Monday, August 26, 2013

Majlis Marhaban Selayang 10, 12 Dan 13 - Rewang-1


Alhamdulillah. Selamat sudah majlis marhaban kami malam tadi. Majlis marhaban di kejiranan Selayang 10, 12 dan 13 dengan kerjasama Masjid Jamek Taman Pasir Putih. Seperti tahun2 yang lepas, tarikh majlis ditetapkan oleh pihak masjid. Selepas ditetapkan, kami pun bersidang di meja bulat untuk menentukan menu, lokasi, kutipan dan lain2 persediaan. Tahun ini kami bermuafakat untuk menyediakan nasi lemak ayam goreng berempah sebagai menu utama. Di samping itu, ada jugalah geng2 nasi lemak macam biasa - telur rebus, hirisan timun, kacang tanah goreng dan sambal tumis ikan bilis.

Memandangakan majlis kami jatuh pada hari Ahad malam Isnin, di mana hari Isnin merupakan hari bekerja dan bersekolah, maka makanan untuk majlis tu kami packing aje dalam polisterin. Senang sikit. Tak payah nah membasuh segala tray dan bekas makanan. Kalau ada baki pun senang je untuk bawak balik.

Pagi Sabtu tu kami dah mula rewang untuk membasuh dan memerap ayam. Jenuh jugak nak membasuh 28 ekor ayam dengan 9 orang tenaga kerja termasuk saya. Apa2pun terima kasih kepada Kak Normah, Kak Jah, Shidah, Niza, Rai, Didi, Ain dan Maz kerana sumbangan tenaga kalian.



Dah penat memerah tenaga, kami menjamu selera pulak. Adalah sikit juadah yang saya sediakan - mihun goreng, jemput2 jagung dan kopi-o. Saya sibuk di luar, hubby didapur menyediakan juadah tersebut. Niza bawak kek cokelat kukus, Kak Normah bawak pisang dan ada juga mee goreng tapi tak pasti siapa yang bawak. Ayam yang dah diperap tu pulak disimpan di dalam petiais di rumah Cikgu Mariam. Terima kasih daun keladi untuk semua!!!

No comments: