Saturday, September 20, 2008

Mencari Malam Lailatul Qadar....

Salam untuk semua...
Last menulis ari tu tanggal 12hb September. Hari ni dah 20hb September. Bermakna hari ke-20 kita berpuasa. Kejap je rasanya kita berpuasa. Sedar tak sedar dah 20 hari. Ada lagi 10 hari lebih kurang. 10 malam terakhir Ramadhan....

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.:
Adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain2 ulama' untuk mencari Malam Lailatul Qadar
Jika Awal Ramadhan jatuh pada hari :
  1. Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
  4. Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
  5. Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam Lailatul Qadar akan jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 September 2008. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Lailatul Qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita sama2 memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah s.w.t. dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah s.w.t. yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Wallahu'alam...

No comments: