Friday, March 7, 2014

Tragedi Pokok Keembong Dan Citarasa Rinduan

Cerita 2hb Februari 2014 (Ahad)

 Ok. Cuti sekolah sempena Gong Xi Fa Chai dah abis. Tiba masa untuk Azrai balik ke SDAR. Biasalah...tiket dia kawan dia yang belikan dulu. Dah jumpa di stesen bas, baru bayar balik pada ayah kawan dia. Sebelum balik, dia nak cari pokok bunga keembong untuk projek Sains kelas. Jenuh mencari satu Pasir Gudang. Pergi cari kat nursery pun tak ada. Kat rumah kawan2 yang banyak pokok bunga pun tak ada pokok keembong ni. Akhir sekali hubby pergi ke nursery depan Kipmart Masai tu. Hubby tanya pada penjual tu, ada tak pokok bunga keembong. Ada katanya. Dan dia pun tunjukkan pokok yang terletak dihujung dan dicelah2 pokok yang hidup segan mati tak mahu. Jadilah daripada tak ada...kan! Satu kumpulan kena bawak 6 pokok ni yang bersaiz 30cm tinggi. Mak aihhhh...tu pokok baru nak membesar tu! Yang hubby dapat ialah yang dah nak jadi atok dah. Bolehlah!!! Hubby beli 5 pokok. Azrai bawak 4 pokok. Sepokok hubby tanam dalam pasu kat rumah. 

Selepas bas bertolak jam 12:00 tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Kulai pula. Ada jemputan perkahwinan anak kepada sepupu hubby. Memang tak pernah ke sana sebelum ni. Berpandukan alamat rumah pengantin, kami pun meng"google map" arah dan haluan ke sana. Sempat membuat panggilan kepada teman alam maya, Rafidah Hashim yang tinggal di sana. Campur tolak darab bahagi...akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Alhamdulillah. Kami akhiri jamuan makan dengan hirisan jambu berasam boi dan juga tauhu panas. 


Selepas berbual2 dengan tuan rumah dan sedara-mara yang ada, kami minta diri untuk meninggalkan majlis. Hajat dihati nak bersua muka dengan Rafidah Hashim tapi apakan daya...Ida bekerja pulak pada hari tu. So...our next destination is Citarasa Rinduan (CR) yang dimiliki oleh seorang lagi rakan maya dan juga seorang blogger...Siti Ruhayu Abdul Rahman (Ayu). Dah tanya2 dengan Ida arah ke CR. Tak le susah mana nak cari CR ni.  
 Akhirnya sampai juga kami ke CR selepas berinteraksi dengan pemiliknya. Sementara menanti Ayu sampai, kami minum2 je dulu. Bila Ayu dah sampai....ooooooooo....kecil molek je si Ayu ni. Memang padan dengan namanya. Walaupun baru pertama kali bersuamuka tapi kami bagaikan dah kenal lama. Pok pek pok pek je memanjang walaupun Ayu sibuk melayan pelanggan.

 Sebelum balik, wajib berposing dulu...hahaha! Ayu dengan apronnya dan saya dengan tudung bertingket2nya.... Saya sempat juga sambar kek leleh2 yang ada dalam chiller di CR tu. Untuk makan sendiri dan sebagai buah tangan untuk ke destinasi yang seterusnya.
Terima kasih Ayu untuk layanan yang diberikan. Ayu siap masakkan kami mee bandung special lagi tau... Jumpa lagi di lain masa ya Ayu!

Ok. Nest destinationis Felda Penggeli Timur. Rumah mertua adik saya. Kebetulan adik saya balik ke sana...so kami nak ke sana pulak. Kedai CR dengan Felda Penggeli Timur tu sebenarnya dekat  je. Tapi kami ni dah terlajak jalan. Pusing punya pusing punya pusing, kami ternampak peta ini :  
Lepas tu call adik saya bertanyakan rumah mertuanya di jalan mana...merah, hijau atau biru? Oooo...di Jalan Biru rupanya. Alhamdulillah...sampai juga akhirnya. Kat laman rumah parents SIL kami ternampak banyak pokok keembong!!!! Hahaha...kan tragedi keembong! 

Sebelum balik kami dibekalkan dengan 3 sisir pisang nipah dan juga 7 biji kelapa. Dan tak lupa juga kami ambil biji benih keembong tu. Kot-kot lain kali ada orang cari pulak, senang kami dah ada. InsyaAllah.

***

2 comments:

Unknown said...

Terharunya...

Sambil baca Ayu lap2 air mata.

Kakkkkkkk

Thanks sangat2
Moga berkekalan ukhwah kita

Ameen

Azita Zain said...

Ayu :
Kisah dah lama berlalu tapi akak baru nak cerita kat sini. Lama dah tak update blog.
Harap2 ukhuwah kita berpanjangan. InsyaAllah...