Thursday, April 4, 2013

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 2

Bahagian 2 : Majlis Pernikahan - Jumaat, 22hb Mac 2013.


Majlis pernikahan Mak Su dilangsungkan di Surau Chepor. Dulu ada Naib Kadi di kawasan kampung kami. Sekarang dah tak ada lagi. Jadi kena rujuk ke kawasan yang berdekatan. Majlis tersebut dijalankan di surau sebab terdapat 4 lagi pasangan lain yang akan bernikah pada hari yang sama. Kiranya majlis pernikahan beramai2 la ni...5 pasang pengantin. Mengikut kata Mak Su, kami kena berada di surau tersebut jam 5:30 petang. Pernikahan ini dilangsungkan pada hari Jumaat, 22hb Mac 2013. 

Dalam jam 5:45 petang tu, berkumpullah kelima2 pasangan pengantin di dalam surau. Pengantin lelaki dah duduk di depan Tok Kadi dengan debaran di dada masing2 yang hanya mereka saja yang tahu. Semua dokumen dah ada pada Tok Kadi. Pengantin cuma perlu bawa kad pengenalan aje. Tapi pengantin lelaki jangan lupa pulak duit mas kahwin ya...
Bakal pengantin2 lelaki bersiap sedia di depan Tok Kadi. Nasib baik Tok Kadi tu pandai buat lawak, tak le bakal2 pengantin ni mengelabah dan berdebar2 sangat. Bakal adik ipar saya yang duduk nombor dua dari kanan tu, yang ada brooch kat songkok tu...

Inilah pasangan adik bongsu saya...Roziatul Bahiyah dan Mohd Jamadil Fitri. Masing2 berdebar2 menantikan saat untuk diijabkabulkan.

Abang sulungku yang bertindak sebagai wali bagi pihak Mak Su. Saya dulu diwalikan oleh arwah abah. Al-Fatihah untuk arwah abah...

Wang mas kahwin sebanyak RM1100...sedang dikira dan disahkan oleh saksi Tok Kadi.

Dalam jam 6:10 petang, bermulalah majlis akad nikah. Majlis akad nikah dimulakan dari sebelah kiri Tok Kadi. Akad nikah pertama dilakukan oleh bapa pengantin perempuan sendiri. Yang lain2 dilakukan oleh Tok Kadi. Ada yang sah dengan sekali lafaz sahaja dan ada juga yang kena ulang dua tiga kali. Apa2pun, semuanya dah sah menjadi suami isteri.

 Alhamdulillah...dengan sekali lafaz sahaja sahlah Roziatul Bahiyah menjadi isteri kepada Mohd Jamadil Fitri...


 YaAllah...moga perkahwinan kami diberkati dan dirahmati hingga ke akhir hayat. Aamiin...!!!








Emak dan anak bongsu...!







******

No comments: