Wednesday, August 28, 2013

Majlis Marhaban Selayang 10, 12 & 13 - Rewang-3

Rewang-3 bermula jam 5:00 petang, hari Ahad. Masa ni nasi lemak dah sedia untuk dipacking ke dalam bekas polisterin. Majlis kali ini kami buat 300pax...sama seperti tahun2 yang lepas. Ada juga rakan2 yang membawa juadah sendiri untuk dijamukan kepada tetamu2 yang hadir malam nanti. Proses membungkus 300pax nasi lemak tidak mengambil masa yang lama kerana ramai yang datang menghulurkan tenaga membantu dan bekerjasama. Masing2 ada tugas2 sendiri. Ada yang melapikkan polisterin dengan daun pisang, ada yang menceduk nasi, yang memasukkan ayam goreng, yang memasukkan hirisan timun hinggalah yang menyusun bekas2 makanan tersebut. 
Di satu sudut pula ada yang bertugas membancuh minuman. Ada yang memotong kuih2 dan juadah2 yang dibawa dan disusun ke dalam bekas2. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. 
 Dah selesai tugas membungkus, masa untuk menjamu selera pulak...
 Tugas memproses asam boi dan limau kasturi diserahkan kepada Izah dan anaknya Yati...
 Antara kaum bapa yang hadir menghukurkan bantuan menyiapkan meja dan kerusi...
 2 khemah, 8 meja dan 150 buah kerusi...
Buah mata kecing dan buang duku yang baru dibasuh. Dalam proses pengetosan sebelum diletakkan di atas meja jamuan...

Bersambung ke Majlis Marhaban pada sebelah malam...

Monday, August 26, 2013

Majlis Marhaban Selayang 10, 12 & 13 - Rewang-2

Sabtu pagi dah rewang. Sambung lagi di pagi Ahad. Ikutkan tentative programme, pagi Ahad tu cuma masak sambal ikan bilis, kupas telur, kupas timun aje. Tapi sebab tenaga kerja ramai jugak yang datang, maka kami teruskan menggoreng ayam. Kali ini kami gunakan laman ruamh Cikgu Shikin untuk proses menggoreng ayam dan menumis sambal ikan bilis. Tuan rumahnya tak ada di rumah tapi saya dah dapatkan kebenaran dan kunci rumah dah pun diserahkan pada saya. Kami cuma gunakan laman bersimen untuk proses menggoreng dan menumis tu.
 Sambal tumis ikan bilis dan siap.
 3 kuali untuk menggoreng ayam... 
 Semerbak bau ayam goreng berempah ni...
  Teman sehati sejiwa Shidah...
Sambil menggoreng sambil menjamu selera...
 Ayam dah siap digoreng. Ikan bilis pun dah siap digoreng. Sambal tumis pun dah siap...tiinggall nak campurkan ikan bilis goreng tu aje. Rewang-3 akan bersambung selepas ni...
 3 biji kuali yang dah berkerak ni siapa yang nak basuh???
Laman miniku menjadi tempat membasuh...

Alhamdulillah...siap dah persediaan untuk membungkus petang2 nanti. Kengkawan dah balik sebelum Zohor sebab masing2 pun ada komitmen lain. Tinggallah saya empat beranak mengadap kuali2 ayam tu. Tak banyak baki yang belum bergoreng pun. Pung..pang...pung...pang...siap menggoreng, siap mengemas dan membasuh laman rumah Cikgu Shikin...jam dah 3:30 petang. Laman Cikgu Shikin dibasuh oleh Ayong. Saya mengemaskan barang2 & perkakasan yang telah digunakan tadi. Siap membasuh semua perkakasan dah hampir jam 5 petang. Kejap lagi dah nak mula proses membungkus pulak. Aduiiii...tak sempat nak rehat ni!

Dalam masa yang sama, orang yang nak pasang khemah dah sampai. Tahun2 lepas khemah untuk jamuan dipasangkan di Selayang 12 sebab ianya ditengah2 antara Selayang 10 dan 13. Tapi tahun ni ada permintaan untuk mengubah lokasi jamuan ke lorong kami pulak...Selayang 10. Memandangkan hubby sekarang metupakan Ketua Kumpulan, maka khemah tersebut didirikan didepan rumah kami. Hubby monitor je dan bantu mana yang perlu. Alhamdulillah...supplier khemah kali ini bagi alas meja dan sarung kerusi sekali. Itupun dia nak pasangkan skirting tapi masa tu kami belum boleh susun meja kat tengah2 jalan tu. Sebelah petang baru boleh aturkan meja dan kerusi2. So...skirting tu tak jadi pasang. Kalau ada skirting lagi cantik...kan? Tapi ok la sebab ada alas meja yang diberikan. Tahun2 lepas kami alaskan dengan kertas mahjung tu aje sebab supplier khemah tu tak bagi alas meja dan kerusi. Bayaran kali ini pun 25% kurang daripada yang lepas2. Alhamdulillah. Tahun depan boleh sewa dari supplier yang sama. In shaa Allah...
Sambung ke Rewang-3 pulak...

Majlis Marhaban Selayang 10, 12 Dan 13 - Rewang-1


Alhamdulillah. Selamat sudah majlis marhaban kami malam tadi. Majlis marhaban di kejiranan Selayang 10, 12 dan 13 dengan kerjasama Masjid Jamek Taman Pasir Putih. Seperti tahun2 yang lepas, tarikh majlis ditetapkan oleh pihak masjid. Selepas ditetapkan, kami pun bersidang di meja bulat untuk menentukan menu, lokasi, kutipan dan lain2 persediaan. Tahun ini kami bermuafakat untuk menyediakan nasi lemak ayam goreng berempah sebagai menu utama. Di samping itu, ada jugalah geng2 nasi lemak macam biasa - telur rebus, hirisan timun, kacang tanah goreng dan sambal tumis ikan bilis.

Memandangakan majlis kami jatuh pada hari Ahad malam Isnin, di mana hari Isnin merupakan hari bekerja dan bersekolah, maka makanan untuk majlis tu kami packing aje dalam polisterin. Senang sikit. Tak payah nah membasuh segala tray dan bekas makanan. Kalau ada baki pun senang je untuk bawak balik.

Pagi Sabtu tu kami dah mula rewang untuk membasuh dan memerap ayam. Jenuh jugak nak membasuh 28 ekor ayam dengan 9 orang tenaga kerja termasuk saya. Apa2pun terima kasih kepada Kak Normah, Kak Jah, Shidah, Niza, Rai, Didi, Ain dan Maz kerana sumbangan tenaga kalian.



Dah penat memerah tenaga, kami menjamu selera pulak. Adalah sikit juadah yang saya sediakan - mihun goreng, jemput2 jagung dan kopi-o. Saya sibuk di luar, hubby didapur menyediakan juadah tersebut. Niza bawak kek cokelat kukus, Kak Normah bawak pisang dan ada juga mee goreng tapi tak pasti siapa yang bawak. Ayam yang dah diperap tu pulak disimpan di dalam petiais di rumah Cikgu Mariam. Terima kasih daun keladi untuk semua!!!

Friday, August 23, 2013

20th Anniversary


Alhamdulillah. Syukur kepadaMU Ya Allah.
Semalam...22hb Ogos 2013, genaplah usia perkahwinan kami yang ke-20.


Selama 20 tahun kami mengharungi suka duka hidup bersama. Alhamdulillah. Segalanya telah dipermudahkan olehNYA. Hubbyku amat memahami. Yang paling penting adalah kami saling mempercayai satu sama lain. Bertolak-ansur dalam segala hal. Perbincangan juga amat penting dalam apa2 jua keadaan. Merajuk tu memang adatlah bagi orang perempuan. Tapi hubby saya ni kurenggg sikit dalam bab memujuk ni. Faham sangat dah. Walaupun dah faham, kadang2 nak juga merajuk! Hahaha....!!!

 Ok...malam tadi kami sambut secara ringkas sahaja. Sekadar beli kek sebiji dan ayam goreng KFC serta burger. Badan saya tak sihat sebenarnya. Mula2 tu cadang nak pergi makan kat luar. Tapi badan saya rasa seram sejuk...rasa macam nak demam pun ada. Bersin pun dah bertali-arus. Aduiiii...kalah betul badan ni kalau kena selesema. Akhirnya hubby beli je kek, ayam goreng dan burger. Makan2 dalam rumah je.


 Inilah wajah gembira hubby dan saya malam tadi...hihihi!!

 Ini??? Ini hadiah dari saya untuk hubby. Sekarang ni hubby gunakan BB. Guna Note II boleh sketch terus kat situ. Amat berguna untuk hubby. Saya pergi beli dengan Ayong. Untuk saya???

 Macam biasa....saya pasti dapat sejambangan bunga. Tapi bukan bunga aje. Ada hadiah yang amat  mengejutkan saya. Tapi tak boleh tunjuk kat sini. Biarlah rahsia!!! Sekeping je. Tapi dengan angka RMXX,000.00. Tekejuttzzz ai!!!



Doa saya moga rumahtangga kami kekal hingga ke akhir hayat kami. Moga kami dirahmati olehNYA. Dilimpahkan dengan rasa kasih dan sayang yang mendalam di antara kami. Aamiin...!


Friday, August 16, 2013

Riang Ria Raya 2013 - Bahagian 2


Hari raya kali ini amat meriah walaupun dua orang adik saya beraya di rumah mertua mereka. Seorang di Kulai, Johor dan seorang lagi di Chuping, Perlis. Nasib baik Mak Su beraya di kampung sebelum balik ke rumah mertua di Lenggong pada sebelah petangnya. Adik-beradik yang lain semuanya ada. Kami lapan orang adik-beradik. Enam lelaki dua perempuan. Semuanya dah berumahtangga. Dan masing2 dah tinggal berasingan kecuali Mak Su yang masih tinggal dengan emak. Kalau Mak Su pun pindah, apa nak jadi dengan emak? Kesian emak kalau kena tinggal sorang2. Dah le emak tak sihat. Ada je sakitnya. Saya dah banyak kali ajak emak tinggal dengan saya. Tapi emak tak nak. Alasannya jauh dari anak2 yang lain, jauh dari sedara-mara...sayang nak tinggalkan rumah peninggalan...dan macam2 alasan lagi. Tapi emak tetap emak. Memang susah untuk orang tua kita meninggalkan tanah kelahiran sendiri, rumah yang penuh kenangan, anak2 dan sedara-mara yang berdekatan. Kalau emak ikut saya pindah ke Johor, emak cuma ada saya je (sebagai anak). Sedangkan kat kampung tu lima orang anak2 yang lain berada di keliling. Adik-beradik sebelah emak dan sebelah arwah abah pun berada di kampung tu. 

Oklah...kita tinggalkan cerita ala2 duka tu. Jom cerita pasal pagi raya pulak.
Seawal jam 4:00 apagi saya dah bangun. Bukan nak masak untuk bersahur tapi malam sebelum tu masih ada tugas yang belum diselesaikan. Saya tidur agak awal jugak setelah menelan 2 biji pil selesema. Dah asyik bersin setiap minit...mana nak tahan. Baju raya anak2 dan hubby belum digosok lagi. Kuah lontong pun belum dimasak. Kari daging pekat kerisik pun belum dicampur santan lagi. So pagi2 tu saya dah bersilat di dapur. Hubby pulak ambil tugas menggosok baju raya. 

Lepas diorang bersiap, diorang sarapan dulu. 
Cukuple Adik sorang yang berposing masa sarapan...

Selepas arapan barulah diorang ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. Biasanya hubby dan anak2 akan ke surau sahaja. Tapi kali ini diorang ke masjid pulak. Sebabnya diorang pergi naik kereta Pak Su Fitery. Pak Su pulak cuma tahu masjid je...dia tak tahu surau tu pun ada buat solat sunat. Diorang pergi seawal jam 8:15 pagi...sedangkan solat sunat bermula jam 9:00 pagi. Wrong timing la tu...! Balik dari solat sunat, kami terus ke tanah perkuburan.

Al-Fatihah untuk arwah abah. Dah hampir 18 tahun arwah abah meninggalkan kami. Moga arwah abah ditempatkan di jannah.

Lepas tu barulah ada sesi bermaaf2an, sesi memberi duit raya kepada anak2 sedara, sesi bergambar dan sesi makan lagi. Hihihi...
 Berkumpul sambil makan2...

 Memohon ampun kemaafan dari seorang ibu...dari anak2 dan menantu.

 Giliran cucu2 pulak...

 Sapa nak duit raya kena salam dulu...!

Me and my kids! Hubby tayang duit raya dengan sampul JDT. Bangga la tu...!

Riang Ria Raya 2013 - Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung. Amacam raya tahun ni? Best tak? Meriah tak? Korang balik kampung tak?

Raya tahun ni turn beraya kat kampung saya di Kg. Ulu Chemor, Chemor, Perak. Hubby dan saya dah lama sepakat untuk beraya secara bergilir2 di kampung masing2. Masa  muda2 dulu, larat le nak beraya di dua2 kampung - Chemor dan Muar. Tapi sejak meningkat usia ni, tak larat rasanya nak travel jauh2 dalam jangka masa yang terhad. Lagipun hubby cuti raya tak lama.

Tahun ni hubby cuma bercuti 2 hari - sehari seblum raya dan hari raya pertama sahaja. Raya kedua dah mula kerja. Malam raya pertama tu (Khamis malam Jumaat) hubby dah bertolak balik ke Pasir Gudang. Hubby balik naik bas. Turun kat Larkin Sentral. Dari situ ambil teksi ke rumah. Tambang bas dari Ipoh ke Larkin ialah RM60. Tambang teksi dari Larkin Sentral ke Pasir Gudang pulak ialah RM50. Hmmmm...RM10 je beza tambangnya.

Kami balik ke Chemor pada hari Selasa sekitar jam 10:30 malam. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Cuma mata kami je yang sesak...mengantuk. Berhenti di R&R untuk melelapkan mata sekejap. Berhenti makan awal pagi di R&R Dengkil. Then beli roti dan air sebagai bekalan untuk bersahur. Nak berhenti di hentian2 rasanya mesti penuh sesak. Akhirnya kami bersahur dalam kereta je sambil saya yang memandu...mengambil alih tugas hubby sekejap. Alhamdulillah...kami sampai di kampung sekitar jam 7:30 pagi Rabu.

 Selepas Zohor barulah proses memasak bermula. Sekarang ni emak tak perlu bakar lemang sebab emak tumpang pada adik sebelah rumah yang memang ambil tempahan membakar lemang. Lemang biasa dan lemang jagung. Kali ini adik saya membakar lemang sebanyak 30kg pulut. Jenuh juga nak menyediakannya. Jom kita tengok kami menyediakan lemang...

Pulut yang dah dibasuh dan ditoskan. Yang sebelah kanan tu dah dicampur dengan hirisan jagung untuk dijadikan lemang jagung. Kena guna daun pisang yang muda supaya mudah untuk diglung dan dimasukkan ke dalam buluh. Daun pisang tu digulung menggunakan pelepah pisang yang telah dibelah dua (jangan sampai putus pulak). Tu tangan emak saya yang sedang menggulung daun pisang dan memasukkannya ke dalam buluh.

 Dah siap masukkan daun pisang ke dalam buluh, isikan pula dengan beras pulut tadi hingga penuh. Tapi jangan la pulak sampai terkeluar dari daun pisang tu. Agak2 jarak seinci dari mulut buluh tu je. Lepas dah isi pulut, buluh ni tak boleh baring dah lagi. Nanti terkeluar pulak isi perutnya... Kenalah didirikan sebelum dituang pulak dengan santan.

Sebahagian daripada lemang2 yang akan dibakar...

 Lepas isi dengan santan, dah boleh disandarkan dekat dengan api kat belakang tu...

 Api yang sedang membara hasil pembakaran kayu pokok rambutan.

 Inilah adik saya...tokey lemang ni. 

 Proses menuang santan yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa. Jangan tuang penuh2 sangat. Masa mendidih nanti akan melimpah keluar pulak. Masa menuang santan ni, ketuk2 sikit luar buluh tu supaya santan meresap masuk ke setiap penjuru celah2 pulut tu.

 Mana yang dah siap dituang dengan santan, dah boleh mula dibakar. Jangan pulak diletakkan kat atas api tu untuk membakarnya...hangus rentung nanti! Diangkan aje di kiri kanan api pembakaran tu.

 Tengok, warna buluh dah bertukar!!
  
 Ini yang dah siap dibakar. Dah masak dah lemang2 ni. Yang ada lidi yang dicucuk kat lemang tu untuk menandakan lemang tu ialah lemang jagung. Senang nak kenal yang mana lemang biasa dan yang mana lemang jagung.

 Ini ialah rendang ayam kampung. Petua emak saya...masukkan keratan2 tebu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging ayam kampung / ayam tua yang liat tu. Di samping tu, ianya turut memaniskan sikit rendang tu. Memang sedap!!!!

Disamping lemang dan rendang, saya juga menyediakan lontong nasi. Sekadar nasi impit segera dan kuah lontong sahaja. Kuah kacang saya tak buat sebab nak makan dengan rendang dan kuah lontong saja. 
Alhamdulillah...dapat berbuka dengan emak di hari terakhir Ramadhan 2013. Meriah kami berbuka sebab memenuhi meja makan sambil riuh-rendah. Selalu tu cuma emak, Mak Su dan Fitery (suami Mak Su) je. Kali ini bertambah enam orang. Terpaksa bukak dua meja... Alhamdulillah!


Sunday, August 4, 2013

Bakal Siswazah UKM Bangi


Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Ayong dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi bagi kemasukan akademik sesi 2013/2014. Pendaftaran ialah pada 1hb September 2013 (Ahad). Sebenarnya Ayong ada juga menerima tawaran daripada USM Penang dalam bidang Biologi. Tapi Penang tu jauh sangat dari Pasir Gudang. Bangi tu kiranya kat tengah2 la. Lagipun UKM lebih mantap daripada USM...tu yang pilih UKM tu. Dekat sikit dengan Johor pun ya jugak. Jauh2 sangat nanti susah nak pergi jenguk. 

Lagipun UKM dekat dengan UPM. Adik saya ada kerja kat UPM. So kalau ada hal2 kecemasan, boleh rujuk dengan adik saya je. 


 Fail pelajar yang baru diterima dari UKM. Perlu diisi dengan borang2 yang berkenaan dan dibawa semasa pendaftaran nanti.

 Mendafatar nanti di Kolej Keris Mas...yang juga kan merupakan kolej kediaman Ayong nanti. Dengar cerita jiran sebelah rumah (anaknya juga sedang belajar di UKM dan tinggal di Kolej Keris Mas jugak) kolej ini terletak paling hujung sekali. Kalau nak menapak ke fakulti, memang sengsara sikit la. Nasib baik ada pengangkutan disediakan.

Yang ni pulak surat berdaftar dari UiTM Shah Alam...hantar transkrip keputusan peperiksaan masa Asasi aritu. Semua dokumen2 penting kena sediakan awal2.


Saturday, August 3, 2013

Dah 20 Tahun Rupanya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik...dah 20 tahun rupanya suamiku berkhidmat di Kiswire Malaysia. Pada 1hb Ogos lepas, diadakan Majlis Iftar Kiswire di Amansari. 

Dalam majlis yang sama juga diadakan majlis anugerah perkhidmatan 10 dan 20 tahun, penyampaian bantuan kepada anak2 yatim, balu2 pekerja Kiswire, anak2 cemerlang dang juga anak2 kurang upaya. Kiranya majlis 6-dalam-1 gitu...




Hubby tersenarai dalam penerima anugerah 20 tahun perkhidmatan. Hubby join Kiswire pada 15hb Disember 1992. Kalau saya masih bekerja di Kiswire, saya juga dah mencapai 20 tahun. Saya join Kiswire pada 1hb September 1992...awal sikit daripada hubby. Sedikit token dari Kiswire untuk pekerja 20 tahun perkhidmatan. Jom tengok hubby dapat apa...

 Loket emas seberat 6.50g dan plak
 Voucher Tesco bernilai RM400. Ni boleh beli krimcis banyak2 kat Tesco ni...
Sijil penghargaan...
 Dan jam tangan Seiko...

Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan. Pendant tu dah tergantung kat leher saya. Voucher tu pun diserahkan pada saya. Jam dan yang lain2 tu untuk hubby la...hihi. Boleh gitu?