Kalau dulu tragedi pokok keembong, sekarang tragedi pokok padi pula. Pokok keembong dah hidup subur di halaman. Adakah saya akan menanam padi pula selepas ini?
Cuti semester pertama sekolah bermula 27hb Mei. Abang Yang balik dari SDAR pada 26hb, naik bas jam 5:30 petang dari Terminal One Seremban. Esok paginya dia bagitau cikgu sains suruh bawa balik pokok padi, pokok teratai dan bunga raya bila naik sekolah nanti. Allahhuakbar! Mana nak cari pokok padi? Pokok2 lain tu senang le sikit nak cari. Dan saya ajukan pertanyaan tersebut dalam FB saya dan mendapat balasan dan suggestions dari kengkawan.
Alhamdulillah. Ustazah Wawa bawakan pokok padi balik dari Kedah. Jauh perjalanan pokok padi ni. Saya dapat pokok padi ni pada 11-06-2014. Saya masukkan ke dalam bekas guna-semula ni dan isikan sedikit tanah dengan air yang sedikit bertakung. Macam diorang tanam padi kat bendang la konon2nya. Tanah asal memang ada sikit.
2 hari kemudian...beginilah rupanya. Pokok padi semakin kering. Percubaan menyelamatkannya gagal. Pokok padi ni dah tak boleh diselamatkan lagi. Dah jadi arwah. Inaalillah... Terpaksalah berusaha untuk mendapatkan pokok yang lain. Dimanakah harus kucari? Melalui FB aritu, saya berkenalan dengan pembantu makmal di SDAR. Dia juga meng'offer'kan diri untuk turut sama cuba mendapatkan pokok padi untuk pelajar2 tersebut. Bila pokok padi saya ni tak dapat diselamatkan, saya bagitau juga dia. Dan dia telah meminta kawannya untuk mendapatkan pokok tersebut di sekitar kawasan Rembau katanya. Dalam masa yang sama, saya berusaha juga untuk cari. Risau pula kalau dia tak dapat nak tolong carikan.
Pokok teratai ni Abang Ngah dan Abang Yang ambil di tasik di Bukit Layang-Layang. Nasib baik kat tasik tu banyak pokok teratai. So takde masalah nak dapatkan pokok teratai. Di situ juga banyak pokok bunga raya. Mereka memetik / mematahkan seranting dua bunga raya tersebut. Ok...selamat dah pokok teratai dan bunga raya. Cuma masih menantikan pokok padi...
Alhamdulillah. Hari Sabtu malam Ahad saya terima pokok padi ini. Syukur sangat2...akhirnya dapat juga. Saya hubungi biras saya di Parit Ibrahim. Minta dia tolong carikan. Di sekitar Sarang Buaya, Jln Batu Pahat tu memang ada sawah padi. Jadinya Makndak mencuba nasib ke sana pada pagi Sabtu dan meminta pokok padi ni dari tuan punya sawah tu sendiri. Alhamdulillah...dengan murah hatinya tuan sawah tu memberikan pokok padi tu. Kemudian Makndak terus ke rumah Cikgu Shikin di Parit Penyengat. Kebetulan Cikgu Shikin bercuti di kampung sempena cuti sekolah. Cikgu Shikin ni jiran sebelah ruamh saya. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Terima kasih kepada Makndak Liza dan Cikgu Shikin.
Semalam, Ahad 15hb Jun, Abang Yang dah balik ke SDAR bersama dengan pokok2 ini. Sayangnya, saya tidak dapat turut menghantar Abang Yang ke Larkin Sentral sebab saya menguruskan Abang Ngah yang mendaftar di PIS. Pokok padi tu banyak, so boleh dikongsi bersama kawan2 yang lain.
No comments:
Post a Comment