Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu (2)

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan orang kata...memang betul pun!)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa disamping aku.....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....mak
Bila bangun tidur, aku cari .....mak
Bila nagis, orang pertama yang datang.....mak
Bila nak bermanja, aku dekati.....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....mak
Bila sedih, yang memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku.....mak
Bila merajuk yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.....mak

Bila takut, yang tenagkan aku.....mak
Bila nak peluk,yang aku suka peluk.....mak
Aku selalu teringatkan.....mak
Bila sedih, aku mesti telefon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang, aku suka luah pada.....mak

Bila takut, aku selalu panggil....."mmmmaaaaakkkkk!"
Bila sakit, orang paling risau ialah.....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.....mak

Yang masih pelukk dan cium aku sampai hari ini.....mak
Yang selalu masak masakan kegemarannu.....mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk-pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku.....mak
Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku.....mak
Bila nak kahwin...orang pertama ku tunjuk dan rujuk.....mak

Kini aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.....mak

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....mak

Bila sambut Valentine, aku belikan hadiah pada.....pasanganku
Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...mak ingat kat aku

Bila-bila, aku akan telefon pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.....mak

Selalu, aku belikan hadiah untuk....pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk.....mak!



Renungkan sejenak :
"Kalau kau dah habis belajar dan dah bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun jadilah!!!!".


Tersentuhkah kita mendengarnya???


Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pengunjung di sini. Kepada semua pengunjung yang berstatus ibu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
"SELAMAT HARI IBU".
Kad2 di bawah ini saya ambil dari rumah kawan2 yang lain yang sudi memberikan kad2 ini kepada saya. Dan kepada sesiapa yang belum menerima kad2 ini, saya persilakan untuk mengambilnya tanpa rasa segan-silu. Terima kasih kepada kawan2 yang telah memanjangkan kad2 ini kepada saya.














Wednesday, May 6, 2009

Ringkas dan Berkhasiat

Sejak akhir-akhir ni, saya cuma menyajikan makanan yang ringkas2 saja untuk keluarga. Saya cuba untuk menjauhkan makanan yang berminyak atau bersantan ataupun makanan segera. Tetapi sekali-sekala tu, tergoda juga untuk makan makanan yang sebegitu. Kebanyakan makanan kami sekarang hanya sup2 dan makanan2 segar macam ulam2 dan salad. Makan malam kami malam tadi cuma ada Salad Campur dan lebihan lauk2 kelmarin. Nak buang sayang... simpan dalam petiais, sebelum makan dipanaskan semula. Salad kali ini saya buat salad campur2 - ada sayur2an, buah2an dan sedikit sotong dan telur rebus. Ringkas tapi tak cukup pulak semangkuk besar tu... anak2 suka pulak!

Ini Salad Campur yang belum digaul....


Yang ini setelah digaul tapi belum letak dressing lagi...




Dah dikaut ke dalam pinggan dan dicampur dengan dressing "Pulau 1000" campur dengan dressing untuk salad buah2an...

Jangan panik! Yang bawah ini bukanlah sebahagian daripada bahan2 dalam Salad Campur tu tetapi sebaliknya ialah sarapan kami pagi tadi... Kuih Cara Manis. Jom menjamu selera!!!


Monday, May 4, 2009

Pucuk Ubi Lagi!

Memandangkan stok pucuk ubi masih ada, saya bercadang nak menghabiskannya sebelum ianya masuk tong sampah. Memandangkan anak2 suka dengan Lemak Pucuk Ubi, saya masak masakan yang sama sekali lagi. Dan saya pulak macam teringin nak meratah Urap Pucuk Ubi. Jadik aje! Bahan2 pun semuanya ada kecuali kelapa parut tapi SMS hubby minta tolong belikan kelapa parut dalam perjalanan balik dari kerja nanti. Untuk hubby pulak, saya sediakan Sup Sayur Tauhu Telur. Dan juga Singgang Kembung sebagai lauk untuk anak2. Mereka suka masakan macam ini.

Inilah juadah makan malam kami malam tadi...

Award dari Hazila

Award ini saya terima daripada Hazila. Hazila dah bagi lama pada saya tapi baru hari ini saya sempat gi ambil kat rumah dia. Maaf ya Hazila...lambat sikit! Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih untuk Hazila... Kepada sesiapa yang berkunjung ke sini, sudi-sudikanlah mengambil award ini.

Aktiviti Hari Pekerja

Hari Jumaat lepas, 1hb. Mei 2009, merupakan Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di mana saja anda berada, walau apapun pekerjaan anda. Hari Pekerja memanglah hari untuk para pekerja berehat2 dan cuti dari bekerja. Tapi bukan untuk hubby saya. Masa cuti2 macam inilah ada saja perancangan untuk membaikpulih mesin2 di kilang. Tapi awal pagi tu kami sempat beridah di Bukit Layang2. Kami ke sana untuk berjoging kecuali saya yang cuma berjalan2 saja sebab sakit kaki. Adik yang paling seronok sebab selain daripada berjoging dia juga dapat main semua mainan yang ada di taman tu. Bahagian yang paling seronoknya ialah bila Adik suruh Abang Ngah dukung masa berjoging tu sebab dia penat katanya. Bayangkan Abang Ngah mendukung Adik sambil berlari2... Dan bila lari kat tepi2 tasik tu, takutkan air pulak!


Cantik pemandangan matahari terbit dari celah2 pokok nun jauh di sana...!


Juadah di sebelah petang...Keledek Goreng dan mangga dari kampung ari tu...



Ini ialah sarapan pagi tadi...Roti Telur Goreng je...


Pucuk Ubi

Dah lama tak mengadap komputer ni. Semenjak duamenjak ni ada macam rasa M sikit nak idupkan komputer ni. Dah hampir seminggu rasanya tak duduk depan komputer ni. Baru hari ni tergerak nak idupkan komputer ni, itupun disebabkan Abang Yang suruh scan gambar untuk kerja Sains dia. Gambar yang saya uploadkan ni pun sebenarnya menu hari Khamis lepas. Kali ini masak Lemak Pucuk Ubi, Kerisi Goreng dan jugak Jemput2 Pisang. Jom layan gambar je... Ari tu pucuk labu, kali ini pucuk ubi pulak.




Tuesday, April 28, 2009

Pucuk Labu

Malam tadi makan malam yang ringkas je. Sekadar masak Lemak Putih Pucuk Labu dan ikan siakap dan bawal goreng. Hari ni tak ada sup sayur ataupun apa2 sup. Cuti makan sup hari ni. Inilah kali pertama masak pucuk labu. Kalau dulu2 tu, masa masih duduk bawah ketiak emak, selalu jugak masak pucuk labu ni sebab memang ada menanam labu kuning. Sekarang ni bukannya senang nak cari pucuk labu. Kat pasar tani pun tak jumpa...

Mula2 tengok sayur yang terhidang kat atas mejamakan tu, Abang Yang bertanya dengan penuh "kepelikan", "Kenapa sayur tu nampak macam ada bulu2?". Nampak tak bulu2 kat batang pucuk labu tu?



Inilah sayur malam tadi...Lemak Putih Pucuk Labu...


Lemak Putih Pucuk Labu, bawal goreng, kerapu goreng dan pisang...


Ole-Ole Dari Kampung

Hasil yang dipetik dan dikutip dari kebun mertua. Apa yang boleh saya petik, saya petik. Tapi sebelum ni saya tak pernah mengorek ubi keledek tapi kelmarin saya mengorek keledek. Lepas tu saya memetik pucuk labu. Sedap dibuat lemak putih!

Ada keledek, ubikayu, pucuk ubi, pucuk labu, mempelam dan tapai ubi...



Semalam saya cuma masak Udang Sos Plum dan Sup Sayur serta Manggo Spin untuk makan malam. Sebelum tu pada sebelah petang saya goreng Ubikayu Goreng Kunyit. Udang Sos Plum resepi oleh Kak Ummi dan Manggo Spin resepi oleh Kak Fida. Jom makan!.



Ahad Di Kampung

Dah sebulan juga kami tak balik ke kampung hubby. Tapi hubby ari tu ada juga balik dengan adiknya semasa FIL masuk hospital. Tapi saya tak ikut. Hubby balik selepas Maghrib dan balik semula ke PG sebelum subuh keesokan harinya. Sepanjang malam mereka menemankan abah di hospital. Dah 3:00 pagi baru balik ke rumah MIL, tidur sekejap je. 4:30 pagi dah bertolak balik ke sini. Hubby tak drive, adik dia yang drive. Sedar2 dah sampai depan pagar rumah je.

Satu hari di kampung tak cukup rasanya. Penuh dengan berbagai2 aktiviti terutama anak2 lelaki saya tu. Mereka paling suka kalau balik ke kampung hubby sebab "bebas". Kebetulan dah lama tak pergi ke kolam air panas kat Gersik tu, jadi kami bawa anak2 mandi di situ. MIL ikut sekali sebab nak merendamkan kakinya yang sakit2 tu. Anak2 memang suka le sebab dapat main air. Tambah2 Adik...memang "kecut" semuanya!!! Berendam tak abis2...

Jom layan gambar2 kat Kolam Air Panas Gersik, Muar....



Kolam Air Panas Gersik...ada kolam air panas, ada surau..



Tumbuh2an yang terdapat di sekitar kolam panas...



Aktiviti merendam kaki oleh MIL (tudung putih) dan anak2 main air...

Kerenah anak2 yang pelbagai...


Aksi Adik...


Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah di kebun kelapa sawit kepunyaan keluarga. Pagi Ahad tu, BILs memotong buah sawit. Buah sawit yang berwarna hitam tu, belum masak lagi dan belum boleh dipotong. Buah yang masak akan berwarna kemerah2an. Kawasan kebun yang kami singgah ni ialah kebun "bakal" kepunyaan hubby. Sebenarnya abah dah bahagi2kan tanah2 yang ada kepada anak2nya. Since hubby nak menolong adik2nya memotong buah sawit, saya pun memandu pulang bersama anak2 dan MIL.


Pokok sawit, buah sawit mentah dan yang dah masak, buah & bunga senduduk...