Thursday, April 9, 2009

Cuti Umum

Hari ini, 8hb. April, adalah cuti umum di Johor bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Anak2 tak sekolah tapi Ayong ada persembahan di Johor Jaya bersempena hari keputeraan tersebut. Hubby pun kena pergi kerja jugak sebab ada tugas yang perlu diselesaikan. Tapi tengahari hubby dah balik. Cuaca elok panas hari ni, so cepat2 sidai kain-baju. Then saya teringin nak mencuba Kek Pisang Bercoklat oleh Nor_67. Since stok pisang masih ada, saya pun mencubalah resepi tersebut pagi tadi. Tengah dok sibuk2 menggaul chocolate chip ke dalam adunan, telefon berbunyi. Hmmm...Ayong suruh jemput dia di stadium. Persembahan dah selesai dan mereka semua dah balik ke stadium. Alamak! Camana ni? Oven belum dipanaskan dan loyang belum dilenser lagi... Cepat2 saya menyelesaikan urusan pembakaran kek sebelum saya keluar menjemput Ayong di stadium. Resepi asal kata gunakan coklat masakan yang diparut tapi saya cuma gunakan coklat chip aje...letak banyak2!

Inilah hasilnya...Kek Pisang Bercoklat...



Balik dari ambil Ayong, saya keluarkan ikan bawal dan ikan kembung dari petiais. Sementara tunggu ikan2 tu defrost, saya berfikir nak masak apa ikan2 tersebut. Since hubby dah called kata dah nak balik, saya masak yang sempoi2 aje. Bawal goreng lada hitam, kembung goreng kunyit dan taugeh goreng sos tiram. Kurma ayam balance malam tadi masih ada sikit.

Menu makan tengahari tadi...

Malam ini ada pasar malam kat taman ni tapi disebabkan masing2 masing kekenyangan, saya minta hubby tolong belikan telur dan ikan bilis saja. Sebenarnya hubby dan saya masing2 keletihan sebab petang tadi kami mengemaskan dapur dan menukarkan kabinet dapur yang dah usang. Selepas mengemas, hubby tertidur kat depan tv tu. Kesiannya...! Selepas hubby pergi pasar malam, hubby terus ke kilang semula sebab nak pantau budak2 dia kerja. Sekarang ni mereka tengah overhaul mesin2, tu yang banyak kerja tu. Then terus ke Maybank....hehehe. Sampai aje hubby ke rumah, Abang Yang mengadu lapar pulak. Tadi kata dah kenyang, sekarang lapar pulak! Dengan pantas dan rajinnya hubby pun pegang kuali dan periuk..!!!!! Hubby masak Nasi Goreng Kicap Udang. Less than 5 minutes dan ready to be eaten. Expressssss gitu! Ingatkan Abang Yang aje yang akan makan, rupa2nya Ayong pun tumpang semangkuk. Sedap katanya...

Nasi Goreng Kicap Udang hubby...
Masa hubby nak keluar tu pesan jugak tolong belikan aiskrim. Siang tadi masa hubby belikan pisang, hubby pun teringat nak beli aiskrim tapi tak jadi sebab mengingatkan Adik yang batuk. Since Adik dah tidur awal tadi, saya suruh hubby belikan aiskrim gak. Kenapa sibuk malam2 suruh belii aiskrim??? Sebabbbbb.......nak makan Banana Split!!! Yukkk....


Banana Split...

No comments: