Tuesday, March 11, 2014

Apam Nasi

 Rasanya kan...blog Dari Dapur Azita Zain tu nak kena tutup la. Lama dah tak update kat sana. Nanti saya akan pindahkan semua resepi dari blog tu ke sini pulak. Jadi senang sikit kerja saya untuk buat maintenance. Cerita masak2 dan cerita2 lain digabungkan. Cuma blog Fresh From Azita Kitchen akak kekal di sana. In shaa Allah. Ok...jom saya mulakan dengan Apam Nasi ni dulu.
 Ramai dah yang tau camana nak buat apam ni...kan? Senang je. Bahan2nya pun ringkas je. Kalau agak2 nasi putih ada dalam petiais tu, jangan biarkan begitu saja. Meh buat apam ni. Semalam saya masak nasi dua cawan (cawan yang dalam periuk nasi elektrik tu aje) tapi banyak juga yang tak habis. Sekarang ni kat rumah ni cuma dua orang aje yang makan...Adik dan Abang Ngah. Itu sebab masak sikit pun susah nak habis. 
Apam ni saya perap pagi tadi...dalam pukul 8:30 pagi. Cadangnya selepas dua jam dah nak kukus. Tapi disebabkan sibuk mengemas rumah yang berselerak angkara cik anai2, terlupakan apam yang dah diperap. Sudahnya...dekat jam 12:00 tengah hari baru saya kukus. Nasib baik elok gebunya cuma tak berapa membukit je. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2-1/2 cawan air
  • 1-1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu teh mauripan
  • Sedikit pewarna - ikut citarasa sendiri


Cara-caranya :
  1. Kisar nasi dan bersama dengan air sehingga nasi hancur. Masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Ayakkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam adunan nasi tadi.
  3. Masukkan juga mauripan. Kacau semua hingga sebati dan tidak bergentel. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
  4. Perap 3 jam hingga 4 jam.
  5. Panaskan kukusan. Sapu acuan lompang dengan minyak.
  6. Campurkan pewarna ke dalam adunan apam dan kacau rata.
  7. Tuang ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
  8. Biarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang.
  9. Sedap dihidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam.

*****

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat rumah pun selalu berlebih nasi.. padahal masak pun bukan byk sgt.. agaknya faktor cuaca ni.. selera makan kurang..
memang sedap apam ni.. suka cicah dengan kelapa byk2... lemak2 manis gitu...

Azita Zain said...

Ratna :
Makan dgn kelapa mmg sedap. Tapi anak2 x suka makan dgn kelapa...tu yg togel je tu!