Friday, August 16, 2013

Riang Ria Raya 2013 - Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung. Amacam raya tahun ni? Best tak? Meriah tak? Korang balik kampung tak?

Raya tahun ni turn beraya kat kampung saya di Kg. Ulu Chemor, Chemor, Perak. Hubby dan saya dah lama sepakat untuk beraya secara bergilir2 di kampung masing2. Masa  muda2 dulu, larat le nak beraya di dua2 kampung - Chemor dan Muar. Tapi sejak meningkat usia ni, tak larat rasanya nak travel jauh2 dalam jangka masa yang terhad. Lagipun hubby cuti raya tak lama.

Tahun ni hubby cuma bercuti 2 hari - sehari seblum raya dan hari raya pertama sahaja. Raya kedua dah mula kerja. Malam raya pertama tu (Khamis malam Jumaat) hubby dah bertolak balik ke Pasir Gudang. Hubby balik naik bas. Turun kat Larkin Sentral. Dari situ ambil teksi ke rumah. Tambang bas dari Ipoh ke Larkin ialah RM60. Tambang teksi dari Larkin Sentral ke Pasir Gudang pulak ialah RM50. Hmmmm...RM10 je beza tambangnya.

Kami balik ke Chemor pada hari Selasa sekitar jam 10:30 malam. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Cuma mata kami je yang sesak...mengantuk. Berhenti di R&R untuk melelapkan mata sekejap. Berhenti makan awal pagi di R&R Dengkil. Then beli roti dan air sebagai bekalan untuk bersahur. Nak berhenti di hentian2 rasanya mesti penuh sesak. Akhirnya kami bersahur dalam kereta je sambil saya yang memandu...mengambil alih tugas hubby sekejap. Alhamdulillah...kami sampai di kampung sekitar jam 7:30 pagi Rabu.

 Selepas Zohor barulah proses memasak bermula. Sekarang ni emak tak perlu bakar lemang sebab emak tumpang pada adik sebelah rumah yang memang ambil tempahan membakar lemang. Lemang biasa dan lemang jagung. Kali ini adik saya membakar lemang sebanyak 30kg pulut. Jenuh juga nak menyediakannya. Jom kita tengok kami menyediakan lemang...

Pulut yang dah dibasuh dan ditoskan. Yang sebelah kanan tu dah dicampur dengan hirisan jagung untuk dijadikan lemang jagung. Kena guna daun pisang yang muda supaya mudah untuk diglung dan dimasukkan ke dalam buluh. Daun pisang tu digulung menggunakan pelepah pisang yang telah dibelah dua (jangan sampai putus pulak). Tu tangan emak saya yang sedang menggulung daun pisang dan memasukkannya ke dalam buluh.

 Dah siap masukkan daun pisang ke dalam buluh, isikan pula dengan beras pulut tadi hingga penuh. Tapi jangan la pulak sampai terkeluar dari daun pisang tu. Agak2 jarak seinci dari mulut buluh tu je. Lepas dah isi pulut, buluh ni tak boleh baring dah lagi. Nanti terkeluar pulak isi perutnya... Kenalah didirikan sebelum dituang pulak dengan santan.

Sebahagian daripada lemang2 yang akan dibakar...

 Lepas isi dengan santan, dah boleh disandarkan dekat dengan api kat belakang tu...

 Api yang sedang membara hasil pembakaran kayu pokok rambutan.

 Inilah adik saya...tokey lemang ni. 

 Proses menuang santan yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa. Jangan tuang penuh2 sangat. Masa mendidih nanti akan melimpah keluar pulak. Masa menuang santan ni, ketuk2 sikit luar buluh tu supaya santan meresap masuk ke setiap penjuru celah2 pulut tu.

 Mana yang dah siap dituang dengan santan, dah boleh mula dibakar. Jangan pulak diletakkan kat atas api tu untuk membakarnya...hangus rentung nanti! Diangkan aje di kiri kanan api pembakaran tu.

 Tengok, warna buluh dah bertukar!!
  
 Ini yang dah siap dibakar. Dah masak dah lemang2 ni. Yang ada lidi yang dicucuk kat lemang tu untuk menandakan lemang tu ialah lemang jagung. Senang nak kenal yang mana lemang biasa dan yang mana lemang jagung.

 Ini ialah rendang ayam kampung. Petua emak saya...masukkan keratan2 tebu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging ayam kampung / ayam tua yang liat tu. Di samping tu, ianya turut memaniskan sikit rendang tu. Memang sedap!!!!

Disamping lemang dan rendang, saya juga menyediakan lontong nasi. Sekadar nasi impit segera dan kuah lontong sahaja. Kuah kacang saya tak buat sebab nak makan dengan rendang dan kuah lontong saja. 
Alhamdulillah...dapat berbuka dengan emak di hari terakhir Ramadhan 2013. Meriah kami berbuka sebab memenuhi meja makan sambil riuh-rendah. Selalu tu cuma emak, Mak Su dan Fitery (suami Mak Su) je. Kali ini bertambah enam orang. Terpaksa bukak dua meja... Alhamdulillah!


3 comments:

Faiz said...

salam..kak ita..apa rasa lemang jagung?..mcm sedap je tengok..agak2 kalau masak pulut letak jagung boleh ke ngehngeh

Aina Ina said...

selamat hari raya kak,, semua nampak sedap lemang n rendang ayam tuu,, gambar pun menarik.

Azita Zain said...

Faiz :
Boleh aje masak pulut campur jagung. Akak buat cam gitu je sbb nak buat lemang payah. Gaulkan aje pulut dgn hirisan jagung dan kukus. Sedap!

Antik Aina :
Memang kena rendang ayam dgn lemang tu. Kombinasi terbaik!