Monday, June 23, 2014

Hari Bersama Pelanggan SKTPP Dan SATPP

Cerita 22hb Jun 2014, hari Ahad.
Tengok kain rentang di atas tu. Hari Bersama Pelanggan SKTPP. Kebetulan pula Sekolah Agama Taman Pasir Putih (SATPP) juga mengadakan majlis yang sama pada hari dan masa yang sama. Ok...jam 7:00 pagi Adik ke SKTPP macam biasa. Walaupun murid2 diberi kelonggaran untuk hadir bersama ibubapa, tapi saya nak Adik hadir ke sekolah macam biasa. 
Jam 8:45 pagi saya dan hubby ke SATPP dulu. Saya bawa sampul surat beserta keratan dan wang sumbangan untuk majlis Tahlil Akhbar sempena Awal Ramadhan yang akan diadakan di SATPP pada 26hb Jun 2014, hari Khamis. Sampai di sekolah, saya tidak perlu beratur. Saya terus menuju ke meja Ustazah Rahmah. Saya dah tahu keputusan Adik. Adik tidak menduduki peperiksaan pertengahan tahun SATPP. Jadinya dah tentu Adik dapat kedudukan yang terakhir di dalam kelas.
Salah saya sebenarnya. Saya lewat memberikan surat cuti kedua kepada ustazah. Jadinya ustazah merekodkan Adik sebagai "tidak hadir" di dalam buku penyata. Nak ambil exam selepas Adik naik sekolah, dah tak boleh. Jadinya...Adik dapat semua TH dalam penyatanya. Pengajaran buat saya. Lain kali hantar terus surat beserta surat cuti terus kepada sekolah / guru kelas.
Ini pula keputusan ppeperiksaan di sekolah kebangsaan. Surat cuti pun saya bagi selepas Adik naik sekolah. Tapi saya ada berhubung secara langsung dengan guru kelas dan juga Guru Besar. Jadinya, Adik dibenarkan menduduki peperiksaan setengah tahun selepas Adik naik sekolah. Walau bagaimanapun, Adik tak sempat nak ambil peperiksaan bagi semua mata pelajaran. Dam masa dua hari, Adik ambil peperiksaan untuk mata pelajaran teras sahaja. Dan keputusan yang Adik perolehi adalah hasil daripada 2 bulan ketinggalan pelajaran. Alhamdulillah. Walaupun ketinggalan 2 bulan, keputusan Adik tetap memberansangkan. Boleh dapat tempat ke-33 daripada 36 orang murid di dalam kelasnya. Kira ok la kan...
  Tak apa Adik. Lepas ni Adik kena belajar lebih tekun sebab dah banyak topik yang Adik ketinggalan.


No comments: