Sunday, April 21, 2013

Siapakah Dia?


Pada 31hb Mac yang lalu, kami telah ke stesen bas Larkin Sentral. Nak hantar bang Yang bali semula ke asrama. Cuti sekolah dah abis masa tu. Memang dia akan balik sendiri ke Seremban. Ada le sekali dua aje kami hantar dia balik ke sana. Itupun sebab terpaksa ataupun sebab on the way. Dia dah boleh pergi balik sendiri. Kalau nak berjemput berhantar, pengsannnn! Duit minyaknya, duit tolnya...dan yang lebih parah lagi ialah kepenatannya. Jauh gak SDAR tu. Biasanya kami akan belikan tiket Plusliner jam 10:30 pagi ataupun jam 11:00 pagi. Disebabkan hari tu adalah hari akhir cuti penggal pertama, Plusliner tambah satu bas lagi...jam 10:30 pagi. Biasanya bas yang dia naik ialan jam 11:00 pagi. Dah beli tiket, kami sarapan dulu di DD. Biasalah...kalau ke DD mesti saya cari Cappucino dan Croisant Tuna Sandwich. Mabelessss!!!




Tapi tajuk entry saya ni bukanlah bertanyakan siapa budak kat atas tu....tetapi sebaliknya ialah siapakah perempuan di bawah ini???


Semenjak Abang Yang bersekolah di Senawang ni, kami memang selalu le ke Larkin Sentral menghantar dia naik bas untuk balik ke asrama. Mula2 dulu kami tak perasan "kegiatan" wanita ini. Suatu hari tu saya perhatikan dia menjalankan "projek"nya. Dalam beg yang dia sandang tu terdapat satu tin / bekas bulat yang dibalut. Tapi saya tak tau apa yang tertulis pada balutan bekas tersebut. Satu hari tu semasa kami sedang bersarapan di restoran kat Larkin Sentral tu, dia masuk ke dalam restoran tu sambil memegang bekas tersebut dan pergi dari satu meja ke satu meja. Tapi kebetulan pulak dia tidak menghampiri kami. Kami fikir biasa la tu...orang minta derma / sedekah.

Bila kami ke platform tempat menunggu bas, saya nampak dia menaiki bas yang berhenti di platform2 tersebut. Dari satu bas ke satu bas yang lain. Masa nak panjat tangga bas baru dia keluarkan bekas tu. Masa nak turun, dia masukkan semula ke dalam beg sandang dia tu. Kat atas bas tu saya nampak dia menghulurkan bekas tersebut kepada penumpang2 yang ada di dalam bas tersebut. Dari satu kerusi ke satu kerusi yang lain. Ada juga yang penumpang yang berhati mulia menghulurkan sumbangan untuk dia (masukkan ke dalam bekas tu la...). Muka dia memang manis. Tersenyum je. Ye lah...nak minta sesuatu mestilah manis muka...kan? Bukan sekali dua kami terserempak tapi setiap kali kami ke sana mesti dia ada membuat kerja yang sama. 

SIAPKAH DIA? Orangnya nampak sihat ceria je. Tak de pulak cacat anggota nampaknya. Kalau terserempak sekali sekala, tak apa la kot...tapi agaknya setiap hari dia di sana (agaknya la...) sebab setiap kali kami ke Larkin Sentral, mesti dia ada. Kalau betul2 memerlukan bantuan, mungkin dia boleh rujuk ke pihak2 yang berkaitan ataupun individu2 yang bertanggungjawab. Wallahhu'alam... 

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA

Peace no war!!!

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, kat area Stulang pun duluuuuuuuu ada satu makcik tu, pakai tudung labuh warna hitam dan baju kusam bertongkat, dok kutip sedekah dari meja ke meja. Baru2 ni, dia ditangkap oleh JKM. Rupa2nya pendapatannya mencecah RM700 dlm masa 4 jam, tiap bulan balik Indonesia naik kapalterbang tau.. huhu

Azita Zain said...

Yus :
Dengar cerita makcik ni Myanmar. Kawan baik dgn org jabatan agama dan jkm. Kalau ada operasi kat larkin sentral tu, makcik ni dpt info dulu. So...sentiasa terselamat dr operasi. Ini maklumat dari pakcik kat stesen bas tu la...

Unknown said...

learn recitation of Quran. The qualified teacher learn you Quran step by step and then you and your kids will be able to recite the Quran in proper tajweed.
online QURAN explore