Thursday, April 5, 2012

Nasi Goreng Tomyam Dan Sambal Telur Mata



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau hari2 makan nasi putih bersama lauk-pauk yang pelbagai, bosan jugak...kan? Untuk dapatkan sedikit kelainan, saya masak Nasi Goreng Tomyam ini yang dihidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata. Ringkas, padat, berkhasiat dan sedap! Selalu tu asyik buat nasi goreng ikan bilis je. Kali ini tukar selera sikit. Nasi goreng ini saya tak letak sebarang sayur sebab anak2 akan ketepikan apa sayur yang ada...terutamanya Adik. Saya buat nasi goreng tomyam ni sebab anak2 memang suka makan tomyam. Kadang2 tu mereka buat meehon tomyam sendiri. Bukannya susah, masakkan air, masukkan perencah tomyam yang memnag sentiasa ada stok di rumah. Kemudian masukkan meehon. Siap!!! Kalau ada ayam ke, sotong ke, udang ke, sosej ke...mereka masukkan juga. Tapi sayur....sori!



Jom tengok resepi Nasi Goreng Tomyam saya...

Bahan-bahan :
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun)

Cara-cara :
  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Tomyam ini boleh dihidangkan bersama dengan lauk sampingan seperti telur goreng mata, ayam masak merah, gading black pepper atau apa2 lauk pilihan. Kali ini saya hidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata sahaja.





Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar sili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara-cara :

  1. Goreng telur sebiji2 dengan minyak yang sedikit hingga masak kedua2 belah permukaannya.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air supaya campuran sos tidak terlalu pekat. Kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan telur yang telah digoreng tadi. Kacau rata hingga kuah menyelaputi keseluruhan telur.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang. Matikan api. Kacau sekejap sahaja dan angkat dari dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba!!!

4 comments:

izahdaut said...

perfecto kak gandingan nyer.. haishhh tergoda sudaaaahhhh

Liza said...

salam ita...mmg tergoda tgk gandingan tu...perggghhh

yana lyana said...

slrppppp!
meleleh air liur


:p

Azita Zain said...

Izah :
Gandingan serasi bersama!!!! Hahaha...

Liza :
Tak tengok lagi kalau digandingkan dengan yang lain...!

Yana :
Yummy...!