Thursday, February 16, 2012

Jemputan Pengantin (3)



Majlis walimatul urus yang ketiga ialah di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Tengok pengantin perempuan tu...bukan main ceria lagi! Kalau hari2 biasa pun memang dah ceria selalu, apatah lagi di majlis bersejarahnya. Tentulah lebih ceria dan gembira...ya tak?

Kami ke majlis yang ketiga ini dah agak lewat. Masa kami sampai, pengantin tengah makan berdamai. Sempat jugak pengantin perempuan ni (Fiza) melambai2 ke arah kami yang baru sampai. Amboi...seronoknya dia!

Ni tengah nak main suap2 kek. Nasib baik main suap2 kek yang kecik. Kalau main suap2 kek cawan tu, mau ternganga besar si Fiza dan si Ijad ni...


Ini le meja makan berdamai mereka...bersama dengan rombongan dari pengantin lelaki.


Ini pulak rombongan Cik Kiah dari Taman Pasir Putih. Kami ke sana dengan 4 buah kenderaan. Kiranya macam konvoilah...konon2nya! Saya satu kereta dengan family, Shidah pulak satu kereta bersama dengan K.Jah, Sue, Arina dan hubbynya, Aini satu kereta dengan hubbynya dan anak sulungnya dan satu kereta lagi ialah Cikgu Shikin bersama 2 orang anak bujangnya.

Kesian pada kakak pengantin perempuan ni...si Zue. Sampai demam2 dia selepas abis majlis. Tak apa Zue...berkorban demi adik tersayang. Cewahhh...!

Selamat pengantin baru kepada Fiza dan Izad....!

No comments: