Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Alhamdulillah. Sempurna sudah hari pertama puasa di tahun 2014M / 1435H. Puasa pertama tanpa kehadiran Abang Yang...tetapi digantikan dengan kawan Abang Ngah, Shafiq yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Tetap cukup kuota enam orang. Alhamdulillah.
Mungkin hujung minggu ini baru Abang Yang boleh bersahur dan berbuka bersama kami. In shaa Allah...jika diizinkan olehNYA.
Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan secara sedar ataupun tidak sedar. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna. In shaa Allah.
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia.

2 comments:

zana fahmi said...

Selamat menyambut Ramadhan utk Ita sekeluarga..

Azita Zain said...

Selamat menyambut ramadhan untuk Zana juga...