Wednesday, March 28, 2012

Majlis Pertunangan Pak Tam


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. 
Kejap tenggelam...kejap timbul tuan rumah ni. Itulah...nak kata disebabkan kekangan masa, ia juga. Tapi yang banyaknya ialah M menguasai. 

Majlis pertunangan Pak Tam Kamarulzaman dengan pasangannya, Azizah. Kami diberitahu oleh FIL pun dah last minute. Cadangnya FIL cuma nak pergi dengan adik-beradik yang ada di kampung je. Tapi FIL tetap bagitahu pada hubby...sekadar sebagai pemberitahuan. FIL kata, majlis tu pihak perempuan nak buat kecil-kecilan sahaja. Sekadar jemput adik-beradik mereka sahaja. Hantaran pun ringkas sahaja. Mula2 tu FIL kata cuma nak bawa cincin 2 bentuk bersama sepasang persalinan. Itu yang piahk perempuan minta. Tapi bila kami dah sampai ke kampung, saya terpaksa jadi bidan terjun untuk menggubah semua hantaran. Pak Tam kata nak bawak 5 dulang hantaran. Cincin, sirih junjung, buah, kek dan sepasang persalinan. Saya cuma ada masa hari Sabtu tu aje nak siapkan semua. Nasib baik kami sampai ke kampung pada tengahmalam sebelumnya. So, sempatlah nak menyiapkan segalanya. Alhamdulillah.


Dua bentuk cincin...

Cincin untuk merisik...

Cincin pertunangan...


Hantaran daripada Pak Tam...

Sebijik kek...beli kat kedai je...!


Inii bekas cincin...tembaga dari Mekah...

Sepasang persalinan...

Buah-buahan...


Jambangan sirih dan bunga segar...

FIL mengetuai rombongan bersama dengan MIL, 3 orang menantu (Mak Long, Mak Su dan saya), berserta 4 orang anaknya (Pak Long, Pak Su, Pak Uda dan juga Pak Tam). 

MIL sedang menyarungkan cincin risik...

Lepas tu pulak cincin tunang...


Dah lepas sarung2 cincin..peluk2 dan cium2 bakal ibu mertua...

Ini ialah keluarga pihak perempuan. Yang berbaju melayu tu ialah ayahnya, yang berbaju biru pula ialah ibunya, manakala yang berbaju bunga2 kecoklatan itu ialah neneknya...

Dari kanan : Pak Su Jijan, bapa saudara bakal pengantin perempuan, datuk bakal pengantin perempuan...

FIL bersama dengan datuk bakal pengantin perempuan...


"InsyaAllah...akhir bulan Jun nanti, sah lah kita jadi besan ya...."


Jom kita tengok pula balasan dulang daripada pihak perempuan...

Sirih junjung...

Buah-buahan...


Jajan2...

Muffin dan jelly...

Sepasang baju melayu...

Tat telur dan tat cokelat...

Kain pelikat...

Pak Tam bersama dulang hantaran dari piahk perempuan...


No comments: