Friday, March 7, 2014

SDAR, Putrajaya Dan UKM

Cerita 16hb Februari 2014 (Ahad)

Hari ini kena hantar Ayong balik ke UKM sebab esok, 17hb Februari kelas dia dah bermula untuk semester kedua. Kebetulan pula pada hari Sabtu, 15hb Februari, ada sekolah ganti sempena cuti CNY hujung bulan nanti. Dan hari Ahad merupakan hari persekolahan biasa untuk negeri Johor. Jadinya, Adik dan Abang Ngah tak ikut kami menghantar Ayong. Abang Ngah kena jaga Adik...hantar dan jemput ke dan dari sekolah. 
Kami bertolak seawal jam 7:30 pagi sebab nak singgah di SDAR dulu. Semasa singgah di Hentian Kulaijaya untuk mengisi minyak, kami beli je sandwich telur yang dijual di stesen berkenaan sebagai sarapan kami. Malas nak singgah sarapan di mana2 hentian.
2 keping roti yang telah di"sandwich telur"kan berharga RM2.30. Pejam mata je la! Lepas tu kami singgah kejap di R&R Ayer Keroh untuk beli kerepek2 yang dipesan oleh Abang Yang. Dan kami sampai ke SDAR salam sekitar jam 11:00 pagi.
Kami bawa Abang Yang keluar jalan2 kejap. Cari barang2 keperluan dia dan makan. Tak jauh pun...sekadar ke Tesco Senawang tu je. Lepas tu kami hantar dia balik semula ke SDAR sebelum meneruskan perjalan ke Putrajaya pulak.

Dalam perjalanan ke Putrajaya, kereta rasa macam tak berapa nak sihat. Kalau memandu di bawah 80km/j mesti tersenggut2. Dan suhu penghawa dingin pun dah panas je walaupun dah set paling sejuk. Aduyai...janganlah buat hal kat tengah2 perjalanan pulak. Alhamdulillah...kami sampai ke Presint 8 Putrajaya dalam jam 5:30 petang. Dan kedatangan kami disambut oleh si cilik botak Adam Rayyan.

Sampai di Putrajaya...sejukkan enjin kereta dulu. Lepas tu hubby, adik2 lelaki dan BIL check mana yang patut. Paksu memang terer (*terer ke?*) pasal kereta ni. So katanya mungkin alternator yang bermasalah. Dulu dah pernah ganti sekali. Hmmm...hari Ahad, dah petang pulak tu...mana ada wokshop yang buka. Apa2 hal, kena tunggu pagi Isnin. Nampaknya kami terpaksa bermalam di Putrajaya. Then saya call Abang Ngah. Bagitau keadaan kami. Titipkan 1001 pesanan pada dia. Juga titipkan pesanan kepada jiran2 berhampiran untuk menengok2kan keadaan mereka. Risau sebab tak pernah tinggalkan dua beradik tu di rumah sebelum ni. Alhamdulillah...panjang akal Abang Ngah bila dia ajak 3 orang kawan rapatnya bermalam di rumah.

Sebelah malam barulah kami menghantar Ayong ke UKM. Itupun naik kereta adik saya. So tak ramai yang boleh ikut. Takpe la...lain kali boleh pergi lagi kalau nak.

Pagi Isnin, adik saya terpaksa EL sebab nak uruskan kereta ke bengkel. Hubby saya bukannya tahu nak menuju ke mana. Diorang bawak kereta tu ke Serdang...ke bengkel yang selalu adik saya pergi. Nasib baik ada spare part...kenalah RM480 untuk harga spare part dan workmanship. Alhamdulillah. Selesai satu masalah.

Selepas menjamu selera dengan juadah yang dibeli, kami bertolak balik ke Pasir Gudang. Kali ini kami bawa emak bersama. Biar emak tinggal di Johor pulak. Emak dah datang ke Putrajaya pada hari Khamis malam Jumaat sebelum tu. Maksu dan Paksu datang semula pada hari Sabtu malam Ahad.

1 comment:

sweetie said...

Teringat! lima tahun dulu... anak lelaki saya juga bersekolah di SDAR.