Thursday, March 7, 2013

Udang Goreng Kunyit Daun Kari



Aikkk...menu udang lagi? Hehehe...aritu di lemakkan, kali ini digorengkan aje pulak. Macam2 kita boleh buat dengan udang ni. Nak digulai ke, dikukus ke, dipanggang ke, digoreng ke, disaladkan ke...macam2 lagilah! Tepuk dada tanya selera nak makan apa...

Kali ini udang goreng kunyit dengan daun kari aje. Senang dan ringkas aje. Perap dalam 10 minit je, lepas tu terus goreng. Menggoreng pun tak sampai 5 minit dah siap. Janji diorang makan sampai habis. Yang paling suka makan udang ialah Adik. Abang Ngah tak boleh makan udang...gatal katanya. Hubby pun tak boleh makan sebab ada gout. So...memang rezeki Adiklah ni! Saya pulak...kalau ada saya makan, kalau tak ada tidaklah menjadi masalah... Makan pun setakat 3,4 ekor aje.


UDANG GORENG KUNYIT DAUN KARI

Bahan-bahan :

  • 500gm udang - dapat yang besar lagi best
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan, kecuali daun kari dan minyak masak, bersama dengan udang dan perap sekejap - dalam 10 minit.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan udang tadi dan goreng hingga warna udang bertukar ke warna kemerah-merahan sambil dikacau.
  4. Masukkan daun kari dan kacau rata. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Senang, ringkas dan sedap. Tak sampai 10 minit dah terhidang di atas meja makan. Selamat mencuba!

No comments: