Sunday, December 23, 2012

Kiswire - Fiesta EVP Cup 2012



Fiesta EVP Cup 2012 anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Kiswire (KSKK) telah pun berlangsung pada hari Sabtu lepas, 21hb Disember 2012, bertempat di Stadium UniKL Seri Alam. Setiap tahun Kiswire memang ada menganjurkan kejohanan bolasepak ini. Pada perlawanan akhir, dilangsungkan juga beberapa acara sampingan seperti telematch untuk anak2 dan surirumah kepada kakitangan Kiswire.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mr CH Park selaku CEO Kiswire South East Asia Region. Ringkas aje ucapan pembukaan oleh beliau.

Mr CH Park

Selepas ucapan pembukaan, majlis dirasmikan dengan acara menaikkan belon dan banner kejohanan.

Sebelum pertandingan akhir bolasepak antara pasukan Steel Cord dan Wire Rope dilangsungkan, fiesta dimulakan dengan pertandingan tarik tali. Kami sangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya hujan ribut di permulaan fiesta.

Inilah rupa awan gelap yang menyelaputi langit di sekitar UniKL Seri Alam pada petang itu.

Dan inilah rupa padang bola yang dah dipenuhi dengan air. Dalam hujan tu, adalah juga insan2 yang teringin sangat nak main air hujan agaknya yang bermain2 dan berlari2 di dalam hujan di tengah2 padang tu. Pasukan Ultras Wire Rope juga turut warmup dalam hujan tu (yang berjesi pink tu...).

 Tempat duduk penonton dah habis dihujani. Masing2 berpusu2 naik ke tingkat atas...ke bahagian VVIP untuk berteduh. 

Dalam jam 4 petang, barulah hujan reda sikit. Masing2 mula mencari tempat untuk duduk semula. Tapi semua tempat duduk dah basah. Bangku kayu memang lambat nak keringnya tapi bahagian yang bersimen cepat sikit kering. Jadi, kami pun duduklah di atas bahangian yang bersimen.


 Khemah tempat penyokong Steel Cord ranap diterbangkan angin. Dah reda hujan barulah mereka cuba untuk mendirikan semula khemah mereka.

 Pasukan Ultras Wire Rope berjesi merah jambu. Pasukan Steel Cord pula berjesi putih. Bersedia untuk berjuang...!

Aksi2 mereka di tengah2 padang yang bertakung dengan air. Sepak bola pun tak jauh perginya. Banyak yang terkandas dalam lopak air.

Perlawanan dijalankan selama 60 minit sahaja. Bukannya 90 minit seperti standard Olimpik. Malangnya, hingga ke akhir masa perlawanan, masih lagi seri dengan 0-0. Perlawanan di lanjutkan dengan masa tambahan 5 minit untuk setiap separuh masa. Dan mana2 pasukan yang menjaringkan gol dahulu, ianya dikira sebagai pemenang perlawanan. GOLDEN GOAL...! Dan akhirnya dimenangi oleh pasukan Steel Cord. Tahniah...!!!


Pasukan Steel Cord meraikan kejayaan mereka.

Ada juga cabuan bertuah. Hadiah yang ditawarkan ialah hamper2 makanan. Ramai yang ternanti2kan hadiah2 cabutan bertuah ini. 3 hadiah utama ialah home theater, TV LCD 32 inci dan TV LCD 42 inci. 

Hamper2 yang dah tercabut hiasannya...

 Hadiah wang tunai untuk pemenang pertandingan bolasepak...

No comments: