Thursday, April 26, 2012

Masa Itu Emas



Masa itu emas. Maksudnya, masa itu adalah amat berharga sekali. Janganlah dipersia-siakan masa yang ada. Gunakanlah dengan sebaik mungkin. Manfaatkan setiap detik yang datang. Masa yang telah berlalu tidak mungkin akan kita kecapi semula. Masa yang dah berlalu tak mungkin dapat kita undurkan semula. 

Jam di atas dah menunjukkan pukul 11:30. Pagi ke malam? Kalau pagi, mungkin masa tu saya tengah sibuk memasak, ataupun menjemur pakaian, ataupun menyiapkan bekal Adik untuk ke sekolah kebangsaan, ataupun tengah mengadap komputer sambil menanti Adik balik dari sekolah agama. Ataupun...macam2 perkara boleh saya lakukan dalam masa tersebut. Kalau malam, mungkin saya dah tidur. Tak pun tengah tengok tv ataupun sedang menyiapkan tempahan kuih-muih dan cistat, ataupun duduk depan komputer lagi. Adik gerenti dah tidur masa ni. Jadinya tidaklah perlu berebut komputer dengan dia. Lagipun, di hari2 persekolahan, mereka tidak dibenarkan mengadap komputer. Nak main komputer, tunggu hari2 cuti sekolah. Kecuali ada kerja2 yang perlu dibuat dengan menggunakan komputer. Issshhh...apalah yang melalut panjang2 ni...

Jam berantai tu sebenarnya adalah pemberian bekas majikan saya dulu...Kiswire Sdn Bhd. Tak ingat dah tahun bila saya dapat jam tu. Masih cantik dalam bekasnya lagi. Tidak digunakan pun. Tapi masih 'hidup'...belum mati lagi...hihihi. Selain daripada jam berantai yang ini, dapat juga jam tangan. Lain kali saya display ya...

Sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan tajuk entry kali ini...hehehe


Sunday, April 22, 2012

Anugerah Cemerlang SPM 2011 SMKPG



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah dua kali Sabtu saya menghadiri majlis anugerah untuk Ayong. Minggu lepas majlis anugerah untuk pasukan pancaragam. Semalam pulak ada majlis anugerah untuk pelajar2 cemerlang SPM 2011 di SMK Pasir Gudang. Selain daripada anugerah tersebut, turut diadakan Hadi Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Dermasiswa Lafarge.

Sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato' Seri Haji Mohammed Khalid bin Haji Nordin tetapi disebabkan YB ada program lain di Taman Cendana (rasanya...), makanya beliau telah diwakili oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Tuan Haji Khairi bin Abd. Malik (muka beliau ada iras2 bekas DYMM SPBYDP Agong, Tuanku Mizan).
 Ayong merupakan salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang SPM 2011 SMKPG. Seramai 14 orang telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan sekurang2nya 6A.

 Asna Hanani tiba dari KL pada petang Jumaat semata2 untuk menghadiri majlis ini.

 Ketibaan wakil YB disambut oleh Puan Hajjah Saleha dan juga Pengurus Kilang Lafarge Cement Sdn Bhd, Pasir Gudang, Encik Tay Che Hui.

Tahun ini SMK Pasir Gudang telah menjadi tuanrumah Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 Lafarge. Setiap tahun Lafarge Cement Sdn Bhd (LCSB) akan memberikan anugerah kepada pelajar2 cemerlang melalui projek yang dikenali sebagai Projek Sekolah sejak tahun 1997. Sehingga kini LCSB telah membantu lebih 2,500 orang pelajar yang memerlukan bantuan serta memberi pengiktirafan kepada 820 orang pelajar cemerlang dalam UPSR dan SPM. Sebanyak 6 buah sekolah di Johor terlibat dalam Projek Sekolah ini iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Telok Kerang, Pontian, SK Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Kg Pasir Putih dan SK Perigi Acheh. Projek ini meliputi 29 buah sekolah di Pasir Gudang, Rawang, Kanthan dan Langkawi (kawasan di mana terdapatnya kilang LCSB).

Gambar2 lain boleh dilihat di SINI ya..

 Puan Hajjah Saleha binti Wahab, Pemangku Pengetua SMK Pasir Gudang.

 En. Tay Che Hui, Pengurus Kilang, Lafarga Cement Sdn Bhd, Pasir Gudang.

 Tuan Haji Khairi bin Abd. Malek, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi.

 Persembahan nasyid..

 Coral speaking

 Penerima2 dermasiswa Lafarge 2012 bergambar bersama Pengurus Kilang selepas beliau menyampaikan dermasiswa tersebut. Seramai 30 orang tersenarai sebagai penerima dermasiswa ini.

 Penerima2 anugerah kecemerlangan akademik Lafarge 2012 bergambar beramai2 bersama wakil YB. Mereka menerima wang tunai, sijil dan hadiah iringan.

Majlis diteruskan dengan anugerah kepada pelajar2 cemerlang SPM SMKPG 2011. Seramai 11 orang terpilih untuk menerima anugerah ini. Ayong adalah salah seorang daripada mereka.

 Entah apalah yang diperkatakan oleh wakil YB tu kepada Ayong selepas menyampaikan sijil,wang tunai dan cenderamata iringan kepadanya. Beriya2 nampaknya...!

 Daripada 11 orang, tinggal 8 orang aje yang sempat bergambar bersama2 sebelum bersurai. Selepas ni entah bila pulak mereka boleh berkumpul lagi...


Di akhir majlis, tetamu dan pelajar2 dijamu dengan nasi ayam. Adik makan 2 pusingan. Pusingan pertama, dia ambil ayam aje. Dah abis ayam tu barulah dia ambil nasi ayam pulak. Tengoklah gaya dia makan tu...macam tak makan 3 hari!

Wednesday, April 18, 2012

Majlis Akujanji Dan Meraikan Pelajar PGSB



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari Sabtu lepas, 14hb April 2012, telah berlangsung Majlis Akujanji dan meraikan pelajar2 Pancaragam Sekolah2 Pasir Gudang (PGSB) di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. 

Sedikit latarbelakang PGSB :
PGSB ditubuhkan pada tahun 2007. Ahli2nya terdiri daripada pelajar2 dari 3 buah sekolah iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Pasir Gudang 3.  Pelajar2 yang terpilih adalah daripada kelas atas iaitu kelas2 terbaik dari setiap sekolah. Setelah SMK Taman Nusa Damai dibuka dan ada sebahagian pelajar dari 3 buah sekolah ini yang berpindah ke sana, maka mereka juga turut terpilih untuk menyertai PGSB. Sekarang ini PGSB disertai oleh pelajar2 dari 4 buah sekolah ini.

Majlis tersebut berlangsung seawal jam 8:00 pagi tapi saya hanya sampai ke sana sekitar jam 8:45 pagi. Masa saya sampai tu, mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku. Semua tetamu dah datang termasuklah YDP MPPG, Tuan Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar. Selesai nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku, bacaan doa pula dibacakan.

 Selepas itu barulah ucapan dari wakil ibubapa iaitu Puan Warda binti Ismail. Dulu Puan Warda ni mengajar di SMK Pasir Gudang 2 tapi sekarang dah berpindah ke SMK Taman Nusa Damai. Anak beliau juga merupakan salah seorang daripada super-senior PGSB ni. Dalam ucapan beliau, Puan Warda ada meminta agar YDP MPPg meluluskan peruntukan untuk membeli pakaian segaram baru untuk pelajar PGSB dan juga meminta untuk ditubuhkan Alumni PGSB. Kedua2nya telah diluluskan oleh YDP MPPG. Alhamdulillah. 

Ini pula ialah ucapan daripada wakil Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang (tak ingat namanya...). Pegawai PPD, Puan Hajjah Fatimah binti Ahmad tidak dapat hadir pada hari tersebut.

 Tuan Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, YDP MPPG. Muda lagi orangnya. Kata beliau, dulu2 beliau juga teringin nak masak pancaragam ni tapi tak layak Sebab katanya, seperti kata Cikgu Warda, ahli PGSB ini dipilih berdasarkan 2 kategori - pertama ialah akedamik dan kedua ialah minat dan kebolehan dalam muzik. Kata YDP lagi, beliau dulu masa SPM dapat Gred 3 aje. Lepas tu tak pandai pulak dalam bidang muzik ni. Kalau setakat berkaraoke tu bolehlah katanya. Itu sebab beliau sampai sekarang tak dapat masuk pancaragam (nak masuk apanya lagi...dah jadi YDP tu!).

 Selepas itu barulah pelajar2 baru (Tingaktan 1) meneruskan acara akujanji. Ramai jugak ahali2 baru ni tapi tak pasti pulak berapa orang. Mereka beramai2 mengangkat sumpah setia pancaragam di atas pentas.

Sebagai simbolik menandatangai akujanji tersebut, seorang wakil pelajar baru telah menurunkan tandatangannya di surat akujanji dengan disaksikan oleh YDP MPPG dan wakil PPD. Kemudian YDP MPPG dan wakil PPD turut sama menandatangani surat tersebut.

Selesai acara akujanji, barulah acara penyampaian sijil dan piala kepada super-seniors PGSB dijalankan. Pada hari tersebut, seramai 23 orang telah menerima sijil masing2. Semuanya ada 28 orang tetapi ada yang tidak dapat menghadirkan diri.

Sebahagian daripada super-seniors PGSB. Ayong berkacamata bingkai putih tu. Senyum je memanjang...!

 Ayong sedang menerima sijil dan piala daripada YDP MPPG.

Gambar2 lain boleh dilihat di SINI


Super-seniors PGSB : 2007~2011







Wakil super-seniors membuat persembahan di akhir majlis... Masing2 tak main alat2 yang biasa mereka mainkan, sebaliknya menggunakan drum sahaja.


Ada juadah yang disediakan untuk tetamu2 yang hadir...kuih-muih, soto nasi, soto mee, soto mihun, buah2an dan air minuman.


Inilah super-seniors yang membuat persembahan tadi...9 orang semuanya.


Ayong bersama ahli2 trombone sectionnya...

 Bergaya dengan trombonenya...!


Tak boleh kalah kalau posing dengan Izzati..! Rakan kamceng sampailah sekarang...

Monday, April 16, 2012

Agar-Agar Santan



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah lama teringin nak makan Agar2 Santan ni tapi baru2 ni aje berkesempatan untuk membuatnya. Bukan disebabkan oleh kekangan masa tapi setiap kali pergi ke kedai, terlupa aje nak membeli agar2 bertali ni. Nak gunakan serbuk agar2 pun boleh tapi lebih power kalau guna agar2 bertali. Lagipun barulah mencabar sikit nak membuatnya. Yang ini versi comel-lote. Saya gunakan acuan tat yang besar. Acuan tu rendah je, tu yang lapisan hijau pandannya tak nampak. Nampak lapisan telur aje.

Agar2 Santan ni memang sedap dimakan masa sejuk2. Nyaman jer bila dia tumpang lalau kat anak tekak. Anak tekak pulak memang menantikan kehadiran si agar2 ni. Sempatlah mereka beramah mesra dulu sebelum masing2 meminta diri. Hahaha...!


Yang ini pulak versi loyang besar dan tinggi. Barulah nampak lapisan hijau pandan dan telur santan tu berasingan. 



Sebab dah lama tak buat Agar2 Santan ni, maka cepat aje habisnya. Saya buat pada awal petang. So saya hidangkan masa makan malam. Bakinya, dihabiskan waktu makan tengahari keesokan harinya. Alhamdulillah.

Saturday, April 14, 2012

Happy 16th Birthday



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aduiii...jenuh nak meng'upload' gambar2 ni! Dari kelmarin cuba nak update cerita ini tapi terbengkalai sebab tak boleh nak upload gambar. Malam ini pun terpaksa upload satu persatu...lepas tu ambil masa yang agak panjang untuk upload. Apa2pun, alhamdulillah sebab dah dapat upload.

Hari Rabu lepas, 11hb April 2012, merupakan kari ulangtahun kelahiran yang ke-16 untuk anak ke-2 saya, Muhammad Azhari (Abang Ngah). Pada hari yang sama, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-14 juga telah ditabalkan. Kiranya birthday Abang Ngah kali ini, satu Malaysia bercuti. Ingat senang ke nak dapat? Walaupun dah diwartakan sebagai cuti umum, hubby tetap bekerja.Sebelum balik kerja, hubby bertanya nak bagi hadiah apa kepada Abang Ngah. Kiranya nak bagi hadiah birthday sekali dengan hadiah PMR la...2-dalam-1. Saya cadangkan ntuk beli jam tangan G-Shock. Tapi bila hubby pergi cari kat kedai2 sekitar Pusat Bandar, tak ada pulak yang berkenan. Akhirnya, balik kosong aje.

Pada sebelah malam, kami ke KipMart Masai. Kat sana banyak kedai2 jam dan sebagainay. Cari2 juga jam tangan dalam lingkungan harga RM250 gitu. Tapi si birthday boy pulak macam tak setuju dengan hadiah tersebut. Dia demand nak telefon baru. Hmmm...hubby pandang saya, saya pandang hubby. Akhirnya kami setuju. Singgah di kedai telefon pulak. Inilah yang dia pilih...

Samsung Galaxy Y (Young) silver metalic...

Sukalah dia bila dapat apa yang diidamkan...

Lepas grab telefon tu, kami singgah pulak ke Pizza Hut. Depan KipMart tu je. Saja nak raikan ulangtahun kelahiran dia dengan makan2 di sini. Tapi teringat juga pada Abang Yang yang tidak bersama.Tak apalah, nanti bila Abang Yang balik bercuti, kita makan lagi! Ramai pulak pelanggan pada malam tu. Terpaksalah kami menanti sekejap sementara staff PH mengemaskan meja yang baru ditinggalkan oleh pelanggan.


Nasib baik tak lama menanti. Lepas dapat menu, kami pun order lah apa yang patut. Tak banyak pun. Sekadar ambil set yang untuk 4 orang tu, pizza baru yang tengah hot kat tv tu...3 Sensation. Lepas tu dapat free set untuk kid.

Sementara menanti hidangan sampai, Abang Ngah sibuk dengan telefon barunya.

Air, sup dan roti ni sampai dulu... Adik memang 'hantu' mushroom soup ni.

Abang Ngah tengah mengirup mushroom soup. Hmmm...tak hingat dunia!!!

Inilah hidangan kami malam tu...

Pizza besar...pizza kecik...!


Hmmm...sedapnya!

Abis dah!