Saturday, December 22, 2012

Pandan Layered Cake



Percubaan pertama untuk membuat Pandan Layerd Cake. Dah lama dah berangan nak buat tapi asyik tertunda je. Entah ya...dalam minggu ini terasa vitamin R yang berlebihan. Ada aje yang berlegar di kepala yang nak dimasak. Hari tu dah check semua bahan2. Mana yang tak ada tu, merajinkan diri pulak keluar mencari. Tapi masa buat ni, saya derhaka sikit. Itu yang cuma dapat dua lapisan kek sahaja. Sebenarnya kek tu memang dah saya potong kepada tiga lapisan. Dalam resepi tu kata, gunakan loyang 8" untuk membakar kek tu...tapi saya guna loyang 7". Sudahnya...kek melimpah keluar dari loyang. Kelam-kabut mencari loyang yang nipis sebagai pengalas loyang 7" tu.


Bahan2 untuk menyediakan kek ini senang aje. Nak buat kek tu, macam biasalah. Kek ini ialah kek span pandan. Nak gunakan kek lain pun boleh jugak tapi pastikan ianya perisa pandan sebab nama kek ini ada bersangkut-paut dengan pandan. Hehehe... Resepi kek ini saya selongkar di blog seseorang tetapi saya dah tak ingat blog siapa. Bila saya cuba mencari semula resepi yang sama macam yang dah saya salin, tak jumpa dah. Kepada pemilik resipi ini, saya minta izin untuk kongsi ya...


PANDAN LAYERED CAKE

Bahan-bahan Kek (Loyang 8") :
  • 5 biji telur
  • 160gm gula
  • 1 sudu besar ovalette
  • 125gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 75gm minyak
  • 1 sudu kecil pandan paste
  • 2 sudu besar susu segar


Cara-caranya :
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan pandan paste dan susu segar, kacau rata. Ketepikan.
  3. Glis loyang 8" dan alas dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar.
  4. Pukul telur, gula dan ovaleete hingga kembang, gebu dan kental.
  5. Masukkan tepung dan pukul perlahan.
  6. Masukkan bancuhan susu dan pukul perlahan.
  7. Masukkan minyak dan kacau dengan menggunakan spatula sahaja hingga sebati.
  8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 1750C.
  9. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. 
  10. Potong keliling kek supaya saiznya kecil daripada loyang 8" tadi. Selepas itu, potong kek kepada 3 lapisan...jangan tebal sangat.



Bahan-bahan Kastad :
  • 1050ml santan - saya gunakan santan kotak (200ml) dicampurkan dengan air
  • 225gm gula
  • 10gm sebuk agar2
  • 1 sudu kecil pandan paste
  • 100gm tepung Hoen Kwee - hijau
  • 75ml jus pandan
  • Secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan dan masak secara double-boiler hingga pekat dan berkilat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
  2. Sejukkan sedikit sebelum dilapis dengan kek.

Cara-cara Melapis :
  1. Sedaikan loyang foam spring. Basahkan loyang.
  2. Letak sekeping kek. Curahkan kastad pandan di sekeliling kek dan diatas secukupnya. Hentakkan loyang supaya adunan padat.
  3. Letak kepingan kek yang kedua. Curahkan kastad pandan di keliling dan atas kek secukupnya. Hentakkan loyang.
  4. Letak kepingan kek ketiga. Curahkan baki kastad pandan. Hentakkan loyang lagi.
  5. Simpan dalam petias supaya kastad mengeras.




Nota :
  • Masa saya buat kek ini, saya gunakan loyang 7" untuk kek dan loyang 9" spring foam untuk melapis. Jadinya, kek tersebut tidak perlu saya potong sekelilingnya sebab saiz kek dah memang kecil daripada saiz loyang untuk melapis.
  • Semasa memotong kek, saya potong agak tebal. Jadinya saya cuma dapat gunakan 2 keping kek sahaja untuk melapis. Lagi banyak lapisan, lagi cantik.



3 comments:

citarasa rinduan said...

thanks kak..
bc bahan mmg mudah.

baca part bw terus gabrah tepung hwee kuee.. adoii.. tepung apa tu?..

Azita Zain said...

Ayu :
Memang simple je bahan2nya Ayu. Tepung Hoen Kwee tu nanti akak upload kat FB. Nanti akak tag Ayu ya...

citarasa rinduan said...

tq laling...

hhehehe