Tuesday, May 29, 2012

Program Doktor Muda



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Hmm...bila dah bergaya macam gini, hensemnya anak bujangku ini! Patut ler ramai yang tergoda...hahaha (tergoda ke?). Ini hari pertama Abang Ngah nak mengikuti Program Doktor Muda kerjasama antara Hospital Penawar dan SMK Pasir Putih. Seramai 20 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program ini yang akan dilangsungkan selama 10 hari bermula dari 28hb Mei hingga 8hb Jun 2012, dari Isnin hingga Jumaat.  Alhamdulillah, Abang Ngah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini julung kali diadakan oleh Hospital Penawar.

Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Akademik SMK Pasir Putih bertujuan untuk memberi motivasi dan pengalaman baru kepada pelajar2 mengenai kerjaya sebenar seorang doktor dan warga hospital.

Matlamat program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) pelajar terutama dalam aspek pembelajaran kendiri, kepimpinan , perundingan dan etika kerja. Di samping itu, mereka juga diharapkan agar mendapat pengalaman baru dan melihat sendiri tugas dan cabaran sebagai seorang doktor. Ianya juga dapat memberikan kesedaran kepada pelajar2 tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti.

Pelajar2 yang terpilih adalah dari jurusan Sains Tulen merangkumi pelajar Tngkatan 4  Zahrawi dan Tingkatan 5 Zahrawi. Pemilihan juga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertama ari tu. Kalau gagal subjek teras, mereka tidak akan dipilih. Diantara 20 orang pelajar ini, cuma 6 orang sahaja pelajar lelaki yang terpilih dan berminat. Selebihnya ialah pelajar2 perempuan. Murid Tingkatan 5 seramai 9 orang dan Tingkatan 4 pula 11 orang. 

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan ditugaskan di bahagian2 yang berlainan setiap hari. Bahagian2 yang terlibat ialah wad, klinik, makmal, farmasi, fisioterapi, dewan bedah, procument dan juga bahagian penyambut tetamu.

Hari pertama Abang Ngah bertugas di klinik pakar Mayang Sari. Begitu terujanya dia bercerita tentang pengalaman pertama bertugas. Ada diantara mereka yang merasai sendiri pengalaman mengambil darah pesakit...dari mula mengikat tangan, mencari salur darah, menyuntik jarum dan seterusnya menyedut darah pesakit (bunyi macam drakula isap darah pulak...hihihi). Ada juga yang melihat sendiri kes2 kecemasan seperti kemalangan, disimbah asid dan sebagainya di Wad Kecemasan.

Pengalaman yang paling berharga yang bukan semua orang dapat merasakannya. Alhamdulillah...Abang Ngah salah seorang daripada pelajar yang terpilih untuk mengalami dan merasai semua ini.

Hahaha...happynya abah bersama Doktor Muda ini...!


Friday, May 25, 2012

A Beautiful Hadith

Sekadar untuk dikongsi bersama...dipetik dari sebaran e-mail yang saya terima


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.... Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati..

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nangkir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih".

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.

Pankek Dan Panggang Ajaib



Assalamualaikum. Rasanya semua orang dah pernah buat pankek...kan? Bukannya susah pun nak buat pankek ni. Senang sesangat. Setiap kali buat pankek, saya tak pernah rujuk pada resepi. Semuanya main campak2 aje. Akhirnya, kejadiannya tetap sama. Tetap jadi pankek juga. Tak pernah pulak le bertukar jadi pavlova...hihihi.


Cumanya kali ini saya cuba menggunakan panggang ajaib tu. Kalau ikutkan iklan kat tv tu, macam2 boleh kita masak menggunakan panggang ajaib ni. Selain daripada memanggang, kita boleh juga membakar kek dalam panggang ajaib ni. Percaya tak?


Saya pun tak pernah mencuba membakar kek menggunakan panggang ajaib ni. Inilah pertama kali saya mencuba masak pankek menggunakan panggang ajaib tu. Memang senang. Hasilnya memang gebu dan sekata je masaknya. Kita cuma perlu panaskan dulu panggang ajaib tu, lepas tu letak sedikit marjerin dan ratakan. Pankek kali ini saya tambahkan dengan kismis. Lepas masukkan merjerin tadi, saya masukkan kismis pulak dan biarkan sekejap. Lepas tu terus saya tuangkan adunan pankek tu. Saya tuang semua sekali adunan tu. Lagipun saya buat adunan tu hanya untuk sebiji pankek je. Lepas tu terus saya tutup pemanggang tu.


Selepas 5 minit, saya terbalikkan pemanggang tu. Biarkan di atas api selama 5 minit lagi. Siap! Keluarkan dari pemanggang dan bolehlah dihidangkan. Oleh kerana saya suka makan pankek yang garing2, saya lebihkan masa memanggang supaya pankek saya lebih rangup. Sedap...!!!


Licious Fruitty Cake Dan Kunjungan Sepupu2



Assalamualaikum. Saya suka tengok dessert yang saya buat ni sebab warnanya yang menarik (masuk bakul angkat sendiri ni...). Kalerful gitu. Diberi nama Licious Fruitty Cake versi comel. Saya buat khas untuk tetamu jauh yang datang berkunjung pada hujung minggu yang lalu. Menerima kunjungan sepupu yang datang dari Chemor, Perak.


Petang Sabtu lepas saya menerima panggilan dari sepupu saya. Dia buat panggilan tu dari JB. Dia dah berada di JB sejak hari Rabu lagi...menjenguk suaminya yang bekerja dengan KTM di JB. Malam Jumaat tu pulak, adik dia datang ke JB pulak bersama keluarganya. Suaminya ada tugas di PTP. Disebabkan mereka datang secara mengejut, saya tak sempat nak menyediakan apa2 pun. Cuma dessert ini saja yang sempat. Itupun sebab bahan2nya semua ada kat rumah.

Sepupu saya yang bertudung pink dan yang bertudung hitam berbaju oren tu. Yang lelaki tu ialah suami si baju oren. Yang bertudung oren balang2 macam kuda belang tu ialah anak si tuding pink. Yang lain2 tu ialah anak si baju oren... Faham tak?

Si kecil ni...Alesya.

Yang ini pulak samada Nadia taupun Diana...saya konpius!


Si kakak yang akan menghadapi PMR tahun ni...Fatihah. Si Farah pulak (duduk kat tengah tu...) baru habis belajar kat Politeknik Ungku Omar (PUO Ipoh) dalam bidang Sains Komputer - Elektronik.



Friday, May 18, 2012

Sepagi Di Bukit Layang-Layang...


Ini bukan cerita semalam. Tapi cerita minggu lepas. Cerita dah basi kot. Tapi nak cerita jugak...bukan cerita sebenarnya tapi cuma sekadar berceloteh yang entah apa2 kot...

Di padang ramai sangat orang. Siap ada khemah2 lagi. Tertanya2 juga, ada function apa ya. Rupa2nya ada hari keluarga (agaknya...) Tadika PASTI. Patut le ramai budak2 yang berbaju sukan putih hijau! Aktiviti2 untuk ibubapa juga banyak dijalankan. Yang saya tengok ialah tarik tali. Kami sekadar melihat dari astaka di belakang Muzium Layang-Layang tu. Duduk lepak kat situ jer...







Skodeng satu keluarga ni yang tengah bersarapan di bawah rimbunan pokok...

Terserempak juga dengan Nofie bersama anak2nya yang molek2 bermain di taman permainan...

Walaupun Adik masih katergori kanak2 tapi rasanya papan gelungsur ni dah kurang sesuai untk dia...!

Macam pasangan sedang berdating...Ayong dan Abang Ngah duduk bawah pokok sambil melihat Adik bermain...










Thursday, May 3, 2012

Ke SDAR Lagi...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Selasa lepas, 1hb Mei 2012, kami ke Negeri Sembilan lagi. Kami menghantar Abang Yang balik ke asrama setelah bercuti selama 4 hari bermula dari hari Sabtu hinggalah hari Selasa tu. Masa balik ke Johor ari tu, dia naik bas hingga ke Larkin bersama dengan 5 orang kawannya. 2 orang kawannya tinggal di Bukit Dahlia P.Gudang, ada yang di Tampoi dan juga di Kulai. Masing2 dijemput oleh ibubapa di stesen bas Larkin tu. Bertolak dari Terminal One Seremban jam 8:00 malam, sampai di Larkin jam 12:15 pagi. Dah dua kali Abang Yang balik, dua2 kali itulah dia naik bas bersama kawan2nya. Alhamdulillah. Bila nak balik semula ke sana, barulah kami menghantarnya. Biasalah...balik ke sini bawak 1 beg aje. Bila balik ke asrama, dah jadi 3 beg. Macam2 benda nak dibawaknya. Yang paling banyak ialah bekalan makanan.

Kami bertolak dari Pasir Gudang sekitar jam 1030 pagi. Memandu secara santai sahaja. Saja je bertolak awal...takut2 jalan jem pulak nanti. Tapi alhamdulillah...tiada sebarang kesesakan sepanjang perjalanan pergi dan balik. 

Singgah di Hentian Sebalah Kulaijaya arah utara untuk mengisi minyak.

 Hmmm...Kembara Mahkota Johor akan berlangsung dari 13 hingga 16hb Mei ini. Tengok2 tempat yang bakal dilalui...tak ada pulak Pasir Gudang kali ini. Tapi tak apa jugak sebab pada 13hb nanti, PIBG SMKPP akan mengadakan aktiviti riadah berbasikal di sekitar P.Gudang. Kalau KMJ melalu P.Gudang, mungkin aktiviti kami itu terpaksa ditunda.

 Dah selesai mengisi minyak di stesen minyak, Adik tiba2 terus lapar. Biasalah...auta dan helah dia tu. Kat situ tak ada R&R, cuma ada lori jual jajan tu. Singgah gak beli jajan sikit...

 Tiba2 nampak 3 buah bas JLKN ni. Rupa2nya memang ada pergerakan bas2 ini dari arah utara dan selatan. Kalau tak silap, bas yang ini menuju ke Melaka sebab ada signboard depan bas tu yang tertulis Melaka. Agaknya bas2 ini membawa peserta2 PLKN dari Johor ke kem2 di Melaka. Nama Ayong tak naik dalam mana2 pengambilan tahun ini. Selamat...!




 Ada juga kemalangan yang berlaku tetapi tidaklah hingga menyebabkan kesesakan lalulintas. Tengok tu...sebiji kereta menjunam ke dalam parit di tepi lebuhraya setelah melanggar penghadang jalan. Harap2 tak adalah sesiapa yang cedera.

 Hampir jam 2:00 petang, kami singgah di Dataran Ayer Keroh Utara ni. Berhenti solat dan makan tengahari. Sebenarnya kami tidaklah menikmati makan tengahari yang sebenar2nya sebab kami hanya makan makanan ringan jer seperti jagung cawan dan pau. Selebihnya, kami merehatkan diri untuk sementara waktu.


Kami sampai di exit Senawang dalam jam 3:30 petang. Masih banyak masa lagi sebelum jam 6:00 petang (waktu untuk masuk ke asrama). Abang Yang tak nak balik asrama lagi. Dia nak jalan2 dulu. Mana kami nak pergi...bukannya kami mahir dengan jalan2 di sekitar Senawang ataupun Seremban ni. Akhirnya, kami singgah aje di Tesco Extra Senawang. Selepas keluar dari tol Senawang, kita jumpa Doll Tomyam ni di simpang empat berlampu isyarat tu. Belok ke kanan untuk ke Tesco Extra. Kali pertama menjejakkan kaki ke situ. Sebelum ni tumpang lalau jer...

Masuk je ke dalam Tesco tu, jumpa kedai buku. Biasalah...Adik mesti nak cari buku cerita. Kali ini Adik rembat buku cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Saya pun rembat novel jugak...2 buah je! Lepas tu lami masuk ke ruang hypermarketnya. Sambil jamu2 mata, belilah apa yang patut. Abang Yang mencari shuttle cock dan jajan lagi. Ayong dan Abang Ngah mengikut je... Lepas tu kami menjamu selera di Medan Selera kat Tesco tu. Masing2 makan nasi ayam aje. Dah kenyang, kami ronda2 jer kat dalam tu. Singah kedai sana, singgah kiosk sini...menjamu mata sambil nak menantikan waktu untuk masuk ke asrama. Dalam 5:30 petang, barulah kami keluar dari Tesco menuju ke SDAR.


Hubby, Abang Ngah dan Adik mengikut Abang Yang naik ke bilik. Saya suruh hubby tengok2kan locker Abang Yang. Ari tu dia sendiri yang kenakan pad lock pada locker tu. Kot2 hubby boleh baiki apa yang patut. Tapi hubby kata semuanya ok. Kiranya, Abang Yang dah boleh buat sendiri la.

 Adik melilau kat dalam dorm tu...

 Serba merah dorm mereka ini. Tikar, langsir, cadar, sarung bantal, cat bilik...semuanya merah! Nasib baik merah hati, kalau merah menyala tu...berpinar2 bijik mata agaknya! Tilam yang masih terlipat tu menandakan muridnya belum balik ke bilik lagi.

 Yang dah sampai awal ke asrama, mereka sempat beriadah di gelanggang berhampiran...

 Burung ni pun turut memerhatikan murid2 bermain dan jujusan kereta ibubapa yang menghantar anak2 balik ke asrama. Agak2nya kan..apalah yang sedang berlegar difikiran burung ni?

 Adik pulak tak kira tempat, tak kira masa. Memang tak boleh duduk diam2 setempat. Berlari ke sana, berlari ke sini, melompat di sana, melompat di sini. Ada budak2 kecik, semua di'usha'nya...



Masa nak berpisah, masing2 macam keberatan aje. Biasalah...hati seorang ibu dan ayah terhadap seorang anak. Berat macam manapun, tetap cekalkan hati untuk menghadapinya. Sebelum berpisah tu, macam2 nasihat, kata2 azimat dan kata2 semangat yang disampaikan kepada anak. Moga anakku tabah dalam menghadapi segala dugaan hidup sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama penuh. Mak tau...Abang Yang BOLEH!


Dari Hentian Pedas/Linggi, saya mengambil alih tugas sebagai pemandu. Kesian kat hubby kepenatan. Masa inilah mat2 rempit menunjukkan skil dan kebolehan masing2. Macam pesen mereka menunggang. Bukan sikit2 pulak tu. Rasanya ada dalam 4 kumpulan yang berasingan. Mereka menunggang motor dalam keadaan yang amat membahayakan nyawa mereka sendiri. Macam tak ada sedikit pun perasaan takut mati. Kita yang menengok ni dah naik ngeri bila mereka memotong kenderaan di lorong paling kanan. Lepas tu siap dengan gaya Superman lagi! Cilok kiri...cilok kanan! Heeeee......yang nampak belakangnya lain...yang nampak bontotnya lain...! Nasib baiklah I memandu steady aje...tak tergoda langsung dengan gaya2 mereka! Hahaha..!!!

 Tengok tu...gaya orang terbang!


Alhamdulillah...perjalanan balik berjalan lancar. Keadaan lalulintas tidak sibuk. Saya memandu dengan tenang...dengan kelajuan yang sekata ..110km/j...gunakan auto cruise! Hubby kat sebelah jadi paparazzi...hihihi.

Selepas singgah solat Magrib di hentian mana entah..tak ingat...hubby pulak take over semula memandu hinggalah ke dala kawasan pagar rumah. Alhamdulillah, kami sampai ke rumah sekitar jam 10:30 malam.