Thursday, April 23, 2009

Puff Pastry dan Biskut Marie

Masih menjadi tanda tanya. Kenapa namanya Biskut Marie??? Ini pulak ialah entry untuk hari Rabu lepas. Dah 3 hari tak mengadap komputer, so ada "banyaklah" jugak yang nak diceritakan. Pagi Rabu tu Ayong mintak buatkan Sosej Cheese Puff. Kebetulan baki puff pastry dalam peti ais ada 4 keping lagi dan sosej pun ada 4 batang jugak. Macam berjanji2 je pastri tu dengan sosej tu... hehehe. Tapi tak sempat pun untuk Ayong menjamahnya sebab van dah datang. Selepas tu saya goreng pulak bihun sedikit. Tak cukup pulak kalau sekadar 4 keping Sosej Cheese Puff tu. Masak bihun tu pun main campak2 je. Memasak ni bukanlah susah sangat asalkan kita pandai menggunakan apa yang ada kat dapur tu. Tak perlu nak ikut apa yang tertera kat resepi tu 100%. Macam emak saya selalu kata..... kita yang buat dia!!!



Sosej Cheese Puff...



Balik dari ambil Ayong di sekolah, singgah di kedai runcit sekejap. Sekadar membeli biskut marie 500 gram. Nak buat Kek Marie Koko. Kesukaan anak2 ni...



Kek Marie Koko...


No comments: