Bila oven saya dah merajuk...inilah hasil yang saya dapat! Padahal nak bakar muffin, bukannya ambil masa yang lama. Mula2 tu saya tak perasan ada masalah pada oven saya tu. Sebenarnya saya ada menerima tempahan 100 biji muffin. Petang Khamis, sebelum menghantar anak ke tuisyen, saya bakar satu loyang muffin (2 bancuhan, lebih kurang 18 biji). Biasanya nak bakar muffin ambil masa paling lama pun 25~30 minit je. Ni dah bakar 30 minit tapi tak naik2 lagi. Naikkan masanya lagi selama 20 minit. Pun sama juga. Akhirnya saya keluarkan daripada oven. Inilah hasilnya...:
Bahagian bawahnya dah nak hangus tapi bahagian atasnya tak naik2 dan tak 'garing'... Tapi yang ini masih boleh dimakan sebab bahagian dalamnya elok masak.
Pada sebelah malam saya bancuh lagi 2 bancuhan dan bakar lagi. Selalu tu memang gunakan api atas dan bawah dan suhu lebih kurang 170~180 degree celcius. Malam tu pun saya gunakan kaedah yang sama. Dah sampai 25 minit masih tak naik2 lagi. Apa kenanya dengan muffin aku ni??? Konfius dah jadinya. Sama juga...bahagian bawahnya dah garingggg....! Tak perasan lagi akan masalah oven tu. Ingatkan bancuhan saya yang bermasaalah.
Lepas tu bancuh lagi 2 adunan. Kali ini gunakan cawan kertas yang kecik sikit. Manalah tau kot-kot dalam bekas kecik adunan tu boleh naik cantik. Dah 20 minit diakar, saya tukarkan api ke bahagian atas je pulak. Konon2nya nak garingkan sikit bahagian atas tu. Masa tu adunan tu pun tak berapa naik. Bahagian atasnya tak 'kering' pun...nampak macam lembab2 je. Masa inilah baru saya perasankan api atas tu tak berfungsi. Hmmm...patutlah dua layang yang lepas tak naik2. Api kat bawah je...lepas tu tak boleh nak memanaskan satu oven tu. Walaupun suhu disetkan ke 180 degree tapi kepanasan sebenar memang rendah.
Tengok...inilah hasil pembakaran kali kedua dan ketiga tu! Macam tak dibakar...kan? Akhirnya...masuk tong sampah aje.
Nampaknya, kenalah buat pelaburan tambahan selepas ini. Kalau tidak, macam mana nak menerima tempahan. InsyaAllah...akan melabur dalam masa terdekat.