Monday, June 23, 2014

Abang Ngah Lebih Homesick Daripada Abang Yang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini cerita minggu lepas. Sepanjang munggu lepas, Abang Ngah menghadiri Minggu Suai Kenal (MSK) Di politeknik Ibrahim Sultan. Program bermula pada hari Ahad, 15hb Jun hingga hari Rabu, 18hb Jun...4 hari je. Bermula dari hari dia mendaftar hinggalah ke hari akhir MSK, dia tak habis2 berSMS dengan emaknya. Memujuk dan merayu emaknya untuk tidak menetap di asrama. Dia nak tinggal di rumah. Nak berulang-alik hari2 ke PIS. Tapi saya pula sengaja menghantar dia ke asrama supaya dia lebih terdedah kepada dunia luar. Belajar berdikari. Belajar bergaul dengan pelajar2 dari negeri2 lain. Tapi yang buatkan hati emak tersentuh tu ialah bila dia kata (SMS) dia nak duduk dengan emak sebab nak jaga emak. Huhuhu...sedih plak membacanya.

Kebetulan pula rakan sebiliknya ialah orang Kelantan. Saya sempat beramah-mesra dengan emak dan nenek si Alif (nama rakan sebilik Abang Ngah) semasa mereka sama2 masuk ke bilik selepas mendaftar hari tu. Emak dan neneknya bercakap dalam loghat Kelantan yang agak pekat juga. Tapi Alif boleh bercakap lebih kepada bahasa yang mudah difahami. Johor dan Kelantan dalam satu bilik. Ok la tu...

Hari Khamis, Abang Ngah suruh ambil dia balik. Punya la tak sabar dia nak balik! Mereka diberi kelonggaran untuk balik sebab kelas hanya akan bermula pada hari Ahad, 22hb Jun. Selepas hantar Adik ke sekolah agama, saya terus ke PIS untuk menjemput Abang Ngah. Hmmmm...panjang senarai barang2 yang harus dibeli sebelum kuliah bermula. Diantaranya ialah safety shoes, vanier calipher, T-square, french square, set square, drawing board dan beberapa peralatan yang jarang2 saya dengar. Demi anak2, kita pun kena turut sama ambil tahu. Dan untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat tentang barang2 dan peralatan2 tersebut, saya telah berhubung terus dengan salah seorang pensyarah Mekatronik di PIS. Terima kasih di atas informasi yang telah diberikan. Tetapi Puan Pensyarah tu dalam cuti bersalin. Jadinya, semester ini Abang Ngah mungkin tidak ada kelas bersamanya. In shaa Allah, jumpa di semester kedua nanti.

Kebetulan Ayong pun ada balik. Second last paper untuk peperiksaan akhir semester dua Ayong ialah pada 16hb Jun lepas. Dan final papernya pada 24hb Jun. So ada gap yang agak panjang. Itu yang dia balik dulu tu. Jadinya, dapatlah kami berkumpul berlima...tanpa Abang Yang yang dah kembali ke SDAR. Petang Sabtu kami pergi shopping barang2 keperluan Abang Ngah. Sebenarnya kami dah shopping dulu berempat pada petang Jumaat tu. Petang Sabtu tu cuma cari barang2 yang tak dapat kami cari pada hari Jumaat tu. Lepas shopping, kami terus hantar Abang Ngah balik ke PIS sebab hari Ahad kelas Abang Ngah dah bermula.

Selamat memulakan dunia pembelajaran yang baru kepada Abang Ngah dan semua rakan pelajar seangkatannya. 

P/s : Semalam saya terima SMS daripada Abang Ngah. Dia bagitau, hari Khamis nanti, 26hb Jun, kelas dia habis jam 11 pagi. So dia minta saya jemput dia balik jam 12 tengah hari. Adui laaaa Abang Ngah...! Cuti 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ahad ialah Awal Ramadhan. 

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

heheheheheh.. budak2 sekarang kan kak, lebih selesa duduk di rumah sendiri dari di asrama, tambah pulak rumah sepelaung. Student sy pulak sibuk sangat nak cuti awal sempena nak sambut puasa, hurmmm...

zilaothman said...

InshaaAllah...alah bisa tegal biasa...