik. Tinggal kami empat beranak menguruskan segalanya. Hubby, Abang Ngah, Ayong dan saya. Mana yang mampu diselesaikan pada malam tu, kami selesaikan. Yang lain2 tu tunggu esok paginyalah. Kepenatan...

Apa2pun, TERIMA KASIH kepada semua rakan2 yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan sumbangan untuk menjayakan majlis tersebut. Alhamdulillah...ukhuwah diantara kita masih kukuh. Kita masih boleh mengadakan majlis ini secara bergotong-royong. Kerjasama dari semua diucapkan jutaan terima kasih. 
TERIMA KASIH.

No comments: