Monday, August 26, 2013

Majlis Marhaban Selayang 10, 12 & 13 - Rewang-2

Sabtu pagi dah rewang. Sambung lagi di pagi Ahad. Ikutkan tentative programme, pagi Ahad tu cuma masak sambal ikan bilis, kupas telur, kupas timun aje. Tapi sebab tenaga kerja ramai jugak yang datang, maka kami teruskan menggoreng ayam. Kali ini kami gunakan laman ruamh Cikgu Shikin untuk proses menggoreng ayam dan menumis sambal ikan bilis. Tuan rumahnya tak ada di rumah tapi saya dah dapatkan kebenaran dan kunci rumah dah pun diserahkan pada saya. Kami cuma gunakan laman bersimen untuk proses menggoreng dan menumis tu.
 Sambal tumis ikan bilis dan siap.
 3 kuali untuk menggoreng ayam... 
 Semerbak bau ayam goreng berempah ni...
  Teman sehati sejiwa Shidah...
Sambil menggoreng sambil menjamu selera...
 Ayam dah siap digoreng. Ikan bilis pun dah siap digoreng. Sambal tumis pun dah siap...tiinggall nak campurkan ikan bilis goreng tu aje. Rewang-3 akan bersambung selepas ni...
 3 biji kuali yang dah berkerak ni siapa yang nak basuh???
Laman miniku menjadi tempat membasuh...

Alhamdulillah...siap dah persediaan untuk membungkus petang2 nanti. Kengkawan dah balik sebelum Zohor sebab masing2 pun ada komitmen lain. Tinggallah saya empat beranak mengadap kuali2 ayam tu. Tak banyak baki yang belum bergoreng pun. Pung..pang...pung...pang...siap menggoreng, siap mengemas dan membasuh laman rumah Cikgu Shikin...jam dah 3:30 petang. Laman Cikgu Shikin dibasuh oleh Ayong. Saya mengemaskan barang2 & perkakasan yang telah digunakan tadi. Siap membasuh semua perkakasan dah hampir jam 5 petang. Kejap lagi dah nak mula proses membungkus pulak. Aduiiii...tak sempat nak rehat ni!

Dalam masa yang sama, orang yang nak pasang khemah dah sampai. Tahun2 lepas khemah untuk jamuan dipasangkan di Selayang 12 sebab ianya ditengah2 antara Selayang 10 dan 13. Tapi tahun ni ada permintaan untuk mengubah lokasi jamuan ke lorong kami pulak...Selayang 10. Memandangkan hubby sekarang metupakan Ketua Kumpulan, maka khemah tersebut didirikan didepan rumah kami. Hubby monitor je dan bantu mana yang perlu. Alhamdulillah...supplier khemah kali ini bagi alas meja dan sarung kerusi sekali. Itupun dia nak pasangkan skirting tapi masa tu kami belum boleh susun meja kat tengah2 jalan tu. Sebelah petang baru boleh aturkan meja dan kerusi2. So...skirting tu tak jadi pasang. Kalau ada skirting lagi cantik...kan? Tapi ok la sebab ada alas meja yang diberikan. Tahun2 lepas kami alaskan dengan kertas mahjung tu aje sebab supplier khemah tu tak bagi alas meja dan kerusi. Bayaran kali ini pun 25% kurang daripada yang lepas2. Alhamdulillah. Tahun depan boleh sewa dari supplier yang sama. In shaa Allah...
Sambung ke Rewang-3 pulak...

No comments: